03 December 2011

[iman sedang tenat |ubat hati]

Bismillahirahmanirahim.

ku tanya apa khabar hati?
yakni iman.
adakah juga turut sama sakit seperti badan ini?

mungkin. hati ini sedang sakit. walau mungkin tidak lagi tenat. kerana dia mula merasakan jiwanya kosong. melayang walau tanpa ada angin yang menghembus. seperti tiada isi seperti hari-hari yang pernah dia jalani suatu ketika. menangis. dia merindukan saat-saat itu. saat-saat dia menangis di kala ingin meraih cinta Tuhannya.

tidak. tidak. dia tidak mahu hatinya mati sekali lagi.
mohon doa, mohon bantu. terus capai tangan ini, bawa dia keluar dari kepompong futur ini.

Carilah hatimu sewaktu mambaca AL-QURAN..jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT..jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk TAFAKUR mengingati MATI..jika kau tidak temui juga, BERDOALAH kepada Allah..pinta HATI yang BARU.



 UBAT HATI-OPICK



pertama baca al-Quran dan maknanya.
ke dua solat malam dirikanlah.
ke tiga berkumpullah dengan orang soleh.
ke empat perbanyaklah berpuasa.
ke lima zikir malam berpanjanglah.

moga hati kita, 
adalah hati yang selalu mendambakan redha Allah, hati yang merindukan syurga.

2 comments:

Kartini said...

antara kesilapan kita, membaca al-Quran tetapi tidak mengenal, mendalami dan memahami makna nya. May Allah guide us. Barakallahu fik Ieyqaadam. ;)

Domu-kon said...

itulah saya cari skrg..ubat hati.. saya cuba memahami dari membaca