06 March 2012

[percaya]

Bismillahirahmanirahim.


"....apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."
 (Surah Imran 3: 159) 

“When you have taken a decision, 
put your trust in Allah.” 
 

Tuhan,
Telah Ku serah segala buat Mu,
 Untuk mencoret setiap lorong-lorong takdirku. 
Tentang kisah-kisah cerita.
Lalu nanti, Kau ajarkanlah aku, 
tentang erti redha.

Tuhan,
 Bukan bermakna aku tidak percaya atas setiap ketetapan Mu. 
Kerana aku tetap akan yakin.
Engkau Lebih Maha Tahu.


hidup ini bukan sekadar untuk hidup.
sekadar hanya untuk senyum riang gembira sendiri.
berjalan menitip kehidupan dunia ini tanpa memperduli.
kerana di sudut hujung nanti, perjalanan ini akan di hakimi.

Moga Kau redha Tuhanku.

..............
  
Kadang-kadang, 
Ada waktu itu,
 Aku hanya mahu sendiri. 
Biar sunyi sepi, tanpa ada insan lain di sisi. 
Kerana, jauh di sudut hati, aku masih percaya. 
Tuhan tetap ada menemani.

Biarkan hanya berdua.
Antara aku dan Tuhan. 

 

1 comment:

Anonymous said...

agreee :)