05 February 2013

*bagaimana dapat tawaran belajar kat Beijing?*

Bismillahirahmanirahim.

Mungkin di kira, sudah lebih tiga tahun, saya mendiami bumi Beijing. 
Dan saya kira, sepanjang itu, soalan yang banyak di tanya, "Kak, macam mana nak apply nak pergi Beijing macam akak?"

Senyum.

Panjang ceritanya kalau nak bercerita. ;)

Kalau ditanya pada batch saya, semua ada cerita masing-masing yang tersendiri. ;)

Kenyataan. 
Saya, tak pernah terniat, atau terlintas untuk sambung pelajaran kat luar negara, apatah lagi negara China. Kebenaran.

Ceritanya.

Selepas SPM, seperti biasa. Saya apply segala macam, mencuba nasib untuk hari hadapan. Uni, Matrik dan IPG.

Sepurnama. Saya terima beberapa tawaran. Untuk sambung Diploma Akaun, Diploma Fisioterapi dan Matrik.

Penat pikir, atas sebab2 tertentu, saya memilih untuk ke Matrik. Belajar di matrik, sungguh buat saya mengalami tekanan. Err.. *mengimbau kenangan* Time tu jugak, menyesal tak masuk university. Sobs. Tapi, dalam hati, teringat masih ada harapan, ada satu lagi tawaran, iaitu ke Maktab Perguruan @ IPG. Hati memang berharap time tu. Tapi malangnya, gagal.

Lupa. Mungkin seminggu dua selepas kegagalan diterima untuk ke IPG, abah call. Katanya, Kementerian Pelajaran call, offer tawaran belajar ke luar negara. Tajaan KPM sepenuhnya. Tak percaya pun, tapi sebab diorang hantar surat tawaran kat rumah, baca dan baru percaya.

Istikharah, saya buat keputusan, terima. ;) 

 
Winter, 2013

Keluar matrik, berBTN, lain2 dan akhirnya, 31 Oct 2009 terbang sini, Beijing Foreign Studies University. *rasa macam mimpi sebab terlalu banyak halangan, ingatkan cancel*  Huhu ;)

Ulang kenangan.

Mungkin ada yang pelik. Memang pelik pun. Tiba-tiba je boleh datang sini. Bermula dengan kosong, tak ada apa-apa, datang belajar mandarin je. :P

Saya buat foundation kat sini, setahun.
Dan sekarang, tengah menghabiskan sisa-sisa ijazah yang masih berbaki setahun setengah. :) *cepatnyaa masa berlalu* (Empat tahun untuk Degree)

InsyaAllah, pulang ke Malaysia nanti, dan sambung lagi KPLI di IPG Malaysia selama setahun. Dan insyaAllah, akan menjadi seorang guru. *belajar lama-lama macam nak jadi doktor* :P Dan dah tandatangan kontrak dengan KPM untuk menjadi pendidik selama 8 tahun. Huhu.

Macam tu je sebenarnya. :) Bila orang tanya, saya mampu jawab, ini rezeki Allah bagi. Serius, saya tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya. Hehe ;)

Ouhh, sedikit penerangan, saya adalah batch ke tiga. Sebelum nie, dah ada pelajar kat sini. Bawah tajaan KPM dan MARA. Setiap batch, ada lebih kurang sepuluh orang je. Tapi masa pengambilan batch saya, lebih kurang 57 orang. Sebenarnya offer time tu, untuk 100 orang, tapi ramai yang tolak. Sekarang, batch pertama dah balik Malaysia, dan meneruskan KPLI. *rindu super senior*

Tahun 2011 dan 2012, penambahan pelajar, penerimaan junior. Tapi diorang, tak silap saya, memang apply nak datang sini. Apply kat IPG untuk Luar Negara, Bahasa Mandarin, kalau tak silap saya laa. ;) Dan sekarang, sudah ada dua university untuk student tajaan, iaitu BFSU, *tempat saya belajar* dan Beijing Language and Culture University (BLCU).

Haa. Macam tu jek. Kalau nak apply, after SPM, boleh laa, cuba-cuba nasib nanti. Siapa tahu, ada rezeki, boleh jumpa di sini nanti. :)

Bagi yang tanya, belajar mandarin macam mana, saya jawab, err.. *senyum* Tiap benda dalam hidup nie, tak ada yang senang pun kan? Semua perlu usaha. Mula-mula, mungkin susah, sebab berbelit lidah nak cakap, bersimpur siur tangan nak tulis. Tapi lama-lama, insyaAllah, semua okeyy saja. :) *okey la sangat :P hehe*

Tapi, belajar mandarin, memang best. Banyak manfaat. Tengok movie cina, dah tak payah ada translate pun dah boleh faham. Hehe. Lagi, tak mudah ditipu time shopping di sini hehe. :P

#Saya tulis entry nie, sebab dah berpeluh kena jawab sorang-sorang. Nanti, kalau ada sesiapa tanya, senang. Hehe ;)

-------

Ibrah, *senyum lebar* ;

Tuhan campak ke bumi yang paling asing. Belajar benda yang tak pernah belajar. Jumpa dengan manusia yang lebih pelbagai ragam. Kalau difikir semula, ada peluang lain lagi ; akaun, fisio, *cita-cita kecik2 dulu* Tapi, begitulah, kadang-kadang, kita memang dapat peluang yang kita impikan, tapi, peluang tu, tak semesti untuk kita.  

Tuhan, Dia lebih Tahu, dan Dia, merancang ini, sesuatu yang tak pernah terduga, terlintas. Tapi, sekarang, terlalu yakin, Tuhan, memang sebaik perancang. Dia bagi, satu peluang, yang tak pernah diminta, yang lebih baik dari yang kita minta. ;)

Dan tak disangka, akhirnya, Tanah Besar ini, menjadi saksi, bumi tarbiyyah. Satu bumi asing, yang membawa aku berkenalan Tuhan semula. Inilah, hadiah paling suprise, teristimewa, dari Tuhan. ;) 

Cukup, buat aku senyum dan panjat syukur, yang tertinggi, yang tak terhitung. ;)

IeyqaAdam,
Beijing-05022013


40 comments:

mila said...

ooo mcm tu rupanya..itulah org kata,kalo dh rezeki kan...benda yg tak disangka kite dpt..Alhamdulillah...Dpt gak belaja bahasa org :-)

Ieyqa Adam said...

ha a kak. sungguh, Allah Maha Tahu.

:)

Aisy said...

ni mesti result gempak ni kan...

✿ Hasnie Adda ✿ said...

best nya akak :) belajar rajin rajin . hehe

MOHD AZIZAN said...

Adakah selepas lapan tahun tamat perjanjian dgn KPM, adakah dia akan bagi kita sambung balik jadi pendidik. Saya tanya nie berikutan adik saya baru jew dpt tajaan sambung kat sana study mandrin. Kalau ada maklumat boleh share la, mane tahu berguna nanti.... bcoz Adik saya skrg buat famasi kat uitm so dlm mencari jawapan muhu pergi ke tak

MOHD AZIZAN said...

Adakah selepas lapan tahun tamat perjanjian dgn KPM, adakah dia akan bagi kita sambung balik jadi pendidik. Saya tanya nie berikutan adik saya baru jew dpt tajaan sambung kat sana study mandrin. Kalau ada maklumat boleh share la, mane tahu berguna nanti.... bcoz Adik saya skrg buat famasi kat uitm so dlm mencari jawapan muhu pergi ke tak

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

Saya seorang abang kepada seorang adik.

Adik saya berminat untuk menyambung dan mengikut jejak saudari.

Cuma kami tak tahu kat mana nak apply yang terbaru ini.

Mohon bantuan dari saudari boleh.

Mohon emailkan kepada saya info yang berkaitan.

Abang kepada adik yang sangat mengharap,

Mohammad Fikri
mur4bi6[at]gmail.com

Saya mohon sangat agar direply dan dibantu.

Terima kasih saya ucapkan atas kerjasama dari saudari.

Unknown said...

Salam akak, boleh bg tahu bila lagi tawaran dibuka??? utk tahun 2013/14... mintak reply dkt email saya.. masturageny@yahoo.com


Unknown said...

A'kum.sekarang ni saya tahun akhir diploma perakaunan UiTM. saya berminat nak sambung degree in Mandarin kat BFSU disebabkan saya memang bersekolah aliran cina dari UPSR sampai SPM. boleh tak explain kat saya, macam mana nak apply? 谢谢。。

Anonymous said...

Assalam.sy nak tahu juga macammana nak apply kos ni.sbb berminat untuk blajar mandarin.tq untuk jawapan

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Untuk permohonan, bley apply kat Maktab Perguruan Luar Negara. Boleh apply lepasan SPM. Yg terbaru rasenye permohonan dah ditutup sebab dah ada pengambilan pelajar.

Moga membantu. :)

-IeyqaAdam

Anonymous said...

salam. kak, ipg dengan ppismp tu sama ke ?

Anonymous said...

assalamualaikum..sy pon ada dapat tawaran drpd kpm..nak tanya,flight tu semua kpm tanggung ke?masa nk masuk sem pertama,duit elaun kpm bagi bila ye masa permulaan?

Ieyqa Adam said...

Wsalam. Awk dapat tawaran u mane ye? Klu under kpm insyaAllah sume kpm tanggung :)

Sya said...

Akak dulu apply ipg subjek apa sebenarnya ?

Ieyqa Adam said...

sya: insyaAllah klu tak slap akak, akak apply cikgu math dan science :)

Ila said...

Kak. . Hari ni result ipg keluar. Saya apply subjek maths tp tak dapat :'( . Saya 9a spm. Tahun ni ada tak program ke beijing ? Ada kemungkinan tak saya akan jadi mcm kes akak dulu ?

Anonymous said...

n

Anonymous said...

Salam dik, sorry nk tanya tiket blk malaysia berapa kali setahun kpm bagi?

Ieyqa Adam said...

ila: akak tak tahu ade tak program ni utk tahun ni. insyaAllah ade tp akk tak pasti. :)

Ieyqa Adam said...

kpm byr duit tket balik msia utk 1st time dtg n last sekali balik msia. :) insyaAllah dpt tajaan sepenuhnya dari kpm, so balik msia bley gne duit biasiswa sendiri. :)

Ieyqa Adam said...

kpm byr duit tket balik msia utk 1st time dtg n last sekali balik msia. :) insyaAllah dpt tajaan sepenuhnya dari kpm, so balik msia bley gne duit biasiswa sendiri. :)

Anonymous said...

kos tambang pergi blk semuanya berapa n macam mana kehidupan kat sana, students ditempatkn diasrama atau menyewa rumah sewa...ank saya dapat tawaran program ini melalui telefon n sekarang tengah menunggu surat tawaran...

'Raed Bersama Dunianya' said...

Terbaik la kak.1/4 jalan cerita sama macam sayalah.haha.failed ipg,the dapat.Jumpalah kat sana.Saya Raed junior akak.Fly bulan 9.

Eykao said...

Sis ade wechat or whatsapp x . Nk Tnye psl beijing

Cikgu Wahab said...

Anak saya baru mendapat tawaran untuk bela jar di Beijing di bawah tajaan KPM apakah persediaan yg perlu sebelum pegi kesana..disana nanti duduk di Asrama ke atau umah sewa

Unknown said...

Yo akak ad. Fb.x bnyk nk tnya

Unknown said...

Akak ad wecht ke twitter fb ke sbb bnyk soalan nk tnya

Anonymous said...

saya nk tanya students yg under kpm ni tmpat tinggal diorang macam mana, adakah duduk kt hostel atau menyewa rumah sewa. satu lagi macam mana sistem pembelajaran kt sana n subjek apa yg perlu students bljar..tq ieqa

Cikgu azari said...

Assalamualaikum..saya cikgu azari..sebagai bapa saya juga keliru dgn tawaran ini pada mulanya..difahamkan anak saya akan berangkat sept 2014 nt ke beijing..Nurul Hamiza juga gagal utk ke IPG tempatan..saya buat rayuan dan sehari selepas itu ditawarkan program bahasa mandarin ni..bagaimana nak menambahkan keyakinan dia utk mengikui program ini..

Cikgu azari said...

Assalamualaikum..saya cikgu azari..sebagai bapa saya juga keliru dgn tawaran ini pada mulanya..difahamkan anak saya akan berangkat sept 2014 nt ke beijing..Nurul Hamiza juga gagal utk ke IPG tempatan..saya buat rayuan dan sehari selepas itu ditawarkan program bahasa mandarin ni..bagaimana nak menambahkan keyakinan dia utk mengikui program ini..

Anonymous said...

assalamualaikum akak. saya sangat berminat nak mengikuti program ini. jika akak tak keberatan boleh tak akak terangkan satu persatu cara nak memohon bagi program ini?

Ieyqa Adam said...

insyaAllah bley contact sy personally untuk mklumat lanjut. bley email saya ieyqaadam@gmail.com :)

maaf atas kelewatan.

Unknown said...

salam kak.. sy pom dpt twarn ni.. pihak ipg sndri yg col sy.. slmat brknalan.. blan 9 ni inn sha Allah klau xde hlangn sy dtrbang ke beijing.. hrap dpt jmpa akak nt.. id wcht : masterchipu
fb: irfan nafri

Anonymous said...

kak. saya nak tanya, cara pembelajaran disana bagaimana / apakah subjek yang bakal dipelajari selain bahasa mandarin? dan bagaimana pula penempatan di sana? mohon penjelasan :)

Unknown said...

Assalamualaikum. Kak, saya pelajar IPG ambilan Jun 2014. Dan habis pada tahun 2019. Saya nak sangat lima tahun tu habis dengan cepat sebab hidup IPG sangat mencabar . Tambahan lagi, jauh dari keluarga. Apa nasihat kakak?

Unknown said...

Assalamualaikum. Kak, saya pelajar IPG ambilan Jun 2014. Dan habis pada tahun 2019. Saya nak sangat lima tahun tu habis dengan cepat sebab hidup IPG sangat mencabar . Tambahan lagi, jauh dari keluarga. Apa nasihat kakak?

Anonymous said...

Assalam akak. Nak tanya ni. Sambung belajar di beijing ni memng khas untuk orang yng ambil sains tulen je ye?

Anonymous said...

Assalam akak. Nak tanya ni. Sambung belajar di beijing ni memng khas untuk orang yng ambil sains tulen je ye?

Anonymous said...

assalamualaikum akak..
sy pun berminat sgt nak belajar mandarin di beijing...sy nak apply mcm mane..sy lepasan spm...