Bismillahirahmanirahim.
Terima ros merah dan mawar putih.
Terima kaseh.
Mungkin bunga itu akan melayu,
tetapi kaseh kita akan tetap semekar putik di awal musim bunga lalu.
Dengan izinnya Tuhan,
biar bersama menjunjung cinta itu,
hingga ke syurga.
____
Seminggu ini,
pipi rancak dibasahi air mata.
Lancar laluannya, dari kelopak penglihatan.
Hati maken sensitif barangkali.
Ohh, mungkin dia terlupa.
Dia pernah meminta pada Tuhan.
Ajarkan dia cara untuk menangis.
Mungkin.
Tuhan makbulkan.
___
Tapi dia maseh menyelip senyuman,
walau dalam genangan.
Ukir senyum lagi.
Kerana dia rasa, jauh ke jiwa.
Itu kasehnya Tuhan.
Hadiah dari Dia buatnya.
:)