Bismillahirahmanirahim.
Mungkin di kira, sudah lebih tiga tahun, saya mendiami bumi Beijing.
Dan saya kira, sepanjang itu, soalan yang banyak di tanya, "Kak, macam mana nak apply nak pergi Beijing macam akak?"
Senyum.
Panjang ceritanya kalau nak bercerita. ;)
Kalau ditanya pada batch saya, semua ada cerita masing-masing yang tersendiri. ;)
Kenyataan.
Saya, tak pernah terniat, atau terlintas untuk sambung pelajaran kat luar negara, apatah lagi negara China. Kebenaran.
Ceritanya.
Selepas SPM, seperti biasa. Saya apply segala macam, mencuba nasib untuk hari hadapan. Uni, Matrik dan IPG.
Sepurnama. Saya terima beberapa tawaran. Untuk sambung Diploma Akaun, Diploma Fisioterapi dan Matrik.
Penat pikir, atas sebab2 tertentu, saya memilih untuk ke Matrik. Belajar di matrik, sungguh buat saya mengalami tekanan. Err.. *mengimbau kenangan* Time tu jugak, menyesal tak masuk university. Sobs. Tapi, dalam hati, teringat masih ada harapan, ada satu lagi tawaran, iaitu ke Maktab Perguruan @ IPG. Hati memang berharap time tu. Tapi malangnya, gagal.
Lupa. Mungkin seminggu dua selepas kegagalan diterima untuk ke IPG, abah call. Katanya, Kementerian Pelajaran call, offer tawaran belajar ke luar negara. Tajaan KPM sepenuhnya. Tak percaya pun, tapi sebab diorang hantar surat tawaran kat rumah, baca dan baru percaya.
Istikharah, saya buat keputusan, terima. ;)
Winter, 2013
Keluar matrik, berBTN, lain2 dan akhirnya, 31 Oct 2009 terbang sini, Beijing Foreign Studies University. *rasa macam mimpi sebab terlalu banyak halangan, ingatkan cancel* Huhu ;)
Ulang kenangan.
Mungkin ada yang pelik. Memang pelik pun. Tiba-tiba je boleh datang sini. Bermula dengan kosong, tak ada apa-apa, datang belajar mandarin je. :P
Saya buat foundation kat sini, setahun.
Dan sekarang, tengah menghabiskan sisa-sisa ijazah yang masih berbaki setahun setengah. :) *cepatnyaa masa berlalu* (Empat tahun untuk Degree)
InsyaAllah, pulang ke Malaysia nanti, dan sambung lagi KPLI di IPG Malaysia selama setahun. Dan insyaAllah, akan menjadi seorang guru. *belajar lama-lama macam nak jadi doktor* :P Dan dah tandatangan kontrak dengan KPM untuk menjadi pendidik selama 8 tahun. Huhu.
Macam tu je sebenarnya. :) Bila orang tanya, saya mampu jawab, ini rezeki Allah bagi. Serius, saya tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya. Hehe ;)
Ouhh, sedikit penerangan, saya adalah batch ke tiga. Sebelum nie, dah ada pelajar kat sini. Bawah tajaan KPM dan MARA. Setiap batch, ada lebih kurang sepuluh orang je. Tapi masa pengambilan batch saya, lebih kurang 57 orang. Sebenarnya offer time tu, untuk 100 orang, tapi ramai yang tolak. Sekarang, batch pertama dah balik Malaysia, dan meneruskan KPLI. *rindu super senior*
Tahun 2011 dan 2012, penambahan pelajar, penerimaan junior. Tapi diorang, tak silap saya, memang apply nak datang sini. Apply kat IPG untuk Luar Negara, Bahasa Mandarin, kalau tak silap saya laa. ;) Dan sekarang, sudah ada dua university untuk student tajaan, iaitu BFSU, *tempat saya belajar* dan Beijing Language and Culture University (BLCU).
Haa. Macam tu jek. Kalau nak apply, after SPM, boleh laa, cuba-cuba nasib nanti. Siapa tahu, ada rezeki, boleh jumpa di sini nanti. :)
Bagi yang tanya, belajar mandarin macam mana, saya jawab, err.. *senyum* Tiap benda dalam hidup nie, tak ada yang senang pun kan? Semua perlu usaha. Mula-mula, mungkin susah, sebab berbelit lidah nak cakap, bersimpur siur tangan nak tulis. Tapi lama-lama, insyaAllah, semua okeyy saja. :) *okey la sangat :P hehe*
Tapi, belajar mandarin, memang best. Banyak manfaat. Tengok movie cina, dah tak payah ada translate pun dah boleh faham. Hehe. Lagi, tak mudah ditipu time shopping di sini hehe. :P
#Saya tulis entry nie, sebab dah berpeluh kena jawab sorang-sorang. Nanti, kalau ada sesiapa tanya, senang. Hehe ;)
-------
Ibrah, *senyum lebar* ;
Tuhan campak ke bumi yang paling asing. Belajar benda yang tak pernah belajar. Jumpa dengan manusia yang lebih pelbagai ragam. Kalau difikir semula, ada peluang lain lagi ; akaun, fisio, *cita-cita kecik2 dulu* Tapi, begitulah, kadang-kadang, kita memang dapat peluang yang kita impikan, tapi, peluang tu, tak semesti untuk kita.
Tuhan, Dia lebih Tahu, dan Dia, merancang ini, sesuatu yang tak pernah terduga, terlintas. Tapi, sekarang, terlalu yakin, Tuhan, memang sebaik perancang. Dia bagi, satu peluang, yang tak pernah diminta, yang lebih baik dari yang kita minta. ;)
Dan tak disangka, akhirnya, Tanah Besar ini, menjadi saksi, bumi tarbiyyah. Satu bumi asing, yang membawa aku berkenalan Tuhan semula. Inilah, hadiah paling suprise, teristimewa, dari Tuhan. ;)
Cukup, buat aku senyum dan panjat syukur, yang tertinggi, yang tak terhitung. ;)
IeyqaAdam,
Beijing-05022013