03 November 2011

[manusia itu, mahu menjadi bidadari]

Bismillahirahmanirahim..

Tuhan..
aku manusia..
hambaMu yang telah Kau takdir lahir ke dunia..
untuk diuji iman dan takwa..
aku rebah menangis hiba..
menghitung masa lalu yang telah terlalu banyak dipersia-sia..
sehingga..aku pernah tewas pada enak buai dunia..
tangisku tewas memadam jahiliah yang menusuk jiwa..
sayang untuk berkorban rasa yang bukan apa-apa..
sedangkan Engkau sebenarnya yang Maha Memiliki segala..
walau memang pada hakikat, segalanya Engkau yang punya..

Tuhan..
aku manusia..
yang terlalu mudah mengalah pada takdir dunia..
hati ini, Engkau datangkan rasa sedih dan kecewa..
sedangkan aku tahu, Engkau sedang mengajarkan aku erti bahagia..
 bahagia yang sebenar-benarnya..
 dan, itu nikmat yang patut aku syukuri tanpa noktahnya..
 aku, yang telah Engkau pilih dalam keramaian manusia..

Tuhan..
aku manusia..
yang mula merasa kecewa itu ada hikmahnya..
kasih ini telah Engkau sambung semula..
kasih seindah-indah yang tidak pernah ada bandingnya..
kasih antara seorang hamba dengan Pencipta..
walau aku terpaksa menggadaikan dunia..
aku sanggup demi sebuah redha..

inshaAllah.


belajar untuk menjadi bidadari dunia. yang dipandang tinggi oleh Pencipta.
yang indahnya bukan lagi pada rupa.
yang indahnya bukan lagi dinilai pada mata manusia.
tetapi yang indahnya dikata indah pada Pencipta.
indah pada hati, indah pada iman, indah yang kekal abadi selamanya.. 


ukhti, mari kita jadi bidadari dunia.. 
agar nanti, kita dapat menjadi bidadari syurga..
bidadari itu, yang tinggi nilai harganya..
yang tidak mudah untuk dipersia-siakan oleh mereka..
dan hanya yang layak dapat memilikinya..

:')

"dalam doa, dia menitip kata, agar nanti, dia akan dipertemukan, 
dengan seseorang yang dapat menjadikan dia bidadari dunia dan syurga.."
ameen~

3 comments:

Cik Jannah said...

moga kita menjadi bidadari syurga tuh. :)

insyaallah.

**::CIKNUURUL::** said...

jika doa ini yang kau seru, amin amin amin ya Rabb,.semoga kita semua menjadi bidadari syurga,.

Nini Hartini said...

setiap ujian tu membuatkan kita terasa lebih dekat dgn DIA.

ieyqa kalau sudi jon quiz ni eh. akk tag ieyqa.

http://tanpanama33.blogspot.com/2011/11/tagging-game-lets-play-along-pass-it-on.html

:)