31 July 2011

[ahlan wasahlan yaa Ramadhan]

Assalamualaikum.


selamat menyambut Ramadhan. semoga kita dapat menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk meningkatkan iman kita kerana belum tentu kita akan berjumpa dengannya lagi nanti. insyaAllah. selamat berpuasa. :)

24 July 2011

[takbir dan takdir]

Assalamualaikum.

mulakan bicaramu dengan kata syukur. alhamdulillah. dan, selamat pagi dunia.

antara sebuah tadbir dan sebuah takdir.  takdir yang selalu mengatasi tadbir. kerana, takdir itu daripada Allah, sedangkan tadbir itu hanya dari kita, hambaNya. kadangkala, tadbir dan takdir itu selari. terkadang, acap kali tadbir dan takdir bertentangan. dan, saat itu hati mula menangis merintih. bertanya mengapa harus begitu dan begini. tanpa sedar,kita menyalahkan takdir.

“ketahuilah bahwa seandainya seluruh umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagimu, maka mereka tidak akan bisa memberi manfaat kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan Allah kepadamu. dan seandainya seluruh umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang merugikanmu, maka mereka tidak akan bisa merugikanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah terhadapmu. pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering tintanya" -(h.r. Tirmidzi, hadiths hasan shahih)

kehidupan kita segalanya berjalan atas jalan sebuah takdir. dan setiap dari takdir itu ada hikmahnya. kenalilah Allah. kerana bila kita kenal Allah, Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang, kita tidak boleh buruk sangka kepadaNya dengan menganggap apa yang ditakdirkan adalah sesuatu yang tidak baik. yakinlah dengan setiap ketentuanNya. pasti ada hikmahya. walaupun pahit, ditelan jua. katakan pada diri, setiap pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik,cuma kita saja yang belum mengetahuinya.

"....dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. dan Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu. " (Al-Baqarah:216)

dan, berbaik sangkalah kepada Allah dan setiap yang berlaku sama ada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. setiap ujian yang terjadi, hanya kerana Allah ingin dekat dengan hambaNya. hakikat hidup yang dipilih Allah adalah yang terbaik. Dia yang mengubat, melapang dan memberi ketenangan di sebalik setiap takdir. dan bila Allah memilih ujian buat kita, yakinilah, ilmu Allah Maha Luas, sedangkan ilmu kita terbatas. yang pasti, pahit ini akan menjadi ubat, dan yang pedih ini akan menjadi penawar.


Ya Allah, padaku hanyalah sebuah tadbir. dan sesungguhnya padaMu ku serahkan segala takdir. kerana aku tahu, bila takdirMu mula berbicara, kelu tadbir untuk menyanggahnya. ingin ku akur, Kau Tuhanku, dan aku hanya hambaMu. dan, sabarkan aku dengan karenah insan yang menjadi bahan ujiMu untuk mendidikku dan syukur aku pada nikmat yang ada tanpa mengenang apa yang tiada.

lots of love, Ieyqa Adam.

22 July 2011

[kerana hari ini adalah milikmu]

Assalamualaikum.

malam muda mula berganjak pergi. senja lewat tadi berlabuh seperti kelmarin. kini, kelam cahaya mula memekatkan suasana. bebintang berkelipan lewat di penjuru langit sana. indah.

alhamdulillah. hari ini masih lagi punya kesempatan. peluang untuk terus bernafas di bumi pinjaman. hari kelmarin telah berlalu bersama setiap kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. dan hari esok, harus bagaimana? hari esok yang masih sepi tanpa secalit kata.

benar, semalam tetap semalam. hari esok, masih ghaib. dan hari ini, secebis waktu yang termiliki. hari ini adalah milikmu. maka selamatkan hari ini. jangan terus tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan, dan masa depan yang belum pernah pasti. lalu, hiduplah untuk hari ini, tanamlah seberapa banyak kebaikan, indahkan kehidupan, pohon keampunan, dan siapkan diri untuk menghadapNya. pasti, kehidupan ini akan penuh kebahagiaan. insyaAllah.



andai semalam adalah hari yang suram dan kusam, yang terselit beribu penderitaan, namun, tetaplah terus tersenyum untuk hari ini. kuatkan langkah dan terus mara lagi. anggap saja masa lalu yang telah berlalu itu telah selesai. seperti mentari yang kelmarin telah tenggelam sirnanya. usah tangisi pemergiaannya. usah merenung walau sedetik untuk mengingatinya. masa lalu telah pergi dan ta akan kembali. masa depan? usah bermain dengan khayalan. usah memburu impian yang belum ada. kerana, hari esok belum diciptakan. lalu, kamu hanya memiliki hari ini. dan hiduplah kamu, untuk hari ini. usap air mata pilu, terus cipta bahagia.


berbahagiah untuk hidupmu, kerana kamu yang memiliki bahagia itu.

lots of love, Ieyqa Adam.

20 July 2011

[kematian itu]

Assalamualaikum.

salam buat pembaca. terus senyum. walau senyum itu hanya untuk tatapan diri sendiri.

mahu bersoal kira tentang kematian. itu yang pasti terjadi di sebalik setiap jasad yang memliki nyawa. kematian adalah pemutus segala kebahagiaan. benar, itu saat paling derita. sama ada kita ditinggalkan oleh yang tersayang atau kita sendiri yang meninggalkan, itu tetap saat derita. namun andai kematian itu dibicarakan boleh mencabut bahagia, belajarlah dari Rasulullah saw yang menghadapi kematian yg tersayang sepanjang hidupnya.

andai dia pergi dahulu sebelummu, teguhkanlah jiwa. tidak mengapa bersedih seketika. tapi, hari esok, kau harus bangkit semula. biarlah dia pergi, pergi bersama doa. biar dia menunggu di sana, kerana nanti, kita juga akan menyusul jua. dia yang pergi, sememangnya bukan milik kita. dan kita juga bukan miliknya. kerana, pemilik atas segalanya ialah al-Malik, Dia yang memiliki dan menguasai segalanya. pada kita hanya amanah, tiba masa, segalanya harus diserah. usah rasa dimiliki dan jangan ada rasa memiliki. percayalah kita tidak akan pernah sepi kerana kita selalu punya pemerhati.

dan kita, bila waktu dan di bumi mana mati itu menjemput, tiada yang tahu. dan ingatlah kematian itu. kerana mengingat mati itu menghidupkan hati. ingat mati, pembasuh hati dan jiwa yang gelisah. tapi sayang, kita kian lupa untuk mengingatkannya. kita terkapai-kapai antara tarikan dua graviti hati. antara graviti tahap tinggi pintalan ilham para malaikat dan graviti menjunam lembah kehinaan simpulan was-was para syaitan. lalu, membuat kebaikan belum terasa kemanisannya, melakukan kejahatan tidak sunyi diburu rasa keresahannya. dan, biarlah mati itu sentiasa hidup di hati kita.

-di mana Dia di hatiku.

[di padang pasir, Inner Mongolia]
 p/s; alhamdulillah, sudah seminggu lebih berada di Mesia. tangan dan tulang belakang maseh rasa kesakitan akibat terjun kuda di Inner Mongolia tempoh hari. rasa hebat tapi berharap tidak apa-apa. xp 

lots of love, Ieyqa Adam.