21 January 2013

*Sebuah Kenangan*

Bismillahirahmanirahim.

Waktu, terus saja berjalan.
Melewat dan melewat, dengan apa yang tertinggal di belakang.
Namun, lewatnya waktu, aku belajar tentang sesuatu.
Sesuatu, yang tak mati dalam ingatan, dan mungkin tak akan.
Walau kau mahu menidakkan dan tak mempedulikan.

Iaitu, kenangan. 

Dan aku. 
Aku mahu mengingat semua kenangan, dengan senyuman.
Walau mungkin, ada kenangan-kenangan yang pernah menyesakkan.

Tak mengapa.
Kerana aku tahu, dengan kenangan,
Tuhan sedang mengajarkan.
Tuhan sedang menguatkan.
Tuhan sedang memberi aku merasa pengalaman.


 
Apa yang mampu kau nilai tentang kenangan? 


Kenangan, aku rapikan dalam balang-balang.
Dan ada waktu, aku buka penutupnya.
Mengulang semula kenangan. 
Lalu, mengingatnya satu satu,
Tanpa membuat ada air mata terurai sesalan.

Kerana, aku pikir, ada antara kenangan itu, indah memorinya.
Untuk dilupakan.

Dan kenangan, takkan mungkin terhapus.
Walau kau memaksa melupakannya.

Kerna itu adalah cerita, cerita hidup yang pernah kau rasakan.

#Kenangan, jangan jadikan ia menjatuhkan kehidupanmu ke dasar bawah, tetapi jadikan ia untuk membangkitkanmu semula ke atas. Kenangan hidup, atas nilaimu sendiri terhadapnya. :)

IeyqaAdam,
Beijing-21012013



1 comment:

z@hir Mokhtar said...

Salam..kakak..smalam ad jalan2 kat blog..pastu terjmpa blog kakak... sy x knal pn kakak..hehee...tp..sy nak thu tntg pngajian kat beijing...sy student lepasan spm 2012...cam ne kakak apply pngajian ni?