20 July 2011

[kematian itu]

Assalamualaikum.

salam buat pembaca. terus senyum. walau senyum itu hanya untuk tatapan diri sendiri.

mahu bersoal kira tentang kematian. itu yang pasti terjadi di sebalik setiap jasad yang memliki nyawa. kematian adalah pemutus segala kebahagiaan. benar, itu saat paling derita. sama ada kita ditinggalkan oleh yang tersayang atau kita sendiri yang meninggalkan, itu tetap saat derita. namun andai kematian itu dibicarakan boleh mencabut bahagia, belajarlah dari Rasulullah saw yang menghadapi kematian yg tersayang sepanjang hidupnya.

andai dia pergi dahulu sebelummu, teguhkanlah jiwa. tidak mengapa bersedih seketika. tapi, hari esok, kau harus bangkit semula. biarlah dia pergi, pergi bersama doa. biar dia menunggu di sana, kerana nanti, kita juga akan menyusul jua. dia yang pergi, sememangnya bukan milik kita. dan kita juga bukan miliknya. kerana, pemilik atas segalanya ialah al-Malik, Dia yang memiliki dan menguasai segalanya. pada kita hanya amanah, tiba masa, segalanya harus diserah. usah rasa dimiliki dan jangan ada rasa memiliki. percayalah kita tidak akan pernah sepi kerana kita selalu punya pemerhati.

dan kita, bila waktu dan di bumi mana mati itu menjemput, tiada yang tahu. dan ingatlah kematian itu. kerana mengingat mati itu menghidupkan hati. ingat mati, pembasuh hati dan jiwa yang gelisah. tapi sayang, kita kian lupa untuk mengingatkannya. kita terkapai-kapai antara tarikan dua graviti hati. antara graviti tahap tinggi pintalan ilham para malaikat dan graviti menjunam lembah kehinaan simpulan was-was para syaitan. lalu, membuat kebaikan belum terasa kemanisannya, melakukan kejahatan tidak sunyi diburu rasa keresahannya. dan, biarlah mati itu sentiasa hidup di hati kita.

-di mana Dia di hatiku.

[di padang pasir, Inner Mongolia]
 p/s; alhamdulillah, sudah seminggu lebih berada di Mesia. tangan dan tulang belakang maseh rasa kesakitan akibat terjun kuda di Inner Mongolia tempoh hari. rasa hebat tapi berharap tidak apa-apa. xp 

lots of love, Ieyqa Adam.

4 comments:

laskar pelangi said...

yea.kita perlu mengingati mati:)

dark said...

hahahaha...

berani maty terjun dari kuda??ape pasal??

heheh...

comel je sarung kasut tu...

Unknown said...

cukupkah persediaan kita

miss nana said...

get well soon dear..:)