29 November 2011

[di mana kita di sisi Nya?]

Bismillahirahmanirahim.

ingin tahu di mana kamu di sisi Allah?
tanyalah diri kamu sendiri.
di mana Allah di hati kamu..
itulah jawapannya.


" Maka ingatlah kepada Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. "
[Al-Baqarah, 2:152]


Wahai anak Adam, jika engkau mengingati Ku di dalam dirimu, Aku akan mengingatimu di dalam diriKu. Dan jika engkau mengingatiKu di dalam perhimpunan,
Aku akan mengingatimu di dalam perhimpunan para malaikat.
Dan jika engkau mendekatiKu dengan sejengkal,
Aku akan mendekati engkau dengan satu hasta. Dan jika engkau mendekatiKu dengan satu hasta, Aku akan mendekati engkau dengan satu depa.
Dan jika engkau datang kepadaKu berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari”
 
 itulah kasihnya Tuhan kepada hamba Nya,
moga Allah selalu menjadi keutamaan di hati kita.
inshaAllah.

:')

26 November 2011

[kembali mencari himmah]

 Bismillahirahmanirahim.

 dia mahu kembali.
mencari himmah yang hilang.
tidak mahu terus futur dibuai mimpi.
tetap mengejar Rabbi, cinta Illahi.
pergorbanan untuk dunia bukanlah apa-apa,
kerana syurga itu memang amat mahal harganya.
#salam maal hijrah.
mari sama-sama berusaha berubah ke arah yang lebih baek.
orang yang kuat adalah orang yang sanggup dan berani berubah untuk kebaikan.

sebaik -baik manusia yang jatuh, adalah yang bingkas naik semula. yang melangkah tidak berhenti, walau jatuhnya berkali-kali.

dia juga mohon doa, untuk dia kuat hadapi segala.
 jazakhumullah khair.
:)

19 November 2011

[dalam istikharah cinta]

Bismillahirahmanirahim..

Di atas sajadah malam, 
aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Yaa Allah atas jodoh yang akan kau pilihkan untukku..
istikharah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah..
dalam doa aku bersimpuh pasrah..
memohon datangnya jawapan dari Mu, Pemilik Jiwa..
 Tuhan,
andai jawapan itu masih menggantung di langit, maka Kau turunkanlah..
andai jawapan itu masih terpendam di perut bumi, maka Kau keluarkanlah..
andai jawapan itu sulit buat aku raih, maka Kau permudahkanlah..
andai jawapan itu masih jauh, maka Kau perdekatkanlah..


      Ketika aku ingin meminta yang tampan, berpikir sudah cantikkah aku?
Ketika aku ingin meminta yang cukup hartanya, aku berpikir sudah cukupkah hartaku?
Ketika aku ingin meminta yang baik, aku berpikir sudah cukup baikkah diriku?
  dan, ketika aku ingin meminta yang soleh, aku berpikir sudah cukup solehahkah aku?                                                                     
 Bagiku cukuplah seorang lelaki biasa yang wajah biasa dengan kekayaan seadanya namun mampu mengimami dan membimbingku menuju syurgaNya.
Aku bukanlah perempuan istimewa dengan kemuliaan seperti Khadijah, tak secantik Aisyah, kepintaranku pun tak bisa dibandingkan dengan Fatimah mahu pun Asma`Binti Yazid,
maka aku pun tidak menginginkan lelaki sempurna,
karena justeru dalam ketidaksempurnaannya lah yang akan melengkapi setiap kekuranganku..
                                                                     

istikharah..
memohon Tuhan mempertemukan dengan dia,
seorang insan yang Allah redha untuk ku panggil seorang suami.
yang bersamanya, dapat ku bina usrati jannati.
moga Kau permudahkan yaa Allah..
Ameen~

[kematian, sudah bersediakah?]

Bismillahirahmanirahim..


Adakah kamu dapat mengelak dari maut itu?
Adakah kamu punya kuasa melepaskan diri daripada masuk ke dalam neraka?
Adakah kamu merasa sudah layak menerima balasan syurga dengan amal?
Sudahkah ada di antara kamu dengan Tuhan hubungan kasih sayang?
Apakah nikmat dan kesenangan dunia telah melekakan kamu?
Apakah kamu telah binasa kerana kebaikan kamu?
Apakah kamu telah terpedaya oleh dunia dengan panjangnya angan-angan?
Sudahkah gunakan kesihatan dan keselamatan yang ada?

tahu yang kehidupan ini hanya dalam lingkungan waktu yang amat singkat..
namun, selalu saja menunda waktu untuk bertaubat..
dari sehari ke hari..dari tahun ke tahun.. 
sedangkan setiap hari terus menerus menghabiskan umur..
sejak keluar dari rahim ibu, setiap hari, semakin dekat menuju kubur..
dan nanti, pasti memasukinya..
tanya sendiri, mengapa masih menunggu lagi?


Tempoh kehidupan ini telah ditentukan, dan nafas ini ada batasannya.. sama-sama kita isinya dengan kebaikan dengan kesanggupan beribadat kerana Tuhan..


Allah..Allah..Allah..
terdiam tanpa kata menjawab setiap persoalan itu..
terasa diri ini terlalu hina untuk berada di sisi Mu..
malu untuk mengimpikan syurga itu lagi..

menangis sendiri..
:(

18 November 2011

[bergantung hidup, hanya pada yang tidak akan mati]

Bismillahirahmanirahim..

 

"Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup (Kekal) Yang tidak mati.."
Al-Furqan 25:58
bergantung hidup,
hanya pada yang tidak akan mati..

[surat cinta dari Tuhan]

Bismillahirahmanirahim..

Dengan kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya dengan izin-Nya, 
dan menunjukkan ke jalan yang lurus. 
(Al-Maidah 5:16)

 

"ayat-ayat Quran itu adalah titipan ucapan-ucapan sayang Allah SWT kepada kita sebagai hamba-Nya. Perintah-perintah yang tersurat di dalam Al-Quran adalah perintah-perintah sayang Allah kepada kita. Larangan-larangan Al-Quran adalah larangan-larangan sayang Allah kepada kita. Peringatan-peringatan Al-Quran adalah peringatan-peringatan sayang Allah kepada kita. Untaian-untaian kata yang tersurat di Al-Qur’an tidak ada satu pun yang tidak indah, yang tidak bermakna. Semuanya memiliki makna, makna yang dalam, yang tidak terhingga." 

Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi
mereka yang bertakwa.
(Al-Baqarah 2:2)

Tuhan memujuk, saat diri merajuk..
Tuhan menenangkan, saat diri gundah.. 
Tuhan menggembirakan, saat diri kesedihan..
Tuhan mengingatkan, saat diri terleka dan lupa..
Tuhan memberi keyakinan, saat diri mula berputus asa..
Tuhan memberi petunjuk cahaya, saat diri mencari-cari dalam kegelapan..

bukankah al-Quran itu surat cinta dari Tuhan?
 
Dan kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim 
kecuali kerugian.
(Al-Isra' 17:82)


betapa indahnya surat cinta dari Tuhan, 
andailah kita mengerti..

semoga..InshaAllah..

14 November 2011

[wanita yang teristimewa]

Bismillahirahmanirahim..


buat yang dipanggil wanita, yakni aku juga..

wanita,
kita perlu menyedari, tentang satu hal yang bukan lagi rahsia..
yang betapa istimewanya penciptaan tentang seorang kita..
kita, yang sebenarnya amat mahal harganya..
yang amat tinggi nilainya..

wanita, 
tiada lelaki selain Nabi Adam as yang lahir selain dari rahim wanita..
meski kita juga, 
sama..lahir dari rahim seorang yang bernama wanita..
dan, sedarlah kita wanita,
dari rahim kita jua,
nanti akan lahir lagi bakal-bakal insan permata..

wanita,
tidak inginkah kalian, 
menjadi penyejuk mata dan pendamai hati..
menjadi sayap kiri buat seorang suami..
bersama dia, membentuk usrati jannati..
yang kekal, bersama hingga ke syurga nanti..
  
wanita,
kita harus tahu, walau semua antara kita cuma manusia biasa..
tapi, kita boleh menjadi yang luar biasa..
kerana kita boleh menjadi penggoncang dunia..
bila keimanan dan ketaatan berpaut pada jiwa..
  
 

"wanita adalah pakaian bagi setiap lelaki, dan perlu baginya memilih wanita yang faham ad-din yakni agama"


wanita, 
nanti, kita jua lah yang akan menjadi isteri..kita jua lah yang akan menjadi ibu..
isteri buat seorang yang bernama suami, dan ibu buat anak-anak dari rahim kita nanti..

wanita,
walau aku cuma mampu menulis kata,
tapi aku tetap berharap,
kamu boleh merasa apa yang aku rasa..

jaga diri, jaga iman, jaga hati..
:')

13 November 2011

[mahu ku cuma cinta Dia]

Bismillahirahmanirahim..


Tuhan,
isi jiwa aku dengan cinta..
cinta yang tiada belahan rasa..
cinta yang paling bermakna dari segala..
yang tiada nilai pada bandingan sesiapa..

Tuhan,
Kau anugerahkanlah aku cinta..
cinta agung yang hanya pada Mu saja..
kerana aku tidak rela hati hanya punya cinta dunia..
pada sini cumalah persinggahan sementara..
nanti, aku tetap Kau panggil untuk pulang ke sana..

Tuhan,
ku ingin cinta..
 biar memenuhi tiap ruang kosong jiwa..
agar ia penuh dengan ketenangan dan redha..
tidak mahu ia hidup tanpa isi yang nyata..
  
Tuhan, 
temukanlah hati aku pada cinta..
kerana aku mahu sebenar-benar cinta..
cinta yang mampu membawa aku hingga ke syurga..
yakni cinta Mu cuma..


 Tuhan, 
anugerahkanlah aku hati yang mencinta..
cinta yang bukan lagi sekadar cinta biasa..
mahu ku sambut dengan jiwa yang paling bahagia..
untuk aku cipta kisah cinta yang paling bermakna..
buat menyelusuri kehidupan yang Kau redha..

moga cinta Mu Tuhan,
yang hidup selamanya di dalam jiwa.. ^^

12 November 2011

[cerita aidiladha]

Bismillahirahmanirahim..

kisah berlalu, cerita hari raya aidiladha..

di Masjid Niujie, Beijing..




aidiladha bersama mereka..




cukup gambar yang expresi segala..
:')

[kita wanita yang teristimewa]

Bismillahirahmanirahim..

“Wanita ibarat epal. 
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah,
tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak tinggi!!
Epal yang tinggi itu, susah dipetik, susah digapai dan susah dicapai..
tetapi apabila lambat di petik, hati usahlah terlalu risau..
Jangan sesekali merendahkan martabat,
dengan menggugurkan diri ke tanah hanya untuk diambil manusia biasa..
kerana sebenarnya ALLAH telah tinggikan martabat sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Dan, ketahuilah hanya pemuda yang benar-benar berani dan hebat pada ketinggian saja yang mampu memilikinya..
Ingatlah, walau mungkin bukan di dunia, tapi, ada di akhirat sana.."


kalian, 
mari kita tanya pada diri,
yang mana satukah pilihan hati..
mahu berada di tinggi puncak sana,
atau yang di bawah cuma..

aku berharap,kita adalah sama,
yang menginginkan untuk berada di puncak sana..
kerana kita perlu sedar yang kita adalah yang teristimewa..
yang amat tinggi nilai harganya..
dan yang tidak mudah untuk dipersia-sia..
kita bukan yang hanya untuk dibuat suka-suka..


"tidak perlu ucap cinta pada lelaki bukan ajnabi,
simpan saja hanya buat bakal suami.."

ingatlah wanita,
bagaimana sekali pun lelaki itu,
dia tetap akan memilih yang terbaik untuk menjadi isteri pilihannya.. 
mahalkan harga cintamu, 
jangan jadikan cintamu cinta murahan yang tiada nilai pada pandangan..
usah bimbang, suatu masa nanti, bila tiba saat itu,
kamu tetap akan dipertemukan dengan seseorang..
yakinlah pada janji Tuhan..

pilihlah untuk menjadi isteri yang akan menjadi sayap kiri pada seorang suami,
bukan kepada seorang lelaki yang belum halal dimiliki..

:)

11 November 2011

[kerana kita semua dambakan syurga]

Bismillahirahmanirahim..


 "jangan buang masa menilai dan menghisab orang lain,
tetapi nilai dan hisablah diri kita sendiri.. 
sebab tiada siapa yang tahu di manakah tempat kita di sana nanti.. 
jangan berangan-angan untuk menghuni syurga, 
kalau di hati kita masih ada rasa riak sombong pada amalam kita.. 
tempat anda belum terjamin..
begitu juga tempat saya belum pasti di mana..
tiada siapa yang layak menyatakan bahawa tempat mereka adalah di syurga.."

"kita mungkin cukup baik untuk menghijab fizikal, tetapi tidak penah cukup baik untuk menghijab hati."

selagi nyawa masih di tubuh kita,pintu taubat Allah itu selalu terbuka..

kalau benar kita mahukan syurgaNya, berusahalah untuk menggapainya..
jangan biarkan angan-angan itu mati sekadar di bibir kita saja..
teruskan perjuangan walau banyak yang harus dikorbankan..
bukankah perjuangan itu memerlukan pengorbanan..
kerana kita semua tahu..
itu syarat dalam memburu cinta Allah..
moga Allah permudahkan segalanya..
niat kerana Allah, Inshaallah..

moga tempat kita semua adalah di syurgaNya..
ameen~

:')

[zuhud dunia, untuk Dia]

 
Bismillahirahmanirahim..


** Hasan Basri ditanya : Apakah rahsia ZUHUD mu?
Lalu dijawab :
✿ Aku tahu REZEKI ku tidak akan diambil orang lain,
kerana itu hatiku selalu TENANG..
✿ Aku tahu AMAL ku tidak akan dikerjakan orang lain,
sebab itu aku SIBUK mengerjakannya..
✿ Aku tahu ALLAH selalu memerhatiku, 
sebab itu aku MALU jika ALLAH melihatku sedang dalam MAKSIAT..
✿ Dan aku tahu KEMATIAN sudah menungguku, 
sebab itu aku selalu menambah BEKAL untuk hari PERTEMUAN ku dengan
ALLAH ‘Azza Wa Jalla..
#iluvislam.com

zuhud, 
ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.

"Sesiapa yang akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya dan menyatukan urusannya, dan dunia akan datang tunduk kepadanya.
Tetapi sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan menjadikan kefakiran di antara dua matanya serta mencerai-beraikan urusannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya."
-Hadis Riwayat at-Tirmidzi


 "Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia akan Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat."
(Asy-Syura 42:20)
 

mari kita renungkan sejenak video nie.. ^^
 

"kerana aku tahu, cerita cinta aku bukan cerita cinta biasa.."


mari belajar untuk meletakkan dunia hanya sekadar di hujung jari, 
dan meletakkan akhirat jauh di dalam hati..
#na tgok video, boleh mute music di sebelah kanan yaa.
:')

10 November 2011

[Tuhan, jagakan dia..]

Bismillahirahmanirahim..


"saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring..
saat tiada lagi waktu buat kita berkongsi cerita girang,
cukup saja ku rapatkan jari jemariku..menangkupkannya,
lalu mendoakan dirimu..
dengan cara itu, aku menggenggam Tuhan, 
memohon agar Dia selalu menjagamu..selalu.."


Tuhan,
aku mohon, jagakan dia buatku..

berharap, moga kita saling mendoakan..
:')

08 November 2011

[kalau benar cinta]


Bismilllahirahmanirahim..
 
Kalau yang murah, itu bukan cinta namanya..
Kalau yang kotor, itu bukan cinta namanya..
Kalau bukan yang membawa ke syurga, itu bukan cinta namanya..


"Kalau benar cinta, ke syurgalah destinasinya.
Mustahil cinta itu adalah melempar orang yang kita cinta ke neraka..
Mustahil dan mustahil.." 
~Hilal Asyraf 



lalu, aku punya satu impian..
untuk bersama mereka-mereka yang aku cintai..
bukan sekadar di sini..
tetapi hingga ke taman syurga nanti..
dan aku tahu, ramai punya impian seperti itu..
tapi..aku juga tertanya sendiri..
layakkah aku untuk ke tempat yang didamba itu?
kerana, aku rasa amat malu sebenarnya..
berkata mahu ke syurga Nya..
tapi hidup ini terasa masih teramat jauh dari Nya..
jadi, dalam doa, aku memohon..
moga Tuhan pegang hati aku dan kita..
biar hati tetap dalam cinta yang benar..
biar iman kuat dalam beramal..
biar jauh dari cinta dunia yang lalai..
moga..

kerana benar-benar cinta, 
aku mahu kita jalan ke syurga bersama..
mohon maaf andai aku pernah membawa ke jalan neraka..
kerana aku manusia yang memang selalu leka..
tolong ingatkan, bila aku terulang kesalahan yang sama..
mohon juga..
kalau benar kamu juga punya cinta yang sama ,
 sila pimpin aku ke syurgaNya juga..

:')

06 November 2011

[apa rasa bila cinta dikhianati?]

Bismillahirahmanirahim..

berfikir sejenak..merenung kembali perbualan lepas dengan seorang teman..sampai saat ini, segalanya masih jelas..



tanya teman, "awak, dulu kan, masa awak kapel, awak marah tak kalau boyfriend awak ada orang lain? dalam diam, selain awak, dia jugak sayangkan orang laen.. dalam masa yang sama, dia juga bermain cinta dengan orang laen.. orang laen selain awak.. sedangkan masa tu, awak secara rasminya girlfriend dia.."

dengan pantas saya jawab, "ofcourse laa marah.. mana mungkin ta marah..saya pantang di duakan okei..dia milik saya, saya nak dia jadi milik saya sorang je laa.. huhu..eh, ada ke orang ta marah?"

"haa..tau pun..memang tade pun manusia dalam dunia nie boleh terima kalau kekasih hati dia curang..kan? dan, cuba awak fikir, selama nie, mana awak letak cinta awak? siapa sebenar-benar di hati awak?" teman menjelaskan dan bertanya..

aku masih diam.. terus membisu..

teman menyambung kembali kata-katanya.."awak, siapa yang ciptakan awak? siapa yang beri awak roh dan jasad ini? Allah bukan? Dia Tuhan kita.."

aku angguk bersetuju..

"jadi, siapa yang berhak ke atas kita? siapa yang berhak untuk punya kasih dan cinta kita? Allah kan? jadi, cuba awak fikir.. bila awak tidak meletakkan cinta yang sebenar pada Dia, Dia juga terluka..Dia juga kecewa..sama seperti yang awak rasa bila cinta awak dikhianati..tapi Dia mungkin akan lagi kecewa..sebab awak sepenuhnya milik Dia.."


terasa pipi ditampar sendiri..terasa diri terlalu khilaf..khilaf untuk menjadi hamba..hamba yang mencintai TuhanNya..


benar, dulu mungkin..
aku pernah meletakkan cinta..
cinta pada suatu yang bukan pada haknya..
aku malu sendiri..
malu pada Tuhan sebenarnya..
aku takut kalau cinta dikhianati manusia..
tapi dalam waktu itu, aku sendiri telah mengkhianati cinta Pemilik Hati..
Allah..
:'(

tapi, aku tetap berterima kasih..
kerana rasa itu.. aku mula belajar erti..
kecewa kerana manusia..
bawa aku untuk mengerti, rasa itu yang menyedarkan..
aku juga mungkin telah terlalu banyak mengecewakan Dia..
moga waktu masih ada untuk aku terus menyemai cinta dan kasih buat Dia..
mudah-mudahan..


# kat Beijing, esok baru kte raya.. :)

05 November 2011

[salam aidiladha| Beijing]

Bismillahirahmanirahim..



Yang Allah kehendaki darimu,
Adalah korbankan jahiliah yang bersarang di hati,
Bukan semata mengorbankan an'am itu, 
Sementara kau masih biarkan karat berbaki dalam diri.
Lihatlah pada generasi terdahulu, 
Tika Ibrahim dan Ismail, Habil dan Qabil diuji,
Yang disayangi Allah bukanlah yang mengikut nafsu, 
Tetapi yang bersedia menyerah diri pada Ilahi.
~Afdholul Rahman of LangitIlahi


qurban itu bukan sekadar atas nama mengorbankan bintang ternak..
tetapi mengobankan juga tiap jahiliah yang ada di diri.. benar bukan?

Allah..
sukar sebenarnya mahu mencabut duri-duri jahiliah yang selama ini melekat pada jiwa..
mungkin jahiliah itu sendiri juga telah sebati di dalam hati..
tapi, siapa kata jahiliah itu tidak mampu dikorbankan dari diri..
tanya hati..tanya iman..
InshaAllah..


salam aidiladha.
mari kita mengerti makna di sebalik korban.
 yang sebenar-benar korban..

Tuhan, khabarkan pada mereka..yang aku terlalu merindukan..
benar-benar merindukan..
:'(   

#aidiladha ke tiga di bumi Beijing. 
kat sini ta raya lagi esok, Isnin baru raya..huhu