18 January 2013

*mencari cinta*

Bismillahirahmanirahim.


Cinta.

Carilah ia.
Tanpa lelah.
Perah keringat.
 
Kerana hakikatnya,
Cinta itu telah lama wujud,
Hanya di sebelah sisi saja sebenarnya.

Dia.
Menghulur cinta.
Tanpa pernah kau minta.

Dia.
Yang tak pernah.
Bergerak menjauh walau sehasta.
Meski kau terus menjauhi beberapa langkahnya.

Cinta Dia seluas bumi.
Lebih luas, hingga ke petala langit sana.
Tidak mungkin akan tertanding sesiapa.

Aku bilang aku.
 
Cuma aku saja.
Yang pernah buta.

Walau punya dua mata.

Kerana bukan mata yang buta--tapi hati sebenarnya.
 

 

Dosa di dalam hati,
telah mengaburkan destinasi cinta yang hakiki.


Inginku belajar mencintai Sang Khaliq.
Hanya satu-satunya, yang kekal selamanya.

Mencinta Dia,
Bukan kerana takut akan murkaNya.
Tetapi kerana limpahan kasih dan sayangNya.

Kerana aku tahu, 
Dia yang selalu mencintai aku.
Dengan sepenuh-penuh cintaNya.

Mencinta,
Tak mudah aku kata.

Mecinta.
Perlukan bukti.

Bukan setakat omongan kosong.
Yang hanya enak didengar di cuping telinga.
 
----

Tuhan,
Walau aku takkan mampu mecintaiMu,
Seperti mana Kau mencintai aku,

Tapi, 
Aku masih tetap ingin obsesi, mencintaiMu.

IeyqaAdam
Beijing, 18012013
 

4 comments:

kaka said...

Terima kaseh ieyqa. Entry2 saudari banyak membantu saya untuk bangkit setelah terjatuh dari cinta manusia. Semangat sikit bila bace kata kata motivasi islamic dari saudari. Terima kaseh :')

kaka said...

Terima kaseh ieyqa. Entry2 saudari banyak membantu saya untuk bangkit setelah terjatuh dari cinta manusia. Semangat sikit bila bace kata kata motivasi islamic dari saudari. Terima kaseh :')

Ieyqa Adam said...

sama-sama.

aku cuma berkongsi rasa. juga hanya seorang yg mencari semangatnya semula.

stay strong.

Allah selalu ada.

*senyum*

:)

kaka said...

Baek la. Teruskan bekarya. Aku mencari semangat dari Dia dan entry entry mu. mungkin kita sedang melalui situasi yang sama. Salam pekenalan =)