28 October 2013

Hatimu suci, adik.

Bismillahirahmanirahim.

Belajar sesuatu dari adik bongsu.

Tempoh hari, abah call.
Kata abah, adik digigit kucing kesayangannya, sampai-sampai kena tiga suntikan.

Tapi ma cakap, adik masih tetap sayang kucingnya. Marah bila ma nak buang kucing tu. Marah bila ma tak bagi kucing makan.

Yang aku rasa, itulah. 
Kasih sayang, yang luhur. Jujur. Suci.

Tak kira betapa disakiti, dilukai, dan kau masih tetap kasih.
Tak memilih, dan tak membalas.

Hati suci. Selalunya memang begitu.



Moga cepat sembuh, adik. Nanti baru boleh nak g maen bola lagi.
Yang terlalu merindui, kakak.



Teringin untuk memiliki hati sepertimu, adik.
:)


1 comment:

Cik Cammy Lia said...

klo dh syg memang sgup je ape2 pon :-)