29 December 2013

"Pada Ingatan"


Tolong pergi.
Jangan hantui aku lagi.


Lepas aku campak semua tempoh hari.
Aku berniat;

Takkan pernah lagi.
Mengutip semua itu, kembali.



Lalu,
Pamer diri.



0.02
30122013
Beijing


25 December 2013

"Mimpi"

Bismillahirahmanirahim.


tentang mimpi


ke syurga---
adalah salah satunya.

mimpi tertinggi.


tapi,

kalau hanya tahu
bermimpi


apa beza
dengan cerita mat jenin?


tak rasa
hanya sia-sia?


langkah hampiri
mimpi-mimpi
pelan-pelan,
takpe.

mari?


25122013
Beijing.


24 December 2013

"Duri Dalam Diri"

Bismillahirahmanirahim.

perempuan ini
masih belum sempurna
yang masih berjuang

maaf.

duri yang melekat
masih bertimbun banyak
cucuk sana sini
belum tercabut semua

masih
masih
masih

berjuang
kerah keringat

satu satu
campak pergi

dengan rela hati
niat lillahi



doakan aku
biar menang
kalahkan jahiliyyah diri




[24122013;Beijing]

10 December 2013

"Luka Berganti Cinta."

Bismillahirahmanirahim.


Cerita kita mungkin bukan cerita yang serupa.
Tapi, yang indahnya adalah yang mengubah kita;
 untuk berada pada jalan yang sama.

Cerita aku, mungkin tentang cerita luka.
 Cerita luka yang berganti cinta.
Cinta yang menguatkan, bukan yang merebahkan jiwa.

Kau tahu cinta siapa?

Tak payah berteka,jawapannya aku rasa kau sendiri ada.

*senyum*


Tuhan, terima kasih atas segenap cinta.


25 November 2013

'Cinta Hati Kakak."

Bismillahirahmanirahim.

Buat cinta hati kakak;

Maaf.
Bila mana kakak tak pernah sempurna untuk jadi terbaik buat kalian semua.
Nanti, bila kalian tahu tiap kekurangan kakak, kalian mampu terima apa ada.

Maaf juga.
Sebab iman kakak juga camping di mana-mana.
Bahkan,kakak juga masih belajar jahit iman yang masih koyak di merata rata.

Maaf juga.
Sebab kakak sendiri masih lagi belajar bertatih untuk jadi terbaik di mataNya.

Cuma cinta hati kakak;
Kerana cintaNya, mari pegang tangan, kita jalan sama-sama.

Sebab,
Kerana Allah, kakak sayang antunna.



Kalian, cinta hati kakak;
Terima kasih,menjadi separuh kekuatan kakak untuk terus ada pada jalan ini.


dan terima kasih Tuhan,
dengan rahmatMu aku di sini.




23 November 2013

"Cinta Kita, Ummu Waraqah"

Bismillahirahmanirahim.

Kalian;

Kalau jalanku perlahan,
Mohon jangan tinggalkan aku.
Jangan biarkan aku sampai terperosok ke belakang.

Peganglah aku,
Pimpinlah aku untuk jalan sekali.

Kalau aku rebah tersungkur,
Tergelincir jatuh ke tepi,
Mohon tegakkan langkah aku lagi.

Bilamasa aku futur,
Sedarkan aku agar jangan berhenti.
Nasihatkan aku untuk bangkit kembali.

Ingatkan aku,
Jalan ini jalan perjuangan yang ada tujuan.



Ummu Waraqah;23112013


Kerana atas jalan ini, 
Kita bukan sendiri sendiri.

Terima kasih Tuhan;
Menganugerahkan mereka menjadi sosok yang menguatkan.

Tuhanku,
Tsabatkanlah kami, sampai akhir nanti.

Sampai kami benar-benar memijak syurgamu yang abadi.
Berkumpul di pohon redang, bercerita detik detik ini lagi.

"Syurga itu tak senang. Mahal, tahu?
Masuknya bukan sekadar hanya dengan amal, tapi kerana rahmat dan redhaNya."

Tuhanku, peganglah hati ini. 
Sucikan setiap detik tujuan hanya keranaMu.

TT


16 November 2013

"selamat pergi, autumn"

Bismillahirahmanirahim.


Serius,

Aku jadi tersipu malu;

Bila gugur dedaunmu ke tanah,
Menjadi tanda sujudmu pada Tuhan, 
Yang tak pernah sekali ingkar dan melawan.

Dan bahkan;
Gugur daun pun selalu percaya,
Yang nanti pucuknya bakal tumbuh semula.

Satu kepercayaan yang indah.


Dan;

Bila kurasa ini adalah kebersamaan kita yang terakhir,
aku teragak-agak melepaskan keberlaluan mu.

Tapi,
Yang harus pergi, tetap pergi;bukan?

Entah,
Banyak pula rasa.

Tak mampu nak luah semua.




autumn, selamat berlalu pergi.
entah, sampai bila hingga kita dipertemu lagi.




dan kita pula,
 belajar mencintai sisa yang berbaki,
belajar menjadi hamba Tuhan yang sejati.



01 November 2013

Ulangtahun Ke Empat

Bismillahirahmanirahim.




01112013
selamat ulangtahun ke empat. hihi 

pahit manis kita, kita rasa sama sama.
semua mematangkan dan cukup mendewasakan.
walaupun kadang kadang memang tak boleh lari dari sifat ke anak-anakkan.
semua masih nak jiwa muda, walau salah sorang dah jadi isteri orang. hihi :P

bumi beijing, cukup dengan pelajaran dan kenangannya.
bumi yang paling banyak mengajarkan tentang erti kehidupan.
bumi yang nanti pasti akan dirindukan.

pasti.

masih lagi berbaki insyaAllah lebih kurang lapan bulan,
untuk terus mencipta momen momen yang lagi terindah.

yang nanti bila dikenang, semuanya dengan lirik senyuman.

:)

sayang antunna, fillah. :)


28 October 2013

Hatimu suci, adik.

Bismillahirahmanirahim.

Belajar sesuatu dari adik bongsu.

Tempoh hari, abah call.
Kata abah, adik digigit kucing kesayangannya, sampai-sampai kena tiga suntikan.

Tapi ma cakap, adik masih tetap sayang kucingnya. Marah bila ma nak buang kucing tu. Marah bila ma tak bagi kucing makan.

Yang aku rasa, itulah. 
Kasih sayang, yang luhur. Jujur. Suci.

Tak kira betapa disakiti, dilukai, dan kau masih tetap kasih.
Tak memilih, dan tak membalas.

Hati suci. Selalunya memang begitu.



Moga cepat sembuh, adik. Nanti baru boleh nak g maen bola lagi.
Yang terlalu merindui, kakak.



Teringin untuk memiliki hati sepertimu, adik.
:)


27 October 2013

Cerita Cinta Kita.

Bismillahirahmanirahim.



Bagaimana kita mahu cinta orang lain, kalau kita pun tak mencintai diri sendiri.
Dan, bagaimana pula kita nak mencintai diri kita sendiri, kalau pun Allah kita tak cintai.





Pertemuan pertama kali kita,
dalam menyemai cinta-cinta dan menebar kasih sayang keranaNya.

Friend Cafe, Beiyu.
26102013



Ini jalan cerita-cerita cinta kita.
Jazzakumullah khairan katsiron, antunna.


Moga Allah terus memilih, memegang hati-hati kita,
dan memberi kita seberapa kekuatan, untuk tetap pada jalanNya.

insyaAllah :)


17 October 2013

*takdir bukan pada impian*

Bismillahirahmanirahim.

Tak semua yang kau impi,
Bakal jadi realiti.

Tapi, itu bukan bermakna kau harus berhenti bermimpi.



Syaratnya, 
jangan pernah meletak takdir pada impian,
sebab takdir itu kerja Tuhan.



15 October 2013

*Salam Aidiladha*

Bismillahirahmanirahim.

Syukur alhamdulillah.
Atas kesemua kesempatan.

Lima tahun menyambut aidiladha di bumi Beijing.
Mungkin kali ini, adalah aidiladha terakhir di sini.

InsyaAllah.

Sedih. Sebak pun ada.

TT

Kali terakhir solat sunat aidiladha bersama jemaah majoriti cina muslim.
Dengar khutbah dalam bahasa cina.
Raya bersama kawan seperjuangan.

Masak, makan sama sama.
Semua apa ada.

Cepatnya masa.
Kadang kadang macam tak sangka.

Dulu sedih sebab tak dapat beraya bersama keluarga.
Sekarang sedih, sebab bakal meninggalkan.

Kehidupan, kan?

Senyum. 

Sebab masih banyak yang sedang menunggu, untuk mencipta momen momen baru.
Momen yang lebih indah dan lebih bermakna.

Aidiladha di Beijing, penuh dengan momen momennya tersendiri.
Tak kan terlupakan. Takkan.


 
Masjid Fa Yuan, Deshengmen, Beijing.
15102013
 
 
Aidiladha, sinonimnya--pengorbanan.
Dan aku, masih lagi hamba yang masih belajar memaknakan ertinya.
 
Moga tak terlewatkan,
 
Salam Aidiladha.
 
Salam penuh kasih dan doa,
Ieyqa Adam :)
 
 
*jazakumullah khairan katsiran, buat semua, atas momen terindah aidiladha kali ini. adik-adik, sahabat handai, yang masak sedap sedap, ajak menjamu selera. hehe. cemano laa tak nak bagi makin besar. :P
 
 

10 October 2013

*syukur*

Bismillahirahmanirahim.




Dalam banyaknya limpahan nikmat,
seberapa banyak pula aku telah ingkar.

*hujan*



30 September 2013

*back to beijing*

Bismillahirahmanirahim.

Mengucapkan selamat tinggal, tetap kelemahan aku sampai bila bila.
Lebih lebih lagi, pada kecintaan hati.
Semoga Allah selalu jaga kalian, seperti selalu.
Memeluk kalian dengan penuh erat dan kasih.

Merantaulah, itu yang membuatmu tahu kenapa kamu harus pulang.
-someone 

Dan. 
Moga Allah akan permudahkan setiap urusan baru.
Dan moga Allah dan redhaNya selalu ada, dalam setiap langkah itu.

Till we meet again, Malaysia.
:)

01102013

26 September 2013

*Selamat Pergi*

Bismillahirahmanirahim.

Selagi kau tak amnesia;
 
Kenangan takkan pernah mati.
Walau beribu jarak kau melarikan diri.

Tapi, aku tetap ingin ucapkan selamat pergi.
Dan jangan pernah kembali;walau cuma dalam mimpi.



Lupakan semua rasa sakitnya,
Tapi jangan kau lupakan setiap pelajarannya.



27092013
Melor, Kota Bharu


24 September 2013

[Alhamdulillah, Tuhan]

Bismillahirahmanirahim.

"Terima kasih Tuhan, kerana Kau yang masih peduli dan sayang."

Setahun berlalu.

Dan itu kata-kata aku;

Aku tahu, semua yang terjadi adalah di bawah izinNya.

Tuhan tunjukkan aku satu persatu hal-hal yang aku anggap baik, sebenarnya bukan yang terbaik. Cukup untuk buat aku sedar, Tuhan Maha Tahu. Ilmunya luas tak terbanding.
Dan sekarang, cukup untuk aku bertahan dengan percaya yang setiap takdirNya adalah yang paling terbaik atas segala.

Atas terlalu banyak hal;patah hati, kecewa, terluka, penyesalan, ternyata di sebaliknya ada hikmah yang paling besar. Terlalu besar dan tak terganti. Semuanya ada pelajaran yang tersendiri.

Aku belajar; bukan jatuh yang penting, tetapi kebangkitan selepas itu. Dan,aku belajar Tuhan itu selalu ada. Meski biar aku tak pernah menjadi hambaNya yang sempurna.

Tuhan, terima kasih atas semua rasa itu.
Terima kasih, kerana semua rasa-rasa itu mengajarkan aku untuk menjadi seperti hari ini. Hamba yang masih berusaha memperindah dirinya.


"Akan selalu ada laki-laki yang baik-baik untuk wanita yang terus berusaha memperbaiki dirinya.

Juga, akan selalu ada, wanita yang baik-baik untuk laki-laki yang selalu berusaha memperbaiki dirinya.

Jangan ragu mengambil prinsip hidup."

-Tere Lije
 
 

 24092014

15 July 2013

*Ramadhan Kareem*

Bismillahirahmanirahim.



Alhamdulillah.
Allah masih memberi kesempatan dan peluang untuk bersama-sama Ramadhan kali ini.

“Wahai orang-orang yang beriman!
Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
 (2:183)


Moga kita peroleh takwa itu.
Dan semoga; Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya, tak dipersia dan lebih buat kita dekat dengan Tuhan.

Buat semua;mohon maaf atas segala kekhilafan diri selama ini.

"Allah menyingkap kesejatian kita dalam Ramadhan. 
Ketika surga dibuka, neraka ditutup, & syaithan dibelenggu; adakah hawa nafsu masih melulu? "
-Salim A. Fillah

Selamat memaknakan Ramadhan. :))

15072013

29 June 2013

*salam sayang*

Bismillahirahmanirahim.

Summer break;pulang ke tanah air.

"Semoga yang cuti hanya sekolah, bukan dakwah dan tarbiyyah."
--seseorang;akhawat.

3 bulan.
Perjuangan di medan sebenar.

Moga kukuh iman, kuat kesabaran.
Moga tak lelah dalam cari redha Tuhan.

Mohon doa.

Dan mungkin sepanjang itu, ruang ini;kosong.

Sehingga bertemu.

Salam sayang,
Ieyqa Adam.

:')

Beijing,
29062013

27 June 2013

*selamat jalan--kalian*

Bismillahirahmanirahim.

Akhiri sem;dengan air mata.
Kesayangan hati, back for good.

Perpisahan, kita.

Bagaimana nanti, bila kalian tak lagi di sini?

*hujan air mata*

Benarlah, kadang kadang Allah hantar orang yang baik- baik untuk kita, sebab kita kurang baik. Dan sampai masa, Allah ambil, untuk melihat adakah semua perubahan kita, untuk Allah atau apa.

Murabbi-murabbiku sayang;

Selamat pulang dan selamat jalan.
Sehingga kita berjumpa lagi nanti,
Tak di sini;di syurga yang abadi nanti.

Kalian;
Akan selalu hidup dalam doa.
Kerana doa;akan selalu mempertemukan kita.

Moga terus tsabat di medan baru.
Dan doakan saya;terus tsabat juga pada jalan ini.

Selamat berjuang.

*sebiru hari ini*

Jazakumullah khairan kasiran.
Kalian;aku terlalu sayang---fillah.

T__T



Yang paling terindah dalam hidup;kehilangan cinta yang berganti dengan cinta yang menghidupkan.


Beijing,
28062013

*tahun tiga;sem dua--selesai*

Bismillahirahmanirahim.

Syukur;
Alhamdulillah.

Selesai tahun tiga, sem dua.
Berbaki lagi, dua sem;setahun.



Shenyang, Mei 2013


Beijing.
28062013

19 June 2013

*seketul hati*

Bismillahirahmanirahim.


sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu),
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.
(Asy-Syams, 9-10)


“Sesungguhnya seorang hamba jika melakukan suatu dosa, maka dosa itu menjadi titik hitam di dalam hatinya. Jika dia bertaubat dan mencabut serta berpaling (dari perbuatannya), maka berkilatlah hatinya. Jika ia mengulanginya, maka titik hitam itupun bertambah hingga memenuhi hatinya.”


Wahai diri, jangan zalim pada hati.
Mohon jangan kotorkannya dengan jahiliyah yang berbaki.

T_T

Seketul hati.
Entah bagaimana rupamu waktu ini?

Putih berseri, atau hitam legam.

Kerana menurutku;menjaga sisi luaran lagi senang dari menjaga sisi dalaman.


Hampir seminggu demam, moga Allah sedang menyucikanmu;wahai hati.

Beijing.
20062013

08 June 2013

*tapi, layakkah kita?*

Bismillahirahmanirahim.


kesemua antara kita, 
berharap pengakhiran nanti adalah di sana;jannah.

tapi;apakah iman dan amal kita sudah melayakkan kita untuk ke sana?

T__T



muhasabah.

"10.Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
 11.(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,
 12.Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."
--Ass-Saff, 61:10-12

jalan ke surga;jual beli dengan Allah. 
jual dengan harta dan jiwa, dan keuntungannya Allah bagi;syurga.

Allah. T__T

30 May 2013

"selamat bertemu Tuhan"

Bismillahirahmanirahim.



ayah;tugasmu di dunia telah selesai. moga rehatmu dalam redhaNya. kita;cuma terpisah dunia, bukan? semoga Allah kumpulkan kita lagi;di syurgaNya. insyaAllah. 
--yang takkan lelah untuk mendoakanmu, aku;cucumu.


rasa macam mimpi.
walau dah sediakan hati terima berita ini.

ayah;
lewat minggu lalu kita bersua di alam maya.

katamu;ayah sakit.
kataku;sabar ayah, sebulan lagi aku pulang.

tengok fizikal ayah;kurus sekali.

ayah penat nak cakap lama-lama.
aku suruh ayah diam je.
dan aku;bacakan yassin.

dan maghrib tadi;
ayah pergi--
Allah dah jemput ayah, untuk kembali.

ayah;
aku tak mampu pulang untuk lihatmu, yang terakhir di sini.
tapi jangan bimbang;
aku hulur doa tak henti-henti.

memang aku rindu;sekali.

tak di depan mata, tak bermakna aku tak ingat lagi.
kasih aku;takkan mati.

tujuh tahun nenek pergi;ayah menyusul.

datuk, nenek,dua dua;kesayangan aku dunia akhirat.
semoga, Allah izinkan nanti, kita berkumpul lagi di sana;syurga.

--hari ini saja;terima dua berita kematian.
takziah juga buat syue dan faezy atas kepergian puteri kesayangan.
anak kecil itu;sedang menunggu kalian di syurga.

Al-Fatihah.


16 May 2013

*begitulah ujian*

Bismillahirahmanirahim.

Rasa down.
Entah.

Seseorang memujuk;

Selagi kita tak lulus ujian Allah yang tu, 
selagi itu lah Allah akan uji dengan benda yang sama.

Jalan ini tak senang.
Macam-macam ujian Allah akan bagi.

Syaitan pula suka menjatuhkan kita yang sedang berusaha untuk kembali kepada Allah.

Kuatkan hati.

Aku;
Berderai derai air mata.

Apakah aku tertewas atas mainan dunia?

Allah, pegangilah aku. TT


Begitulah, tak setiap hari ada mentari terang.
Kadang-kadang, Allah bagi hujan untuk siram bumi.

Dan adakala;selepas hujan--ada pelangi.


Seperti kehidupan.
Bukan selamanya senang dan bahagia.
Adakala perlu ujian, rasa sedih dan kecewa.

Untuk basahkan hati yang kering kontang.

Tidak mengapa diuji;kalau itu boleh mendekatkan lagi dengan Allah.
Bagi aku.

Lalu, hadapinya dan senyum saja.

Allah kan ada.

:)