16 September 2021

RINDU

Terlalu banyak hal-hal lalu yang ingin diulang-ulang. 


Seperti menulis dari hati, membaca dengan jiwa, melayani perasaan sambil menghirup secawan kopi panas.  


Apakah waktu yang melewat pantas? Atau aku yang tidak menghidupkan masa? 


Apakah usia yang semakin menua, membuat fikiran tidak lagi kusut dengan banyak hal-hal ringkas? 


Atau, aku hanya sedang menikmati apa yang miliki waktu ini?


Entahlah. 


Memandang himpunan buku yang sepi—aku memang terlalu rindu. Benar-benar rindu. Aku masih ingin tenggelam pada dasarnya, mengutip kata-kata dan timbul kembali dengan perasaan yang pelbagai —darinya. 


Perlukah, aku kembali? 


Ieyqa Adam, 

yang merindui tulisannya. 

Sept 17, 2021

25 February 2020

Happy 2nd Anniversary, Love ❤️

Bismillahirahmanirahim.

اَلْحَمْدُلِلّهِ
Diizinkan Tuhan,

Moga tetap setia,
Moga tetap bertahan,
Moga tetap bahagia,
Moga diaminkan Tuhan.

Kekal hingga syurga.
آمين

Suamiku tercinta,
Terima kasih—segalanya.

(16 Feb, 2020)

Sebab suami kita hmmm tak romantik, 
jadi terpaksalaa kita yang jadi romantik. 🤪 

Tak sempat lagi nak celebrate sebab duk kalut pindah rumah. 
اَلْحَمْدُلِلّهِ sambut anniversary dengan pindah duduk rumah sendiri. 🤭

Terima kasih Abang, walaupun dah ada rumah dekat Senawang, 
tapi terpaksa beli satu lagi sebab takmau bini jauh berulang alik pergi kerja. Now senang Mommy duk dekat dengan sekolah 😆 Tapi Ayah terpaksa tambah masa ke tempat kerja 😭

Moga Allah selalu melimpahkan rezeki yang baik untuk kita. 
Dipermudahkan semua urusan dan bahagia sampai bila-bila.

I love you ❤️


15 December 2019

Pregnant Journey Aydeen Fateh ❤️

Bismillahirahmanirahim.

Terima kasih Allah, Engkau sudi.

Mommy menulis, untuk terus mengenang.
Sebab bagi Mommy, ia adalah separuh momen kenangan.

Masa mula mula check, terkejut tengok double line. Sebab period tak delay pun lagi.
Saja test sebab beli pregnancy test kat kedai RM2 je. Ada tiga test. Hahaha
Lagipun rasa simpton period nak datang sebab macam rasa sakit senggugut. 😂
Ayah tak percaya. Hmm dalam hati dia tak tau laaa. 😅

Selang dua tiga hari test lagi. Kali ni beli kat pharmacy. Aduhhh kecewa bila tengok satu line je.
Yang ni mungkin sebab tak sabar, pergi test waktu petang. Pagi esok bangun tidur, test lagi. Yayy alhamdulillah double line. Hmm betol laa kot pregnant. 😂



Waktu awal kehamilan, Mommy dan Ayah PJJ. Ayah kerja dekat Senawang, Mommy pulak masih berkhidmat di KVTAA, Bentong. Jenuh jugak Ayah ulang alik Senawang - Bentong setiap minggu. 😆

Awal pregnant, berapa kali jugak masuk keluar klinik dan hospital sebab bleeding. Huhu
Maybe sebab duk panjat tangga sampai tingkat empat hari hari. Terpaksa bedrest. Alhamdulillah dua tiga minggu lepastu dah okay dan bila scan baby dah nampak heartbeat baby. Thanks boy, you are so strong and a good fighter! 🥰



Masa kat KVTAA, sekalung kasih untuk du orang sahabat yang sentiasa ada. Acik Natrah dan Acik Aini. Sewaktu Mommy menulis, Acik Aini pun dah ada baby girl. Hope baby cepat membesar dan sihat. 💪🏻

Masa hampir tiga bulan baru Mommy pergi buka buku pink. Satu lagi ujian. Mommy detect thyroid.
Terpaksa lagi ulang alik klinik ambil sample darah. Hb pun low. Bermula dari awal buka buku, Mommy dah terpaksa ulang alik dua minggu sekali. Biasanya normal sebulan sekali. Takpe dikk, Mommy redah semua.

Alhamdulillah Jun, 2018 Mommy dapat pindah ke KV Port Dickson. Bermula perjalanan hidup bersama Ayah berdua dan kamu dalam kandungan Mommy. 🥰

Masa lima bulan pregnant, bila jumpa Dr di HTJ, alhamdulillah thyroid dah normal. Mungkin sebab perubahan hormon pada awal kandungan. Alhamdulillah. Tapi tak sampai situ, Hb masih low dan berat Mommy naik mendadak. Helloo Mommy makan macam biasa je Hahaha
So, terpaksa laa Mommy masih ulang alik ke klinik seminggu dua kali pulak. Untuk check bp risau darah tinggi pulak. Tapi alhamdulillah sehingga bersalin bp normal dan hb makin elok walau tak tinggi sangat. Cuma hmmmm berat badan je laaa yang naik macam roket. 🤣 Dari buka buku 53kg dan sehingga bersalin 81kg. Dasyatttt 😂😂😂

Sepanjang pregnant, emosi sangat tak stabil. Sangat sensitif. Jadi malas nak layan orang. Haha Lebih suka senyap padahal Mommy ni jenis sembang lebih. Terima kasih Ayah, sebab banyak bersabar walaupun Mommy ni mood asyik nak meletus je. Sorry sebab banyak susahkan dan maaf kalau banyak mengguris hati dan perasaan. 😭 Terima kasih sudi layan kerenah Mommy nak makan itu ini.  Are you ready for the next baby? 😝

Dan, alhamdulillah Mommy selamat melahirkan sewaktu kandungan 37w4d. Naseb baik sempat 37w kalau tak dikira baby pra matang. Dan dan je Mommy cuti sekolah, elok dia nak keluar. 😆


Alhamdulillah. Dah setahun anak Mommy dan Ayah. Moga terus membesar dengan sihat, cerdik dan jadi anak yang soleh, sayang!



01 December 2019

Happy 1st Birthday, Aydeen Fateh 🥳

Bismillahirahmanirahim.

Buat anakandaku yang tersayang,
Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama.

Segala puji kembali kepada Allah untuk sebuah nikmat memilikimu.
Terima kasih, Tuhan.

Terima kasih jua, anakandaku.
Menjadi senyum Mommy dan Ayah selama tiga ratus enam puluh lima hari yang berlalu.
Dan tetaplah menjadi senyum dan bangga Mommy dan Ayah selamanya.

Tak ada yang Mommy harap dan doakan selain semuanya kebaikan untukmu.
Semoga Allah selalu menjagamu dengan sebaik baik penjagaanNya dan sebaik kasih dan rahmatNya.
Selamat terus membesar dengan sihat, pintar, cerdik dan menjadi anak soleh yang akan menjadi saham syurga buat Mommy dan Ayah. Ameen.

Setahun lepas, di hari ini Mommy berjuang melahirkanmu. Terima kasih buat Tuhan yang terlalu baik. Mempermudahkan segala urusan kita.

2 Disember 2018, tepat 11.05pm.

Walaupun pada awalnya, kita diuji namun itulah kekuatan Mommy dan Ayah. Aydeen prolonged jaundice lebih empat puluh hari. Penat Mommy nangis sebab tengok Aydeen kena cucuk tangan kiri dan kanan untuk diambil sample darah, terpaksa warded di hospital  untuk duduk bawah lampu, kena ulang alik ke klinik. Alhamdulillah lepas tu Aydeen membesar dengan sihat. 🥰

Sepanjang ini, terima kasih banyak juga untuk Ayah.
Sebab Ayah adalah orang yang sangat penting dan menjadi tulang belakang keluarga kecil kita.
Terima kasih untuk Ayah sebab Ayah selalu tidur lewat malam semata untuk basuh botol-botol susu Aydeen. Ayah juga yang bangun awal untuk sediakan susu Aydeen dalam botol untuk dibawa ke rumah pengasuh Aydeen. Ayah—yang terlalu banyak menyenangkan Mommy dalam menguruskan Aydeen. (Terima kasih Allah, untuk sebaik baik seorang suami. 😭)

Aydeen Fateh bin Ahmad Farith,
Happy 1st Birthday! Mommy and Ayah love you so much! 🥰

Aydeen Fateh (3 months)

setia menjadi pembuli tegar Ayah 🤣





07 October 2019

Happy Birthday, Husband ❤️

Untuk suamiku yang tercinta,
Selamat Ulangtahun Kelahiran!

Semoga Allah selalu merahmati dan melindungimu.
Semoga Allah selalu melimpahkan rahmatNya ke atas mu.
Semoga diberikan rezeki yang baik.
Semoga Allah selalu menjaga keluarga kita dalam redhaNya.

Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih atas setiap pengorbananmu untuk keluarga kecil kita.
Terima kasih, selalu menjadi sebelah sayapku.
Terima kasih, suamiku.


We love you, Ayah ❤️


Oct 6, 2019
Ayah 30th Bitthday ❤️

24 February 2019

Happy 1st Anniversary, Husband ❤️

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah.
Happy 1st Anniversary, Husband.

Suamiku,
Terima kasih untuk segalanya.
Dari awal kenal hingga hari ini dan hari yang mendatang.
Terima kasih, menjadi yang paling baik, yang melengkapi.

Terima kasih, menjadi ketua rumahtangga yang penuh kasih sayang.
Terima kasih terlalu banyak menolong dalam rumahtangga kita.

(Terima kasih, Abang! Dari awal kawen selalu tolong basuh baju, sidai baju, basuh pinggan, kemas rumah, dan masa pregnant almost tiap-tiap malam turun bawah buatkan air sunquick untuk sayang makan ubat, sediakan makan bila sayang tak larat. Dan bila Aydeen Fateh lahir, terima kasih masih lagi dengan rutin tu. Terima kasih tak pernah mengungkit untuk tukar pampers anak, pakaikan baju anak dll)

Entahlah barangkali terima kasih tidak tepat untuk aku ucapkan.

Lalu, aku titipkan doa —Allah, kurniakan syurga atas segala kebaikan suamiku.

(16 Februari 2019)



Terima kasih Tuhan, untuk baiknya seorang suami. 
Semoga Engkau merahmati perkahwinan ini dalam redha,
 panjangkan jodoh kami hingga syurga. 
Titipkan kami kasih sayang dan cinta yang berpanjangan 
dengan hiasan anak anak soleh solehah. ❤️




04 January 2019

Selamat Datang, Kesayanganku

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji, benar-benar kembali kepada Tuhan yang menciptakan.
Terima kasih, Tuhan yang mengizinkan.

Alhmdullillah.



Yang pertama tinggal di rahim ini.
Terima kasih, menjadi anugerah paling indah.

Duhai kesayanganku, selamat datang ke dunia.
Ia antara perjuangan dan pengorbanan.
Jadilah hamba, 
yang menunduk pada Tuhan, bukan isinya.

(Aydeen Fateh bin Ahmad Farith)
2 Disember 2018
11.05pm/3.35kg

13 November 2018

Terima Kasih

Bismillahirahmanirahim

terima kasih
atas segalanya

untuk cantum tiap patah
untuk tawa tiap luka
untuk ukir senyum semula
untuk buat aku kembali
-- percaya

cinta masih ada
--wujud
walau untuk sebelumnya
kita asing
tak kenal siapa

terima kasih
untuk datang melengkapkan
terima kasih
untuk datang menyempurnakan

terima kasih
--sudi mencintai
dengan sebaik ini

(Mac 21, 2018)
teristimewa, buat suamiku



"izinkan aku menjadi perempuanmu, selamanya'
16 Feb 2018


25 April 2017

belajar berdamai

Bismillahirahmanirahim.

Menyepi,
namun masih belum hilang.

Wujud,
Cuma tak lagi menuturkan kata.

Setelah untuk sampai ke hari ini;

Aku masih belajar
Hidup bukanlah tentang memiliki semua yang kita inginkan.
Dan
Masa lalu mungkin bukan tercipta untuk dilupakan
Ia harus tetap ada
Hanya untuk mengajar
Tentang erti berdamai

Mengikhlaskan.

April 25, 2017
Kamu sudah terlalu lama pergi,
Dan tetaplah menjadi seseorang yang telah pergi.

Mari saling mendoakan kebaikan, itu akan menjadi yang paling indah, bukan?

30 April 2016

#alhamduillah

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah. Segala puji kembali pada Allah yang membagi kesempatan kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk melalui hari-hari praktikum yang mencabar. Mungkin ia sangat mencabar bagi orang yang mempuyai jiwa kecil sepertiku. TT

Tiga bulan dan alhamdulillah, segala liku-liku dah pun lalui. Walhal ini hanyalah sekadar separuh dari permulaan.

Masih ingat masa mula-mula masuk praktikum, kena siapkan 3 rancangan pengajaran harian (rph) dan alat bantu mengajar (abm) dalam masa satu hari. Perasaan sangat tertekan sampai tak sempat nak makan. Iyaa laa, dulu masa kat IPG, tempoh waktu untuk siapkan satu (rph) dan (abm) seminggu lebih dan itu pun buat sama-sama dengan kawan. Sangatlah menduga perasaan bila semua tu kena buat sensorang dan kena fikir idea yang kreatif dan inovatif untuk tarik perhatian anak murid untuk belajar. Malangnya, diri ini tidak kreatif dan inovatif dan hampir merasa putus asa untuk hadapi semua. :(

Lalu, terima kasih dan syukur buat Tuhan Yang Maha Memberi. Dia mengurniakan insan-insan yang menguatkan dan memberikan rasa ketabahan untuk lalui semua tu. Alhamdulillah alla kuli hal :')

Jadi seorang guru ni, banyak benda yang diri sendiri belajar, bukan sekadar mengajar. Sebab diri sendiri yang belajar banyakkk sangat benda-benda baru dan bagaimana nak kenal situasi masyarakat kita sekarang. Bila dah masuk dalam masyarakat, kita akan jumpa macam-macam ragam karenah dan keadaan. Dekat sekolah, kita belajar untuk menerima setiap orang yang semua berbeza latar belakang, yang berbeza perangai dan macam-macam.

Paling sedih, bila nampak anak-anak murid yang sangatlah mahukan perhatian dan kasih-sayang. :'( Sebab itulah, dalam kelas, mereka akan cuba buat macam-macam supaya cikgu akan tengok dia dan layan dia. Dan bermulalah drama-drama mengadu dan adegan keluar air mata. Dan tiba-tiba, hati kita sendiri akan luluh dengan penuh kasih sayang, mereka sebenarnya amatlah besar pengharapan untuk dikorbankan. Masa depan mereka terlalu suci untuk dikorbankan dengan semua kesalahan-kesalahan dan ketidakmampuan kita.

Dan dekat sekolah, kita akan sedar, betapa besarnya pengorbanan semua guru-guru untuk anak didiknya. Sampai guru-guru ke hulu ke hilir, sampai makan pun terpaksa curi-curi masa. Benarlah, besarnya jasa dan pengorbanan guru untuk kita hargai sampailah kita terpaksa merasai semua itu.


Anak murid Bahasa Cina Tahun Dua; 
Loo, Chuah, Alvita, Liyya, Deepyika, Justina, sharvena, Keok, Rachel, Lee Jean.


Anak murid Bahasa Cina Tahun Tiga;
Lyi-Lyi, Maki Chan, Jasleen, Sarah, Rishini, Diviya, Selina, Yeok.


My little dinasours; PJ 2 Cempaka.



My manja girls; PJ 3 Seroja.


Terima kasih buat semua, bagi laoshi hadiah bebanyak ni. 
Macam sambut Hari Guru pulakk. :')

Dan terima kasih untuk persembahan nyanyi "sudah ku tahu, kenangan terindah, takkan pergi" 
untuk laoshi di hari perpisahan. :')


the last goodbye is the hardest one to say.
 goodbye, marian.


Perjalanan ini masih panjang, semoga Tuhan akan menguatkan langkah ini dan selalu menyucikan niat-niat di sepanjang jalan, kerana jalan ini juga jalan yang amat besar dan bahkan boleh menuntun ke surga sebenarnya.

Terima kasih, Tuhan.
Terima kasih, buat semua jiwa-jiwa.

P/s: Lamanya dah tak menulis, hmmm ayat pun macam tunggang terbalikk. Kena asah balik ni, sebab sangatlah rindu nak menulis balikkk. Tulisan adalah sebuah cara untuk mengekalkan momen selain mengingatnya di kotak ingatan. :')


30 April 2016
Ipoh, Perak


27 April 2016

#impian




atas satu demi satu impian, 
moga saja Tuhan mahu mengizinkan;
 satu demi satu menjadi kenyataan.


sampai di suatu hari nanti, 
langit dan bulan pun saling menyaksikan.

"mimpi-mimpi adalah milik pejuang kehidupan."
-Asma Nadia


28 April, 2016
Ipoh, Perak.


20 March 2016

"Pulang"

Bismillahirahmanirahim.



"Tuhan menciptakan pulang, 
agar kau tahu bagaimana rasanya menemukan hal-hal yang hilang."

"Menunggu tak selalu untuk menemukan kedatangan. 
Terkadang menunggu adalah usaha untuk menemukan kehilangan."
-BoyCandra


6 weeks to go.
Semoga dipermudahkan Tuhan.


20032016
Ipoh, Perak.

29 February 2016

Ujian Kesempatan

Tidak semua kesempatan datang untuk diambil, ada kalanya dan mungkin sering jika kesempatan itu datang sebagai ujian. Ujian untuk keteguhan hati kita pada sesuatu yang lebih pertama kita putuskan, lebih pertama kita pilih.
Ditengah mengerjakan tugas akhir yang begitu sibuk, ada kesempatan ini dan itu yang menarik. Apakah harus diambil? Atau jangan-jangan itu hanya untuk menguji keteguhan hati kita dalam mengerjakan prioritas pertama kita?

Ditengah kita mencintai seseorang dengan susah payah, lalu muncul kesempatan dari orang lain yang mungkin lebih mudah. Apakah harus diambil? Bukankah itu mungkin hanya untuk menguji keteguhan hati kita pada yang mula-mula kita pilih?

Kesempatan itu ujian yang mungkin paling tidak kita sadari, kesempatan-kesempatan ‘emas’ yang datang, yang membuat kita menjadi ragu pada pilihan kita sebelumnya. Kesempatan yang membuat kita berpikir ulang tentang pilihan-pilihan kita sendiri. Menggoyang prioritas kita, menyelisih hati kita.

Seandainya semua kesempatan itu kita ambil, mungkin kita akan menjadi orang yang terus terombang ambing. Kita akan belajar tentang keteguhan hati dari setiap kesempatan yang datang. 

Tidak semua kesempatan yang datang itu harus diambil. Hati-hatilah mengenali kesempatan, karena bisa jadi itu adalah ujian.

Rumah, 6 Januari 2015 | ©kurniawangunadi



Semoga menemui jawaban, yang selama ini adalah sebagian rahsia Tuhan.
"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu. " (53:42)

Dan kepada Tuhanku, aku bertawakkal dan meletakkan segala kepercayaan dan kebergantungan. 
Moga dipermudahkan dan ditunjukkan jalan.

29022016
Tambun, Perak.


04 November 2015

#JiwaYangPergi

Bismillahirahmanirahim.



Lama menyepi, menghilangkan diri.
Aksara tidak lagi ditemui untuk diukir di sini. 
Mungkin kerana;
Jiwa yang sudah terlalu jauh di bawa pergi.


Kembali mencari jiwa yang pergi menyepi,
Dengan izin Tuhan, moga temui dibawa pulang kembali.

04112015,
Ipoh, Perak.


06 February 2015

#Ujian


hidup ini kesemuanya ujian

ku katakan--
tiada terkecuali

liku perjalanan ini
manakan bisa kau lari
bumi ini manakan bisa kau tembusi

hadapi--

pada kesempurnaan yang kau cari
tiada di sini

sempurna hanya milik Dia
dan cuma ada di sana--
syurga





apa saja yang tertakdir untuk kau lalui,
manakan mungkin ada yang sia tak berguna.

kekal percaya--


yang selalu aku ulang pada diri
semoga terus gagah kuat berdiri

sebab--
Tuhan ada
selamanya di sisi

Perak| 06022015

21 January 2015

#PadaAksara

sepertinya
tulisan itu adalah jiwa
bezanya
yang terlontar cuma dengan aksara

entah
rasanya seperti ada perih
yang membuat kebingungan resah

seolah tak ada aksara
untuk terus ku ungkaikan
untuk ku sama ertikan

entah--

mungkin ada kepercayaan yang belum utuh
mungkin juga;
pada kebergantungan yang masih rapuh

mencari damai
pada--
ketenangan yang pergi




aku melihat pada jiwa yang bangkit
selepas hari hari gelapnya

harapan--selamanya ada
pada jiwa yang selalu percaya


moga kuat berdiri
sekurangnya tabah hadapi--

21012015
Ipoh, Perak


19 January 2015

#PadaPermulaanIni

Bismillahirahmanirahim.


Merantaulah...
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.
Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan.
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.
Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.
Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam.
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.
Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.
Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.

─ Imam Syafie
(Diwan as Syafiie)


Hampir dua minggu, 
Perjuangan ini diteruskan juga.
Di bumi baru, dengan kehidupan yang baru.

Moga Allah redha atas segala dan mempermudahkan semua. InsyaAllah.

IPG Kampus Ipoh,
19012015

28 June 2014

北京,再见!

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji kembali kepadaNya atas segala nikmatNya yang tidak terhingga.
Segala puji atas segala keizinNya dalam setiap susunan kehidupan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Selamat bergraduasi sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua di Beijing Foreign Studies University. :)

Buat semua, jzkk kheir atas segala.
Atas setiap kasih, atas setiap bantuan, atas setiap segalaNya.

Moga Allah membalas dengan penuh kasih sayangNya melebihi segala.


我毕业了!:)


Hadiah buat ma abah. 
Terimakaseh atas segala. :)



Momen ini,momen yang menandakan perpisahan.



Buat Ummu Habibah yang tersayang,

Moga terus kuat di sini, melanjutkan perjuangan antunna.
Moga akak terus hidup dalam doa-doa antunna dan antunna akan tetap hidup di dalam doa akak.

Maaf atas segala kekurangan dan hak-hak yang akak tak terbagi.

Kerana Allah, akak sayang antunna.


Buat Ummu Waraqah yang dicintai kerana Allah,

Jzkk kheir menjadi sebelah sayap yang menyempurnakan.
Moga terus tsabat di medan perjuangan baru.
Moga kita terus erat dalam doa rabittah walau tak bertemu mata.

Maaf atas segala dan hak hak tak tertunai.Selamat berjuang juga. 

Kerana Allah, sayang antunna.


classmate 2010-2014
terima kaseh untuk semua momen indah bersama.



Batch 2009-2014,
tahniah dan selamat meneruskan perjuangan :)



Pertemuan selalu seiring perpisahan.

Sebak jiwa.
Mahu meninggalkan.
Meninggalkan bumi tanah besar yang penuh cinta.

Lima tahun,
Terima kaseh Tuhan atas segala cinta.
Terima kaseh Tuhan atas segala kasih sayang.

Kosong kata.
Jiwa tak mampu melahirkan suara.

Biarlah hati saja yang merasa perpisahan.

Allah, moga redha.

Sehingga Allah membagi izinNya,
Untuk bertemu lagi mengukir momen-momen yang lebih indah.


我怕我没有机会
跟你说一声再见
因为也许就再也见不到你
宁愿我要离开
熟悉的地方的你
要分离我眼泪就掉下去

-再见,张震岳


Ramadhan pertama,
29062014, Beijing.



14 June 2014

.

Bismillahirahmanirahim.


Tuhan,
 entah bagaimanakah sisi aku
 pada pandanganMu yang sebenar?

atau,
apa pernah adakah aku pada pandanganMu?

kerna aku tertanya sendiri
 layakkah aku, untuk ada pada pandanganMu?


Allah. :(

moga Kau masih mahu mengampuni dosa-dosa hamba hina ini.

TT


0.50am
15Jun2014

empatbelas hari berbaki mengumpul cinta di bumi tembok besar.


26 May 2014

"Cuma Kerana Cinta"

Bismillahirahmanirahim.






sekiranya aku dipertimbangkan dengan kelayakan,
 rasanya di sini bukan tempatku.




tapi semuanya 
cuma kerana cinta


dari cinta untuk cinta.


dan tiada lagi nikmat lain yang terbesar
melainkan ini


terima kasih, Tuhan.


27052014
Beijing