22 July 2011

[kerana hari ini adalah milikmu]

Assalamualaikum.

malam muda mula berganjak pergi. senja lewat tadi berlabuh seperti kelmarin. kini, kelam cahaya mula memekatkan suasana. bebintang berkelipan lewat di penjuru langit sana. indah.

alhamdulillah. hari ini masih lagi punya kesempatan. peluang untuk terus bernafas di bumi pinjaman. hari kelmarin telah berlalu bersama setiap kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. dan hari esok, harus bagaimana? hari esok yang masih sepi tanpa secalit kata.

benar, semalam tetap semalam. hari esok, masih ghaib. dan hari ini, secebis waktu yang termiliki. hari ini adalah milikmu. maka selamatkan hari ini. jangan terus tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan pelbagai kesedihan dan kegundahan, dan masa depan yang belum pernah pasti. lalu, hiduplah untuk hari ini, tanamlah seberapa banyak kebaikan, indahkan kehidupan, pohon keampunan, dan siapkan diri untuk menghadapNya. pasti, kehidupan ini akan penuh kebahagiaan. insyaAllah.



andai semalam adalah hari yang suram dan kusam, yang terselit beribu penderitaan, namun, tetaplah terus tersenyum untuk hari ini. kuatkan langkah dan terus mara lagi. anggap saja masa lalu yang telah berlalu itu telah selesai. seperti mentari yang kelmarin telah tenggelam sirnanya. usah tangisi pemergiaannya. usah merenung walau sedetik untuk mengingatinya. masa lalu telah pergi dan ta akan kembali. masa depan? usah bermain dengan khayalan. usah memburu impian yang belum ada. kerana, hari esok belum diciptakan. lalu, kamu hanya memiliki hari ini. dan hiduplah kamu, untuk hari ini. usap air mata pilu, terus cipta bahagia.


berbahagiah untuk hidupmu, kerana kamu yang memiliki bahagia itu.

lots of love, Ieyqa Adam.

No comments: