17 May 2012

[Teringin DanTerlalu Teringin]

Bismillahirahmanirahim.

  
Kekadang, terlalu ingin aku menjadi seperti mereka.
 Punyai jiwa seperti mereka.
 Mereka, insan-insan yang telah berkenalan dengan Tuhan Pencipta..

Teringin, terlalu teringin..

 Mereka,
Jiwa yang hanya untuk Tuhan semata,
Jalan hidup yang memburu redha Tuhan sahaja,
Yang kaseh adalah kerana Tuhan Yang Esa,
Gelap malam dihiasi dengan sujud pada Yang Berkuasa.

Ahh.. terasa cemburu.
Cemburu kerana aku tidak sekuat mereka. 
Kerana terrkadang, jalanku masih bengkok entah ke mana.
Hilang arah dalam mencari redha siapa sebenarnya.
 
 "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
  -Ar-Rum 30:69


Err.. Tuhan memang selalu memujuk.
Dia selalu membuatku yakin untuk terus percaya.. 
Ayat cintanya, ayat yang terhebat yang pernah aku baca untuk dirasa.

"Setiap yang soleh itu ada masa silamnya yang gelap, dan setiap pendosa itu sentiasa akan ada masa hadapannya yang cerah."
 
Ada terasa cinta kepada Dia? 
Moga istiqamahlah kita semua membawa hidup pulang kepada Nya.
Bercintalah dengan Allah secara realiti, bukan hanya sekadar bermimpi.
 Kerana syurga juga tidak mampu dicapai hanya dengan duduk membuai alam fantasi.
 
 :)
 

3 comments:

kura said...

"Setiap yang soleh itu ada masa silamnya yang gelap, dan setiap pendosa itu sentiasa akan ada masa hadapannya yang cerah." LIKE!

fya zainal said...

ur entry
buat rasa sedar...

fya zainal said...

ur entry
buat rasa sedar...