01 December 2019

Happy 1st Birthday, Aydeen Fateh 🥳

Bismillahirahmanirahim.

Buat anakandaku yang tersayang,
Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama.

Segala puji kembali kepada Allah untuk sebuah nikmat memilikimu.
Terima kasih, Tuhan.

Terima kasih jua, anakandaku.
Menjadi senyum Mommy dan Ayah selama tiga ratus enam puluh lima hari yang berlalu.
Dan tetaplah menjadi senyum dan bangga Mommy dan Ayah selamanya.

Tak ada yang Mommy harap dan doakan selain semuanya kebaikan untukmu.
Semoga Allah selalu menjagamu dengan sebaik baik penjagaanNya dan sebaik kasih dan rahmatNya.
Selamat terus membesar dengan sihat, pintar, cerdik dan menjadi anak soleh yang akan menjadi saham syurga buat Mommy dan Ayah. Ameen.

Setahun lepas, di hari ini Mommy berjuang melahirkanmu. Terima kasih buat Tuhan yang terlalu baik. Mempermudahkan segala urusan kita.

2 Disember 2018, tepat 11.05pm.

Walaupun pada awalnya, kita diuji namun itulah kekuatan Mommy dan Ayah. Aydeen prolonged jaundice lebih empat puluh hari. Penat Mommy nangis sebab tengok Aydeen kena cucuk tangan kiri dan kanan untuk diambil sample darah, terpaksa warded di hospital  untuk duduk bawah lampu, kena ulang alik ke klinik. Alhamdulillah lepas tu Aydeen membesar dengan sihat. 🥰

Sepanjang ini, terima kasih banyak juga untuk Ayah.
Sebab Ayah adalah orang yang sangat penting dan menjadi tulang belakang keluarga kecil kita.
Terima kasih untuk Ayah sebab Ayah selalu tidur lewat malam semata untuk basuh botol-botol susu Aydeen. Ayah juga yang bangun awal untuk sediakan susu Aydeen dalam botol untuk dibawa ke rumah pengasuh Aydeen. Ayah—yang terlalu banyak menyenangkan Mommy dalam menguruskan Aydeen. (Terima kasih Allah, untuk sebaik baik seorang suami. 😭)

Aydeen Fateh bin Ahmad Farith,
Happy 1st Birthday! Mommy and Ayah love you so much! 🥰

Aydeen Fateh (3 months)

setia menjadi pembuli tegar Ayah 🤣





No comments: