14 June 2012

[Langkah Ini]

Bismillahirahmanirahim.

 

Langkah ini, entahlah yang sudah ke berapa kali. 

Langkah yang sama, berulang-ulang kali.
Tidak tahu, di mana titik dia harus berhenti.

Err..tiada perhentian untuk dia berhenti di sini, 
Kerana dia mahu langkahnya terhenti, hanya ketika kaki menjejak syurga yang abadi.


Allahu Rabbi,
Pinjamkan aku sedikit kekuatan lagi.
Tidak mahu langkah ini terhenti hanya di sini.

Allahu Rabbi,
Bawalah dia terus untuk berlari.
Bukan hanya di sini, duduk berkhayal itu dan ini.

Allahu Rabbi,
Andai dunia maseh di hati,
sabarkan dia untuk mujahaddah melawan nafsu diri.

Allahu Rabbi,
Sesungguhnya padaMu, aku berserah diri.
Pada Mu jua nanti, aku kembali.

 Mohon doakan, 
agar tempatku, adalah di sisi Tuhan.

 #Esok hari, exam. Moga Allah permudahkan segala. Moga Allah bantu.
InsyaAllah.
 

 

2 comments:

Luqman Zakaria said...

gud luck k...anyway...cumell gambar tuh~

Unknown said...

man jadda wajada :D
semoga berjaya