11 May 2012

Indah Syurga Asalnya

Bismillahirahmanirahim.

 

dari indah syurga asal kita, 
biarlah ke syurga juga kembalinya kita. 


 "Seringkali kita terlupa, 
bahawa ketenangan dan kebahagiaan selepas musibah ialah satu peluang kurniaan Allah untuk kita berubah ke arah yang lebih baik."

manusia asalnya berjiwa suci. bersih sebenarnya.
 dan selepas itu, kita sendiri yang akan mencorakkannya bagaimana. 
mahu ia tetap putih bersih lagi atau biarkan kegelapan hitam terus merasukinya.

menyukai kebaikan adalah fitrah manusia. memang. lalu, apabila seseorang itu, berubah untuk mencintai kebaikan dan menjadi lebih baik, itu bukan suatu kepelikan atau keanehan. pada hakikatnya, dia cuma mahu kembali kepada fitrah asalnya. 

indah. benar, ciptaan Allah selalu indah. :)


kita yang memilih untuk menongkah arus fitrah atau bagaimana.
hidayah Allah sudah lama ada, kita yang perlu mencarinya, bukan dengan hanya menunggu saja.
:)