Bismillahirahmanirahim.
Tuhan,
Aku manusia itu.
Yang terkadang tersasar arah tujuan.
Tergelongsor matlamat kehidupan.
Lupa pada Sang Pencipta alam.
Tuhan,
Aku manusia itu.
Yang terkadang kata-kata lebih laju dari amal perbuatan.
Berbicara itu ini,
tapi karat jahiliyah maseh mengotori hati.
Tuhan,
Aku manusia itu.
Yang terkadang pulang kepadaMu hanya bila perlu.
Terlupa, sepanjang hidup ini adalah keranaMu.
Tuhan,
Aku manusia itu.
Yang terkadang menyalahi takdirMu bila hidup tidak seindah didamba.
Tanpa tersedar,
bahawa segalanya adalah kerana kezaliman sendiri sebenarnya.
Tuhan,
Aku manusia itu.
Sehingga sejujurnya, aku malu.
Terlalu malu.
Mengaku Kau Tuhan,
Tapi dengan apakah yang telah aku buktikan.
Sedang Engkau Tuhan,
Selalu ada, tanpa pernah meninggalkan.
No comments:
Post a Comment