21 June 2011

[memujuk diri]

Assalamualaikum.

awan hari ini mendung. awan kelabu berarak tinggi di atas sana. di kamar ini, suhunya dingin saja. seiring rasa hati mungkin. cuba mencari ketenangan di sebalik rasa yang terasa.

termenung dan terfikir. cuba memotivasikan diri. memujuk diri mungkin juga.

Bayangan: kamu baek-baek saja kan?
Aku: aku berharap begitu. InsyaAllah.
Bayangan: rasa kecewa?
Aku: entahlah. sukar mahu tafsir segala rasa.
Bayangan: aku tidak mahu melihat kamu begini.
Aku: kamu ingat aku mahu?
Bayangan: bersabarlah. Allah ada.
Aku: sabar? bagaimana? punya cara?
Bayangan: berserahlah pada jalan takdir. kadang kala kita harus belajar untuk melepaskan sesuatu. dan meletakkan kepercayaan kepada Allah. Dia Lebih Maha Tahu.
Aku: benar. aku tahu itu.
Bayangan: capai al-Quran. baca. percayalah, kamu akan temui sesuatu darinya.
Aku: insyaAllah. yaa. itu lebih baek kan?
Bayangan: Hmm. *senyum sendiri lagi* kamu kuat dan kekuatan itu ada.

[life is tough, but i'm tougher.]

tunduk perlahan. hembus nafas yang bersisa. tidak akan mengeluh dalam perjalanan ini. mahu bersyukur kerana ujianNya. kerana aku tahu, nanti, aku pasti akan menyedari ada hikmahNya. insyaAllah.

lots of love, Ieyqa Adam.

5 comments:

Unknown said...

bagus le bayangan lu

syafa said...

yeah! kita lebih kuat! :D

Ieyqa Adam said...

jiji; hanya bayangan saja.

Ieyqa Adam said...

toblerone. yaa. insyaAllah :)

hannamonts said...

aku pernah dgr ayat yg mcm ni

"relakan utk melepaskan sesuatu yg paling2 kita syg atau berharga jika itu kehendak Allah..
sesungguhnya Dia akan membalas lebih dari yg setimpal dgn itu.."

peace~