Bismillahirahmanirahim.
Tipu kalau mahu bilang,
tidak ada manusia yang hidupnya senang tanpa secalit masalah.
Tanpa sebarang dugaan dan ujian.
Kalau tidak percaya, tanya saja pada sesiapa.
Pasti nanti akan kamu temukan jawapan yang sama,
walau dari mereka punya kisah berbeza cerita.
Boleh jadi,
kesulitan itu adalah dari dosa kita sendiri.
Dan aku percaya itu.
Bila ditimpa masalah, kadang-kadang, kamu perlukan seseorang.
Untuk dijadikan teman, buat meluahkan segala apa yang kamu rasa. Sekurangnya, ada seseorang yang boleh untuk kamu tumpang membahagikan rasa itu. Kan?
Tapi, ada kala juga, mereka hanya mampu untuk berada di sisi,
hanya sebagai pendengar yang setia.
Beruntung andai punya sahabat, bila ada masalah, kadang-kadang mereka ada,
buat membangkitkan semangat, walau tidak mampu menolong apa.
Sahabat terbaek,dia yang memberikan nasihat, dia yang membimbing.
Dan aku bersyukur, di sekelilingku, Tuhan anugerahkan insan seperti mereka.
"Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung."
3:173
Yaa. Walau bagaimana, itu pada hakikatnya.
Hanya Tuhan, penolong yang paling terbaek antara yang laen.
Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.
Lalu, Dia lagi memahami hamba-hambaNya.
"Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
2:214
Lalu,
Mintalah kepada Tuhanmu,
Rintihlah pada Tuhanmu,
Memang walau pada hakikatnya kamu pun tahu,
Tuhanmu Lebih Mengetahui segala isi hatimu.
Tetapi, kadangkala, Tuhan mahu mendengar, Dia rindu padamu.
Kerna itu, Tuhan hadiahkan ujian buatmu.
Agar kamu,
tidak pernah lupa untuk mengingati kekuasaan Dia, sebagai Penciptamu.
Tuhan, Dia yang selalu ada.
Walau tak mampu untuk ku menatap dengan mata.
Yang tidak mampu ku dengar kehadiranNya dengan telinga.
Tetapi, Dia yang ku yakin ada, kerana hati yang berkata-kata.
Tuhan,
aku rindu.
:'(
1 comment:
suka ny ^_^
Post a Comment