19 October 2011

[mengharap sebuah redha]


hakikatnya aku hanya seorang hamba kepada Tuhanku. 
tiap amal ibadah adalah rahsia antara diriku dan Tuhanku.
kerana itu, aku takut..amat takut..
kerana..
aku mungkin belum tentu menggapai redha Tuhanku.
aku juga mungkin masih belum tentu akan ke syurga yang dijanjikan Tuhanku.
tapi..walau begitu..
aku masih lagi tetap berharap,
agar nanti aku dapat merasai indahnya redha Tuhanku.
aku juga terlalu rasanya ingin ke sana.
 untuk menghuni syurgaNya.
bersama-sama insan-insan yang aku sayangi dan cintai buat selamanya..



seandainya, aku ditunjuk Tuhanku tentang dosaku selama perjalanan ini,
mungkinkah aku masih lagi dapat mengimpikan syurga itu?
masihkah aku punya angan-angan untuk ke sana?
Allah...
dalam hina ini, aku masih tetap berharap..
kerana yakinku, tiket untuk ke syurgaMu adalah redhaMu..
lalu, aku ingin terus..
menggenggam keimanan dan sisa kekuatan ..
mencari dan mencari, demi menggapai redhaMu itu..


Tuhan, mohon jaga hati ini. biar niat ini ikhlas demiMu.
:'(

6 comments:

cikaincomey said...

aja,nak tajuk lagu dgn penyayi sekali..hehe :)

Ieyqa Adam said...

klu ta slap,
Tuhan, wali band.. :)

qwert. said...

nice song :)

EYQASARA said...

InsyaAllah.. berdoalah selalu.. mudah2an ditetapkan hati kepadaNYA dengan ikhlas,..

Ieyqa Adam said...

inshaAllah, hati ini Allah yg pegang. kan? moga2 ikhlas. :)

Kartini said...

lebih utama mnggapai redha allah :)