Bismillahirahmanirahim.
Memang waktu telah belalu pergi, dan kamu bukan lagi di sisi,
tetapi percayalah, cintaku tak pernah mati.
Kepergian kamu,
tidak pernah mematikan cinta.
Kerana surat cinta Tuhan,
selalu ku utus lewat malam,
dalam seusai doa.
Rindu,
amat merindui.
Lalu,
kamu hadir dalam cebisan mimpi-mimpiku.
Tersenyum lagi untukku.
Bila mimpi itu hadir,
seolah aku tidak lagi mahu melepaskanmu.
Biar aku pegang erat, agar bayangan itu tidak pergi.
Kerana aku tahu, seusai mimpi,
yang tertinggal cuma kenangan lewat masa lalu.
Tuhan,
aku amat merindui.
Merindui seorang insan, yang telah lama pergi mengadapMu.
Hampir 6 tahun,
memori kita berdua maseh ku simpan erat dalam genggaman kisah hidupku.
Sayang dan cintaku, maseh segar dalam hati.
Aku janji,
tempatmu tidak akan pernah berganti.
Kita mungkin hidup di dunia yang berbeza,
tetapi yang pasti, keduanya itu tetap Tuhan yang punya.
Nenda,
Moga Tuhan akan pertemukan kita lagi nanti.
Di sana,
di syurga Tuhan nan abadi.
Al-Fatihah.
2 comments:
al fatihah
Al fatihah..
Post a Comment