Bismillahirahmanirahim.
hati manusia bukan plastisin.
diketuk, terus berubah.
hati ini, bukan milik kita sepenuhnya.
hati ini, cuma pinjaman dari Tuhan untuk sementara.
kembali kepada Tuhan, itu fitrah manusia.
kerana di situ tempat terciptanya.
Tuhan telah kenalkan mereka,
mereka yang berjiwa hebat saksama.
untuk mengetuk hati ini agar kembali semula.
hati yang selama ini hidup, tetapi tiada jiwa.
bernafas, tetapi seolah tidak bernyawa.
kini, sekurangnya seperti rasa ada beza.
punya cinta.
Di sini, bumi tarbiyah.
jiwa-jiwa ini kembali disuburkan.
dengan rintik-rintik keindahan mengenal Tuhan.
Alhamdulillah.
Mungkin amalku juga mungkin masih tidak seberapa,
Iman juga maseh koyak rabak.
Jahiliah juga mungkin masih terlalu pekat.
Namun, aku teringin.
Teringin,
Mahu aku ketuk pintu hati-hati insan di sana.
Terasa mahu dia juga merasa apa yang telah aku rasa.
Nikmat mengenali Tuhan.
Belajar untuk menjadi sebenar-benar hamba.
Allah tempat meminta segala sesuatu.
- Al-Ikhlas, 112:2
- Al-Ikhlas, 112:2
Aku bukan sesiapa,
cuma seorang manusia, yang dalam sujud pada Tuhan,
dia menyusun bait-bait doa.
Moga Allah terus pegang hati dia. Dan juga hati-hati mereka semua.
Kerana kaseh yang telah Tuhan cipta buat dia pada mereka,
walau syurga juga maseh belum tentu menjadi pengakhiran buatnya,
dia tetap punya impian,
dia mahu bersama-sama mereka hingga ke syurgaNya.
InshaAllah.
:)
Tuhan, pegangilah hati-hati ini.
Tuhan, pegangilah hati-hati ini.
1 comment:
deep meaning!..
Post a Comment