30 March 2012

[Dunia Yang Sementara]

Bisimillahirahmanirahim.


 



"This world is a bridge,
 and a bridge
 should NOT be taken as a home"
 (Ibn al Jawzi)
 

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, 
sekiranya mereka mengetahui." 

[Al-Ankabut 29:64]


"Dia Allah berfirman, 
"Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui."
Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

[Al-Mu'minun 23:114-115]


Aku cuma merenung diri sendiri. Muhasabah. Mungkin juga. 
Dunia, yaa tentang dunia. Dunia yang cuma sementara cuma. Yang hidup kita hanyalah mengikut jam waktu yang masih ada. Entah berapa lama lagi waktu yang terselit untuk terus bernyawa. Siapa kata, esok hari masih menjamin ada buat kita. Adakah masih ada kesempatan, buat menatap mentari esok pagi juga bukan ketentuan dalam tangan kita.

Mahu menagis kalau dikenang kembali waktu tersisa yang pernah terluang begitu saja. Apa waktu itu telah diisi sebagaimana suruhan Tuhan atau bagaimana. Malu. Hidup menumpang dibumi Tuhan, tapi diri lalai entah ke mana. Bukan itu saja, Tuhan juga yang telah beri segala. Syukur. Terlalu amat sikit saja aku rasa, malah meminta mahu lebih semua. Kadang kala, mengejar duniawi yang akan bernoktah masa, sehingga melupakan akhirat yang abadi selamanya.

Dunia ini hanya semi sementara. Indahnya kadang kala hanya menjerat saja.
Kerana, kehidupan adalah ujian. Ujian adalah tiket ke syurga Tuhan.

Tuhan,
 jangan letakkan dunia dalam hatiku.


23 March 2012

[Bulatan Gembira Kami]

Bismillahirahmanirahim.

Ini keluarga pertama.


 


Ini keluarga sekarang.



Alhamdulillah.

Kerana Tuhan mempertemukan insan-insan seperti mereka.
 Yang bersama mereka,
 mengingatkan diri kembali kepada Tuhan.
Bersama-sama belajar, 
berusaha untuk menjadi hamba, yang lebih baek.


Ini nikmat Tuhan,
 yang paling terindah yang dimiliki.


Bertemu dan berpisah, hanya kerana Allah.


Kerana kaseh Tuhan, 
aku amat menyayangi mereka.

Alhamdulillah Ya Rabb.
:)

20 March 2012

[Ujian Tuhan]

Bismillahirahmanirahim.


Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:  
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” 
 
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)  Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 
 “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” 
~H.R. Bukhari dan Muslim~
 
 
 Saket itu pun ujian Allah.
Sabar.

:)

17 March 2012

[SubhanAllah, Snowing Lagi]

Bismillahirahmanirahim.

 

SubhanAllah. 
Walau dah mengintai musim bunga, Beijing snowing lagi.

Tiada yang pelik.
Kerana segalanya milikNya.
 Segala di bawah kekuasaanNya.


Gembira.
Alhamdulillah.
Masih diizinkan bertemu sekali lagi.
Mungkin ini guguran putih yang terakhir lewat waktu ini.
:)

15 March 2012

[Merindui mereka]

Bismillahirahmanirahim.


Jauh di mata, 
dekat dalam doa.

Rindu. 
Benar-benar merindu.
Pada mereka,
 Ma abah dan adik-adik.
Mereka yang disayangi, kerana Allah.

Tuhan, jagakan mereka, untukku.
Semoga.

10 March 2012

[pernahkah kau merindu?]

Bismillahirahmanirahim.



 Pernahkah kau merindukan Nya?
Rindu bertemu Nya, mahu memandang wajah Nya?

Jika jawapanmu tak pernah, maka menangislah.
Karena ruh mu mungkin tak pernah kau sapa, hingga ia lupa, pada Dzat yang membuatmu ada.

Dia yang telah menghapus air mata,
Dan memberimu bahagia,
 mencurahkan segala keagugungan dan rasa cinta Nya.

Maka barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, lakukanlah amal salih dan janganlah mempersekutukan sesuatu apapun dalam beribadah kepada Rabbnya.” 
(QS. al-Kahfi: 110).

tetaplah merindu,
 pada Dia, Tuhanmu.
agar cintamu pada Dia tetap bersemi.

09 March 2012

[ajarkan aku Tuhan]

BIsmillahirahmanirahim.


Tuhan,

 ajarkan aku erti sabar
dalam menghadapi ujian Mu.

ajarkan aku erti redha
menerima apa yang telah ditetapkan Mu. 

Tuhan,
 penuhilah ruang jiwa ini.
 jiwa yang terasa semakin kosong. 
masih bernafas tetapi seolah-olah ruh sudah tidak bernyawa.

06 March 2012

[percaya]

Bismillahirahmanirahim.


"....apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."
 (Surah Imran 3: 159) 

“When you have taken a decision, 
put your trust in Allah.” 
 

Tuhan,
Telah Ku serah segala buat Mu,
 Untuk mencoret setiap lorong-lorong takdirku. 
Tentang kisah-kisah cerita.
Lalu nanti, Kau ajarkanlah aku, 
tentang erti redha.

Tuhan,
 Bukan bermakna aku tidak percaya atas setiap ketetapan Mu. 
Kerana aku tetap akan yakin.
Engkau Lebih Maha Tahu.


hidup ini bukan sekadar untuk hidup.
sekadar hanya untuk senyum riang gembira sendiri.
berjalan menitip kehidupan dunia ini tanpa memperduli.
kerana di sudut hujung nanti, perjalanan ini akan di hakimi.

Moga Kau redha Tuhanku.

..............
  
Kadang-kadang, 
Ada waktu itu,
 Aku hanya mahu sendiri. 
Biar sunyi sepi, tanpa ada insan lain di sisi. 
Kerana, jauh di sudut hati, aku masih percaya. 
Tuhan tetap ada menemani.

Biarkan hanya berdua.
Antara aku dan Tuhan. 

 

[tentang jodoh]

Bismillahirahmanirahim.


Jodoh itu rahsia Tuhan.
Lalu, siapa aku untuk mengatakan jodoh itu milik kita.

"You might be married to the worst man on earth,
 like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 
You might be married to the best man on earth, 
like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 
You might not be married at all, 
like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth."

Have faith in Allah always and place your full trust in Him. 
He's the central focal point of our lives. :)



Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal.
 Percaya dan tetap yakin, Tuhan itu Lebih Mengetahui.
:)

04 March 2012

[madah Tuhan]

Bismilahirahmanirahim.



Besyukurlah.
bagaimana keadaan sekali pun,
Tuhan tidak pernah meninggalkan selagi kamu tidak menjauhi Nya.
:)

Alhamdulillah.