27 December 2012

*jawaban Tuhan*

Bismillahirahmanirahim.


Katakanlah (Muhammad), "Apakah kita akan memohon kepada sesuatu selain Allah, yang tidak dapat memberi manfaat dan tidak (pula) mendatangkan mudarat kepada kita, dan (apakah) kita akan dikembalikan ke belakang, setelah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh setan di bumi, dalam keadaan kebingungan." Kawan-kawannya mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan mengatakan), "Ikutlah kami." Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya) ; dan kita diperitahkan agar berserah diri kepada Tuhan seluruh alam, 

Al-An'am 6:71

----

#jawaban Tuhan kali ini.
 sungguh, aku sentap sekali.

petunjuk Tuhan--
bukankah dia Maha Mengetahui?

tanya sendiri, apa mahu berbalik ke belakang lagi?

pedas. sentap kembali.

belajar. erti berserah diri.
bukankah Tuhan satu-satu yang memiliki setiap dunia dan isi bumi?


Allah.


-Beijing-
28122012 01.301am 

mimpi, mahu bertemu Tuhan.

 *wan an*


*pilihan*

Bismillahirahmanirahim.

 

Hidup ini sememangnya wujud pilihan,
tapi akhirnya kita hanya mampu memilih satu-- 
yang terakhir--
dan mungkin juga disebut--takdir

-----

Tuhan
dalam gelapnya dingin malam
 aku sujud--memohon satu petunjuk

Tuhan
moga Kau bukakan jalannya
yang mana harus aku pilih--pada akhirnya

Tuhan
aku tak ingin tersilap
izinkan aku--untuk memilih yang benar

bawakan aku Tuhan--
pada jalan yang Kau redha-dunia akhirat

-----

sungguh, kadang kala kita terlalu meminta-minta pada Tuhan, untuk kabulkan atas semua permintaan doa-doa kita. tanpa kita tahu, apakah permintaan itu pada pengakhirannya--baek atau sebaliknya.

doa--tak pernah salah, kata teman sebilikku.
aku percaya.

-----

Mungkin ini, 
dinamakan kebergantungan--kepada Tuhan. 

Tuhan, 
aku tahu, setiap rencanaMu--terbaek untuk aku.


-Beijing-
27122012


# study week. exam.
moga Allah permudahkan segala.
mohon doa.

*senyum*
 

20 December 2012

*terbang*

Bismillahirahmanirahim.

 

terbanglah tinggi--lebih dari awan-awan
agar kau bisa mendekat--dengan Tuhan


-BEIJING-
-21122012-


18 December 2012

[mengapa mahu jatuh, setelah berdiri?]

Bismillahirahmanirahim.

 

aku pikir--
mahu memilih, biar benar.

---
aku tahu, sekali bangkit.
tak bererti tak kan jatuh semula.

tapi, itu pilihan.
mahu bertahan atau terus jatuh bergulingan.

---
aku pesan pada hati,
aku tak boleh tersungkur kembali.

sesukar apa, aku tetap lebih mahu memilih-untuk berdiri.
sebab-aku yakin--Tuhan tak pernah lelah menemani.

*senyum*


Beijing-19122012

15 December 2012

[meminang-syurga]

Bismillahirahmanirahim.


Sungguh, kau adalah hati yang ingin aku bawa bersama ke syurga.
Dan aku pasti, syurga pasti lebih indah, bila kita bersama.
#matahary
 
"man yakhthub al hasnaa, lam yaghull ha mahru"
-tak ada yang dianggap mahal bagi seorang pria yang ingin meminang gadis pilihannya.

 kita bagaimana?
bukankah kita sama-sama ingin meminang syurga?
syurga-yang menjadi rangkaian mimpi-mimpi kita?
 
---
lewat malam ini,
aku mahu melabuhkan mimpi.
mimpi tentang syurga.
 
semoga suatu masa, Tuhan izinkan.
aku benar-benar wujud di sana.
 
#wan an. 

:)


13 December 2012

[seputih salji-buat aku senyum]

Bismillahirahmanirahim.

 
*ini roomate terbaek yang pernah aku punya*


 pagi kelmarin,
subahanAllah.
Tuhan hadiahkan aku dengan salji putih,
 turun bersama rahmatNya, 
hiasi bumi.

*senyum*

:')
 
memang-aku cinta akan putihnya salji.
bentuknya unik-juga suci.

malam ini, salji turun lagi. 
luar sana-beku.
moga saja, hati ini tak turut sama "beku".

 
ini-hadiah dari aku,
tak seberapa, 
tapi aku harap, 
cukup buat kalian tersenyum. 

kerana-aku mahu kongsi senyum aku.
bisa?

jaga hati-jaga iman-jaga diri.


moga Allah redha-kita.

:')


05 December 2012

[manusia dan sisi gelapnya]

Bismillahirahmanirahim.

 

dia--cumalah seorang perempuan biasa
yang takkan pernah--sempurna
dia perempuan--yang pernah punya
 sisi gelap dalam hidupnya

syukur--satu kata
sekurangnya Tuhan sayangkan dia
Tuhan hantar 'kelip-kelip' untuk tuntun jalannya
dari sisi gelap-kepada cahaya

perlahan-lahan--jalan menyelusuri cahaya 
satu-satu jalan--kepada Tuhan saja

moga sampai ke pengakhiran--surga

---

umar--pernah bunuh anaknya
tapi--dia juga telah Allah janjikan surga

 Sometimes the people with the worst past, create the best future.”

lalu, bukankah setiap pendosa itu punya masa depannya?
 
"...Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung. "
-An-Nur 24:31

taubat---tak semesti hanya untuk pendosa-pendosa besar saja
kita hamba--lalai-sehingga kadang kala tak sedar pun diri penuh dosa

taubat--jangan sombong dengan Tuhan

 ---
Renungkan ini,

"Dalam keluarga bahagia, anak, isteri dan suami saling mencintai, tetapi di mana Allah? Mereka lalai akan Allah! Ini lebih buruk dari ahli maksiat. Orang yang bermaksiat lebih mudah bertaubat. Bila saatnya tiba, ahli maksiat akan menyedari dosanya, sehingga menyalahkan dirinya lalu bertaubat. Sedangkan orang yang lalai, tak pernah mencela dosanya."

-Hati Sebening Mata Air

Rasa diri baek, tak ada dosa, itu bahaya sebenarnya--

---

"Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"
(Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya."

Al-Kahf 18:103-104

bagi aku--ayat ini sungguh berbisa
sering saja sentap bila baca

takut--bila saat aku jumpa Tuhan dekat sana,
Tuhan tanya apa aku bawa untuk jumpa Dia,
sedar--yang tangan aku kosong-tak ada apa-apa..


Allah TT 

--

Selalu ingatkan diri;
 
"Kau akan bertemu Allah,
dan Dia akan menanyakan padamu dosa demi dosa."

Taubat.

 Moga Allah redha, kita semua.
InsyaAllah.


-ieyqaAdam-
-Beijing--05122012- 
 

01 December 2012

[perempuan-pencari Tuhan]

Bismillahirahmnanirahim.

 

bisa bawa aku jauh, lewati awan biru.
aku mahu tinggalkan jejak dan bayang-bayang kelabu itu.
kerana, ada perjalanan baru yang harus aku tuju.

Tuhan, bisa izinkan aku? 


terkadang, lebih baik bisu dari berkata-kata.
tapi, ada tulisan yang masih mahu berbicara.

hati yang sedang sakit-buat aku tersungkur rebah
lalu hati-kau harus cepat sembuh
 
futur-wajib dilawan
bukan boleh dibuat kawan

 bangkit dan berdiri teguh
mujahadah-istiqamah

bisa terus pimpin aku, lewati kegelapan?
jangan putus harapan,
bawa aku-tuju jalan Tuhan.

kerana, aku juga mahu jadi-salah seorang.
perempuan pencari Tuhan.

-ieyqaAdam-
beijing, china
01122012