02 March 2013

*terima kasih, kakak*

Bismillahirahmanirahim.

Pagi yang indah.
Cukup indah ku kata.

Usai dhuha.
Pada Dia, Ku lepas sesak di dada hati.
Pada Dia, Ku mohon tenangkan jiwa ini.
Pada Dia, Ku harap datang memujuk diri.

Dan sungguh Tuhanku Maha Dengar.



Kakak, jazzakillah khair.
Notamu di belakang, cukup untuk buat aku tersenyum lebar sekali.


Kakak, 
Tuhan hantar kakak untuk memujuk pagi ini.

Pada serpih jiwamu kakak, ku sungguh merasa kehadiran Dia.
Kakak datang mengganti Dia, untuk buat aku senyum lewat pagi ini.

Walhamdulillah.

:)

Pagi, Beijing.
03032013

*sesak*

ada tentang sesuatu yang aku tak ingin kenang.
ada tentang sesuatu yang aku ingin terlalu amnesia.




pandang langit hitam.
lepas sesak pelan-pelan.

bukankah Allah takkan memberatkan?

astaghfirullah. TT

Tuhan, 
aku ini hina.

Tuhan, tuntun langkahku.
Kerana sungguh, aku tak ingin lagi pulang ke masa lalu.


Beijing-03032013

01 March 2013

*langit pun menutup rapat*

Bismillahirahmanirahim.

Jodoh.
Perkara yang tak satu manusia pun betul-betul tahu.
Ia murni kuasa Tuhan. Sangat amat rahasia.
Langit pun menutup rapat-rapat dan enggan membocorkannya walau sedikit. 
Barangkali kita memang tak perlu tahu, hanya perlu berusaha untuk menjadi lebih baik setiap waktu. 
Memantaskan diri atas segala kasih sayang-Nya dalam bentuk apapun.

-Achmad Lutfi

Tak perlu tergesa-gesa, kerana sebaik apa pun cinta,
ia tidak akan sempurna jika tidak berada tepat pada waktunya.

-Tia Setiawati Priatna


meyakinkan yang Tuhan telah mempersiapkan semua.
sepaket dengan cerita yang indah sekali.


pernah juga ingin mengintai takdir Tuhan,
mahu mencuri tahu siapa jodoh yang disiapkan.

:D

tapi sekarang,
rasanya, tak perlu lagi.
cinta seharusnya tumpah pada yang tepat.

kumpul doa, moga tembus sampai ke langit.
semoga Dia dengari, dan permudahkannya. 
insyaAllah. insyaAllah. 

tak ada sini, pasti ada di sana.

mohon doakan aku sekali, bisa kan?

:)

#walau kadang-kadang, diri sendiri sudah terlalu muak dengan cinta. err, tapi manusia biasa, manakan bisa lari ke mana. doa, moga cinta selepas ini, adalah cinta yang benar, cinta yang Tuhan redha. insyaAllah *lirik senyum*


27 February 2013

*hati yang cantik*

Bismillahirahmanirahim.

Sebelum aku jatuh cinta dengan tulisan,
dengan keindahan awan,

dan  burung yang bersiulan,
Engkaulah,
yang buat aku jatuh cinta
terlebih dahulu. 

Sungguh, 
dunia adalah tempat yang berbeza,
saat aku jatuh cinta,
denganMu.

#reblogged



mencinta, jangan biar sampai terlena hingga melupakan Tuhan.
lalu, begitu saja harus sandar yang dicinta keranaNya, Tuhan Semesta Alam.

:')

"Ajarkan aku untuk selalu memiliki hati yang cantik.
 Tidak peduli meski orang-orang tidak pernah sekali pun menyadari kecantikan hati tersebut."
-Berjuta Rasanya;Tere Liye

moga juga, aku memiliki hati yang cantik, untuk mencintai, semua. 

kerana hanya hati yang cantik saja, yang bisa mencinta kerana TuhanNya.


:)


24 February 2013

*berhati-hati jaga hati*

Bismillahirahmanirahim.

"dalam diam, riak dan takkabur bisa bunuh hati dan amal sekali."
lalu, hati-hati. syaitan itu bijak atur strategi.

Allahu,
moga Kau terus jaga hati ini.

moga ia benar. tak tersalah niat hati.
bukan untuk manusiawi mahu jua duniawi, tapi lillahi.


Tuhan yang membolak balikkan hati,
 mohon jagakan hati ini dari bisikan syaitan yang tak pernah henti.

bagaimana saja andai aku sedang menulis ini,
hati sebenarnya sedang riak takkabur?

nauzubillah. TT

*nangis*


beijing-25022013-

23 February 2013

*seperti bintang gemintang*

Bismillahirahmanirahim.


kematian hati,
banyak orang tertawa
sedang maut mengintainya.

banyak orang yang cepat datang ke saff solat
tapi ternyata
cepat pula dia pergi

dingin tanpa penghayatan.

banyak orang yang sedikit beramal
tapi disebut-sebutkannya banyak kali.

merendahlah,
engkaukan seperti bintang-gemintang
berkilau di pandang orang
di atas riak air dan sang bintang pun jauh tinggi.

janganlah seperti asap
yang mengangkat diri tinggi di langit
padahal dirinya rendah-hina

-KH. Rahmat Abdullah, Sang Murabbi

19 February 2013

*selusur jalan*

Bismillahirahmanirahim.

scroll down facebook.
Allahu.

malu. TT

malu tentang masa lalu.
satu-satu lihat jahiliah diri.

jahilnya rasa.

itu yang tercatat. yang nampak jelas di mata.
masih boleh undur. dipadam semula.

tapi.
bagaimana pula yang telah ditulis malaikat yang selalu menjaga?

Allahu.
nangis laju-laju.

moga Allah ampun dosa masa lalu.
TT

astaghfirullah.
astaghfirullah.
astaghfirullah.

Allah yang membolak balikkan hati,
pegangilah hati ini. jangan biar ia tertewas dunia lagi.

Allahu. TT


Tuhan,
pimpinlah aku menyelusuri kegelapan dunia ini kepada cahayaMu.
tekadkanlah hati aku atas jalan agamaMu,

moga biar ku mampu capai redhaMu dan syurga Mu sebagai pengakhiran.

Beijing-19032013

#bonda tercinta, selamat ulangtahun kelahiran.
 kerana Allah, aku sayang. moga saja, Allah izinkan kita bersama, hingga ke syurgaNya. bonda, takkan henti aku luah doa, moga Allah bina satu rumah, buat kita sekeluarga, di syurga sana. bonda, aku rindu.terlalu merindu.  
moga, jauh di sana kau mampu merasa itu. ;)