17 February 2013

*antara nikmatNya*

Bismillahirahmanirahim.

Mengulang cerita yang lebih kurang sudah pun berlalu hampir lima belas tahun lalu. Mungkin angkanya sudah terlalu jauh, namun memorinya masih lagi mengekal kemas.

Masih diingat, seusia tujuh lapan tahun dulu, aku dan kawan-kawan gemar menulis biodata sendiri. Ditulis lagi, impian-impian yang menggunung tinggi, kelak usai dewasa, mahu merealisasi. 

Aku? Kebanyakan impian yang aku tulis, mahu ke negara empat musim. Entah kenapa itu contengan aku. Aku sendiri tak punya alasan. Mungkin waktu itu, itu satu impian terindah. Err. Itulahlah impian seorang kanak-kanak.

Lagi, lewat usia keanak-anakan, aku gemar pandang jauh ke langit, melihat kapal terbang di awan. Anak kecil yang jakun. Itu aku. Selalu waktu itu, aku bicara pada arwah nenek, nanti besar, aku nak naik kapal terbang. *senyum sendiri* Lagi impian seorang kanak-kanak. ;)

Dewasa ini.

Boleh dikira, itu impian kanak-kanak dulu yang kini, semua jadi nyata tanpa aku minta. Nikmat Allah. Begitulah. Ada sesuatu yang hanya terlintas niat, Allah Maha Kaya bagi sepantas kilat. 

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Berulang-ulang di dalam Surah Ar-Rahman Allah menanyakan langsung. 
Allahu. NikmatNya sungguh tak terhitung. Tak mungkin kan terhitung.

Mendiami negara empat musim. Cuba merenung sejenak mengambil ibrah dari setiap kejadian. Agar semuanya tak kosong  Dari bermula musim sejuk, lalu musim bunga berganti, musim panas mengambil tempat dan musim luruh pula menjelma. 

Allah, aturan Allah, terlalu indah. 

Musim sejuk, semuanya mengering. Pokok-pokok ibarat mati tak bernyawa tanpa sehelai daun hijau. Lalu, Allah menghidupkan pokok-pokok yang mengering, semuanya mula menghijau. Cuaca dingin, mula membawa haba. Satu demi satu, bergilir mengikut aturan.

"Milik-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu."
 (57:02)

Dan teringat pula kisah cuti musim panas tahun lepas. Dek kerana kesulitan yang dihadapi oleh pihak AirAsia yang berpindah dari Tianjin ke Beijing, penerbangan menjadi sedikit kucar kacir. Biasanya bila pulang ke Malaysia, secara berkumpulan, tapi kali itu, berkumpulan tetap berkumpulan, tapi dari KL ke Kota Bharu terpaksa sendiri-sendiri. 

Haha. Begitulah, aku bukannya seorang yang pandai sendiri-sendiri. Kalau boleh, semua benda perlu berteman. Bila difikirkan balik, mungkin itu salah satu tarbiyah Allah. Simple. Allah mahu mengajar yang hidup nie perlu belajar berdikari. Alhamdulillah. Perlahan-lahan, banyak benda mula belajar berdikari. Balik cuti musim panas nanti pun, dah sendiri-sendiri. Ekeke. Kalau ada orang laen, baru tumpang sekali. :)

Belum lupa, hari itu, cuaca cantik. Cerah. Aku pandang luar memerhati. Awan berkepul-kepul, putih indah sekali. Masa tu, terpikir, Allah, ini juga satu nikmat yang Allah bagi. Dapat terbang sebaris dengan awan. CiptaanNya, subhanaAllah tak tertanding. Tiba-tiba, rasa sebak. Lalu, aku gapai al-Quran tafsir yang diletak di poket kerusi. Buka radomly, Allah bicara soal nikmat.

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). " 
(14:34)

Tertampar-tampar rasanya. Menangis sendiri di jendela kerusi. Tak peduli orang sekeliling yang memerhati. Itulah. Kadang-kadang, bila rasa Allah tegur directly, sentap. Tapi, terasa nikmat. Rasa Allah sedang peduli. *senyum*

Rasa Allah peduli itu terlalu indah sekali, tahu?


belajarlah bersyukur di atas setiapnya,
 lewat saat-saat kesusahan atau kesenangan.

NikmatNya, paling terbanyak Dia bagi tanpa pernah kau minta-minta.
Pernah kau berterima kasih kepadaNya? Refleksi, dengan bagaimana?

Andai Rasullullah dulu, caranya bersyukur dengan bangun di pekat malam, menghadap Tuhan. Kita? Banyaknya, hanya dengan sebaris kata,  Alhamdulillah saja. Itu pula, bila mendapat nikmat yang nampak di depan mata.

Yaa, aku. Aku juga sama. Malu. Malu untuk mengaku, tapi itulah hakikatnya. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Moga Tuhan ampuni atas dosa-dosa kelalaian itu. 

Beijing-17022013



2 comments:

caHAYA said...

terasa tol ngn entry ni T__T

Ieqa, nak share entry ni kat fb kite boleh ? :")

Ieyqa Adam said...

insyaAllah, share saja kalau ada manfaatnya.

:)