24 October 2012

[Hati Seorang Dia]

Bismillahirahmanirahim.

 

Kini, hati dia adalah sebuah taman rahsia, 
dengan pagar-pagar yang tertinggi binaannya.
 ------
Dia mungkin seseorang yang banyak berlagak tabah saja.
Gemar lempar senyuman kepada sesiapa.
Padahal, dia yang selalu sembunyikan tangisannya.
Cukup sekadar orang rasa, dia baek-baek saja.
Tak, sebab dia tak mahu nampak kalah.
Dia tak mahu jadi tewas.
Dia tak mahu jiwanya disepah-sepah.
Kental.
Iyaa, dia bukan perempuan berjiwa rapuh,
hanya kerana pernah terjatuh.
Tak, hati dia tak mudah lumat, 
hanya kerana pernah dikecewa hebat.
------
Kini, hati dia bukan lagi hati biasa.
Telah dia kunci dengan kunci yang luar biasa.
Dan telah Dia serah kuncinya pada Pencipta dia.
Biar saja Tuhan yang buka semula.
Untuk serah pada siapa.
 Beijing Foreign Studies University
24102012

2 comments:

kura said...

selamat hari raya aiduladha. tak ada kena mengena. hehehh

masturah mj said...

hye..ieqa adam..love to read your blog..=)..semoga sentisa bermanfaat..=)..selamat berkenalan..