31 October 2012

[Usah Menangis Lagi]

Bismillahirahmanirahim.

 

Tuhan, jaga hati aku buat dia, untuk insan yang selayaknya.
  
"Bila terlerainya ikatan hati dgn insan yang bukan mahrammu, bersyukurlah. Itu tanda Allah masih sayangkanmu dan enggan dirimu leka." 
 
Terima satu pesanan dari seorang sahabat tercinta, nun jauh di bumi Sarawak sana.  Alahai hati, Tuhan selalu menginzinkan ada saja insan-insan yang datang untuk menenangkan. Aku tersenyum.
 
Sahabat, jangan bimbangi aku. Aku baek-baek saja tahu. Alhamdulillah.Tuhan itu terlalu baek sama aku.Terlalu. 
 
"Saya kagum dengan kisah hidup akak, akak sememangnya tabah." Terima pesanan di muka buku oleh silent reader blog nie. 

Ehh, awak buat saya tersenyum tahu.
 
Banyak terima pesanan begini sejak dua menjak nie. Ramai rupanya yang ambil berat. Terharu.
 
Dan ada pula yang bertanya, bagaimana aku bisa setabah ini?
Aku gelak. Tabah? Mungkin bagi yang tak mengenali aku, dia bisa bercakap sedemikian. Berlagak tabah, mungkin saja. Hipokrit? Mungkin tak juga. Senyum.
 
Entah, aku mengaku, aku terlalu rasa terjatuh. Bagai jatuh terjelepok, lalu dihempap batu rasanya. Hebat sebenarnya penangan rasa terluka itu. Sakit. Sampai jumpa doctor, dia pun tahu bagaimana aku tanpa aku bicara apa-apa. Mahu gelak juga bila teringat semua itu. 
 
Tapi alhamdulillah. Semua tu tak lama. Aku belajar hadapi segala. Bangkit. Tunjukkan aku bukan perempuan lemah. Tak, hati aku bukan untuk diinjak dan dibuang ke tepi. Aku punya maruah diri. Kalau selama ini aku pejamkan mata, tutup segala, kali ini semua itu aku letak di atas sekali.

Imbas detik kehidupan. Tak, aku tak salahkan sesiapa. Senyum. Bagi aku, itu cuma satu pelajaran bagi aku. 

Satu rahsia saja. Redha. Entah, aku sendiri sebenarnya tidak mampu bagaimana mahu merungkai maksud redha itu.
 
Fikir positif. Pandang depan. Hidup ini bukan sekadar untuk hidup biasa. Untuk apa terlalu memikirkan perkara yang tak selamanya. Entah siapa tahu umur aku sudah terlalu singkat untuk perkara sia-sia dan seremeh itu. Lagi pula, takdir Tuhan telah menuliskan segalanya. Janji-janji Tuhan itu ada, dan aku memang percaya. Dan terlalu banyak hikmah-hikmah yang sudah aku terpandang mata. Benar, Tuhan Lebih Mengetahui segala. Dia Tuhan, dan aku hanya hamba. Semua itu buat hati aku tenang. Terlalu tenang.
 
Kerana rasa, aku berjanji, hati aku bukan lagi hati biasa. Aku tahu, Tuhan tak akan pernah berhenti menguji. Dia datangkan aku lelaki-lelaki lain untuk menguji. Pada mulanya, aku ada reply sepatah dua juga. Tapi lelaki tak boleh di bagi muka. Maaf terkasar bahasa. Lelaki tak boleh dilayan. Cukup kalau sekadar ada perkara dan tujuan saja. Tamat. Tak, aku tak cakap diri hot atau apa, cuma aku tahu dan sedar, itu salah satu cara Tuhan untuk menguji aku.
 
Lagi pula, bila melihat ragam manusia. Tak, aku tak boleh lagi sama. Kejar dunia sementara tak akan pernah ke mana. Bukan teman lelaki yang aku damba, cuma seorang suami yang boleh bawa aku sekali bersama dia ke syurga. Tidak mengapa, sampai masa, aku yakin Tuhan akan bagi. Segalanya akan indah bila tiba masa nanti.
 
Senyum lagi.
 
Bagi aku sekarang, cukup hati aku untuk Tuhan. Simpan dulu. Takut sebenarnya mahu berkata-kata, takut tertewas lagi. Tapi atas terlalu banyak perkara, banyak menguatkan aku. Doa-doa dikirim Tuhan, moga Dia jaga hati aku. Moga Dia jaga diri aku. Aku tahu, Tuhan itu berkuasa atas segala. 
 
Mohon sama doakan aku juga.
 
Buat hati-hati yang dikecewa. Buat hati-hati yang terluka.
 
Hidup ini indah. Tak perlu hadapinya dengan kekecewaan. Hiasi segala dengan senyuman. Hidup ini singkat tapi kita punya tujuan. Jangan dipersia-sia. Hidup ini bukan untuk menangis mengenang rasa hiba. Tak salah menangis. Menangislah kalau kerana Tuhan. Menangislah kerana dosa semalam. Menangislah andai rasa tak mampu menjadi hamba Tuhan. 
 
Percayalah, dekat sama Tuhan buat kau rasa dunia ini bukan apa-apa. Dunia ini tak berharga untuk ditangisi begitu saja. Percayalah, dan Tuhan memang selalu mahukan yang paling terbaek buat hamba yang Dia kaseh. Dia uji, supaya kita kembali. Supaya kita sedar, Dia selalu wujud di sini walau tidak pernah terlihat. Tuhan tak pernah lari, cuma kita yang jauh dari Dia. Cari Tuhan, kau akan temui kebahagiaan. Bukan kebahagian biasa, kebahagiaan itu kebahagiaan yang akan kekal sampai sana. Jadikan hidup ini lebih bermakna. InsyaAllah. Moga kita adalah insan-insan yang Tuhan pilih, untuk dekat sama Dia. 
 
Rasa lemah? Merintih pada Tuhan. Jangan berhenti doa. Bukankah Tuhan itu Maha Mendengar? 
 
-------
 
Dan tak lupa, pada insan-insan yang berada di belakang aku selama ini. Yang tak pernah meninggalkan aku sendiri. Moga Tuhan saja yang balas segala buat kalian.
 
Tuhan, terima kaseh, atas kebahagian di sebalik kelukaan. 

Senyum.
 
Beijing Foreign Studies University.
31102012
11:56pm



1 comment:

kura said...

fikir positif and look forward. wuuu :P