01 March 2013

*langit pun menutup rapat*

Bismillahirahmanirahim.

Jodoh.
Perkara yang tak satu manusia pun betul-betul tahu.
Ia murni kuasa Tuhan. Sangat amat rahasia.
Langit pun menutup rapat-rapat dan enggan membocorkannya walau sedikit. 
Barangkali kita memang tak perlu tahu, hanya perlu berusaha untuk menjadi lebih baik setiap waktu. 
Memantaskan diri atas segala kasih sayang-Nya dalam bentuk apapun.

-Achmad Lutfi

Tak perlu tergesa-gesa, kerana sebaik apa pun cinta,
ia tidak akan sempurna jika tidak berada tepat pada waktunya.

-Tia Setiawati Priatna


meyakinkan yang Tuhan telah mempersiapkan semua.
sepaket dengan cerita yang indah sekali.


pernah juga ingin mengintai takdir Tuhan,
mahu mencuri tahu siapa jodoh yang disiapkan.

:D

tapi sekarang,
rasanya, tak perlu lagi.
cinta seharusnya tumpah pada yang tepat.

kumpul doa, moga tembus sampai ke langit.
semoga Dia dengari, dan permudahkannya. 
insyaAllah. insyaAllah. 

tak ada sini, pasti ada di sana.

mohon doakan aku sekali, bisa kan?

:)

#walau kadang-kadang, diri sendiri sudah terlalu muak dengan cinta. err, tapi manusia biasa, manakan bisa lari ke mana. doa, moga cinta selepas ini, adalah cinta yang benar, cinta yang Tuhan redha. insyaAllah *lirik senyum*


3 comments:

Diba said...

Mungkin cinta akak dekat Malaysia kot. hehe :)Keep praying

Mrs. Solarstreak said...

Allahurabbi..

moga Tuhan merahmatimu.

ku yakin dan pasti,
kamu akan temui cinta sejati yakni jodohmu kelak..

Dengan izin Maha Ilahi.

Aku doakan kamu. :)

Ieyqa Adam said...

Jazzakkilah khair atas doanya.
Aku mengaminkan. Moga Allah membalasnya, dan kamu juga sama.

:)