04 February 2013

*datang dan pergi*

Bismillahirahmanirahim.

Seminggu. 
Rasa down. Jiwa rasa patah.
Begitulah. Iman naik dan turun. 

Beginilah. Bila hati mula kosong. TT
Hati yang kosong, memang cepat saja diisi dengan tusukan syaitan.
Syaitan punya berbagai cara. Untuk menewaskan iman. Untuk menjatuhkan. 

Fitrah manusia, bila lemah imannya, jahil dirinya, syaitan amat mudah menguasainya.

"(Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus, 
kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."
Al-A'raf 16-17 
Allah. 

Jatuh iman, kondisi paling bahaya.
Kalau tak cepat sedar, bisa hanyut semula.

Surah An-Nas.

Di dalamnya, Allah mengajarkan untuk sentiasa berlindung denganNya.

Sweetnya Allah berbicara, seolah Dia berkata;

"Berlindunglah dengan Aku, Aku Pelindung engkau, Aku raja engkau dan Aku Tuhan engkau."
 

Surah An-Nas, 
Allah menerangkan, sifat kejahatan bisikan syaitan bersembunyi, 
datang dan pergi, berulang-ulang kali dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah, dan Dia mengingatkan, bisikan itu, dari dua, iaitu golongan jin dan manusia.

Satu kisah; 

Rasulullah SAW pernah  menasihati sahabatnya Abu Dzar RA di Masjid Nabawi:
"Kamu sudah solat Abu Dzar?"
"Belum," jawabnya.
"Bangkitlah dan dirikanlah solat dan mintalah perlindungan daripada Allah daripada kejahatan syaitan manusia dan kejahatan syaitan daripada kalangan jin."
Abu Dzar bertanya, "Ada juga syaitan daripada kalangan manusia, ya Rasulullah?"
"Ya," jawab Baginda.
(HR Iman Ahmad & an-Nasa'i)

Surah An-Nas,
Mungkin juga dikira salah satu surah kegemaran. :)


 

Sungguh, melepaskan dunia itu payah.
Mungkin, kerana aku pernah mencintainya sedalamnya.
 Kerana aku juga cuma manusia, terlalu mudah lupa.
Melupa tentang hidup ini untuk apa sebenarnya.
Menjadi manusia yang suka untuk mengejar dunia yang rapuh, 
padahal ada dunia yang lebih indah di sana.

Sedih menjadi manusia pelupa itu,
tetapi syukur juga,
Tuhan terlalu baik, selalu ada untuk mengingatkan dengan caraNya.

:) 


2 comments:

Syira Lokman said...

nice dear ^_^

Ieyqa Adam said...

moga bermanfaat insyaAllah :)