13 January 2013

*lamaran Tuhan*

Bismillahirahmanirahim.

 

malam itu,
 Tuhan melamar aku.
dan aku kira,
Tuhan,
 seperti biasa, selalu romantis.

----
lewat malam itu.

 *menangis tanpa suara*

 tertanya-tanya,
ahh, mengapa sukarnya mencinta Tuhan saja?
mengapa maseh cintakan dunia dan isinya?
murah benar rasa cinta yang aku punya.

mungkin saja,
 hati ini, masih tersisa kekotorannya. 

jiwa berperang sendiri.
kerana aku punya dua pilihan.
cinta dunia dan cinta Tuhan, takkan mungkin bisa bersatu, bukan?
 
antara dua jalan, salah satu harus dikorbankan.
aku pikir begitu. 

lalu, aku selak surat cinta Tuhan radomly.
itu kegemaranku. 
kerana aku dapat rasakan,
Tuhan berbicara langsung sama aku.

Dia berfirman;

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh setan;
 sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu."
43:62

 Kau tahu, apa rasa diingatkan Tuhan sendiri?
sentap-perkara biasa.

*menangis*

aku baca lagi, hingga ayat ini;

"Wahai hamba-hamba Ku! Tidak ada ketakutan bagimu pada hari itu, dan tidak pula kamu bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan mereka, berserah diri. Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan pasanganmu akan digembirakan."
43:68-70

*sedu*

Allahu.. TT

syurga yang Tuhan lamarkan.

itu janji Tuhan, bukan janji manusia.
apa lagi yang bisa diragu?

----

lalu, aku memutuskan untuk bisu.
menjauh pergi.
dari satu jalan lagi.

biarlah ia tamat.

sudah tak ada apa lagi untuk diteruskan semula.
bukankah segalanya juga telah lama ke belakang.

kerana aku juga, 
lebih yakin, akan janji Tuhan.

hiraukan saja rasa. 
aku pikir, lama lama nanti, ia akan mati sendiri.
dan berkubur tinggal menjadi kenangan. 

"untuk apa lagi tanda tanya setelah Tuhan terang-terangan telah letakkan tanda noktahnya?"

*senyum*


-----

"Wahai manusia, malulah sedikit. Sedangkan kucing yang mahukan seekor ikan pun, kadang-kadang dipukul. Ada yang sampai dikerat kakinya. Sedangkan semut yang menjujung habuk biskut hendak pulang ke sarang pun kadangkala mati dilenyek kereta mainan kawalan jauh." 
-cebisan dari Allah Merindukan Taubatmu, Majalah Jom 09 

mahukan syurga, tak sesenang bicara. 
ada sesuatu yang harus dikorbankan terlebih dahulu. 

kerana, syurga itu, 
tak semurah yang dipikirkan.


Beijing
14012013


No comments: