23 November 2013

"Cinta Kita, Ummu Waraqah"

Bismillahirahmanirahim.

Kalian;

Kalau jalanku perlahan,
Mohon jangan tinggalkan aku.
Jangan biarkan aku sampai terperosok ke belakang.

Peganglah aku,
Pimpinlah aku untuk jalan sekali.

Kalau aku rebah tersungkur,
Tergelincir jatuh ke tepi,
Mohon tegakkan langkah aku lagi.

Bilamasa aku futur,
Sedarkan aku agar jangan berhenti.
Nasihatkan aku untuk bangkit kembali.

Ingatkan aku,
Jalan ini jalan perjuangan yang ada tujuan.



Ummu Waraqah;23112013


Kerana atas jalan ini, 
Kita bukan sendiri sendiri.

Terima kasih Tuhan;
Menganugerahkan mereka menjadi sosok yang menguatkan.

Tuhanku,
Tsabatkanlah kami, sampai akhir nanti.

Sampai kami benar-benar memijak syurgamu yang abadi.
Berkumpul di pohon redang, bercerita detik detik ini lagi.

"Syurga itu tak senang. Mahal, tahu?
Masuknya bukan sekadar hanya dengan amal, tapi kerana rahmat dan redhaNya."

Tuhanku, peganglah hati ini. 
Sucikan setiap detik tujuan hanya keranaMu.

TT


No comments: