17 April 2013

*selamat dewasa*

Bismillahirahmanirahim.


Alhamdulillah. 
Allah masih memberi kesempatan atas kesemuanya.

Diri, selamat dewasa.
:P

Muhasabah;
22 tahun hidup, entah sekerat mana yang Allah redha. 
Amal mana yang telah Allah terima.
Umur semakin memendek;
Sedang masih terlalu banyak hak-hakNya yang belum tertunai.

Ini sungguh hiris hati. :'(





Sungguh,
Ulangtahun hari lahir, adalah peringatan tentang kematian;
yang ajal sudah pun semakin mendekat.

Persediaannya bagaimana?

*tepuk dahi*

Dan;

Buat semua;
Jzkk khair atas ucapan doa-doanya.
Tak ada yang lebih bernilai, melebihi sepotong doa.
Moga doa kalian, sampai ke langit sana.
Dan Allah makbulkan.

Dengan izinNya.

Mohon doakan;
Moga diri ini tsabat pada jalanNya.

:)

12 April 2013

*bahagia kita, gembira kita*

Bismillahirahmanirahim.


moga Allah selalu pegang,
hati-hati kita, untuk terus bersama,

pada jalan dakwah dan tarbiyyah ini,
hanya keranaNya.

biiznillah.

:)

bahagia kita,
gembira kita,

kita yang rasa.

dan, ada yang bilang;
"gula pun tersipu-sipu malu, kerana ada yang lebih manis darinya;
ukhuwah fillah."

kadang-kadang, teringin juga, mahu berkongsi dengan semua.
keindahan rasa ini.

:)

Allah, panjangkan ukhuwah ini, 
hingga kami bersama-sama jejak ke surgaMu.

Hingga kami, saling duduk bersimpuh di pepohon di  syurgaMu, 
berbicara kembali kisah2 indah yang pernah dibualkan di 'taman syurga dunia'.

Allahumma'amin.

"Kita nak laju, kita boleh lari seorang, 
tapi kalau kita nak lari jauh, jalanlah bersama-sama."
-Tulus Sweet

-kerana jalan ini, bukan dengan sendiri-sendiri.

*jalan-jalan*

Bismillahirahmanirahim.













Allah,

terima kaseh;
untuk segalanya ;)

sungguh, nikmatMu tak pernah terhitung.

senyum bahagia. ;)



恭王府花园 -10042013-

08 April 2013

*ikhlas itu*

Bismillahirahmanirahim.



Belajar mengikhlaskan.

"Ikhlas itu, ruh kepada amal."

Biar walau hanya dengan sekecil-kecil amal.

Ikhas itu, wujudnya dengan mendidik, dan harus diajar.

Allah, ikhlaskan aku. TT



07 April 2013

*resepi pavlova*

Bismillahirahmanirahim.

Main masak-masak bersama Kak Mas. Maka, terhasillah. :)


Bahan-bahan;


Meringue
4 putih telur
2 cawan caster sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry & Kiwi 

Cara-cara;

1. Pukul 4 biji telur (telur putih shj), guna mixer
2. Masukkan cuka, tepung jagung, esen
3. Pukul sehingga meringue tak jatuh bila diterbalikkan
4. Masukkan dalam bekas dan bakar.

5. Pukul whip cream
6. Hiaskan dengan buahan.

Ini pertama kali buat dan makan pavlova, sebab bising dengar rintihan Kak Mas nak makan. Hari nie baru berkesempatan sama-sama buat. Cuti-cuti pun sibuk. :P

Lepas makan pavlova, last2 cari nasi jugak. Goreng telur kuning dan makan bersama kicap. Lagi sedap. Hidup anak rantauan yang (pemalas) hehee :P



Senang jee rupanya. Simple. Silalah mencuba. :)

03 April 2013

*selamat jalan, cikgu*

Bismillahirahmanirahim.





Begitulah lumrah. 

Setiap pertemuan, disusuli perpisahan.

Cikgu,

Selamat jalan dan jaga diri.

Moga hidayah Allah menyapamu di sana.

Sehingga Allah mempertemukan kita lagi, nanti.

:')

01 April 2013

*memaafkan*

Bismillahirahmanirahim.

"Memaafkan; selain melapangkan hati dan rasa, juga akan melapangkan jalan ke masa depan."

Yang susah dilakukan biasanya punya banyak kelebihan.
- Tia Setiawati Priatna





"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, 
sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang  mulia."
- Asy-Syura; 42:43


Belajar campak semua penyakit hati.