Bismillahirahmanirahim.
Tuhan,
ajarkan aku erti syukur.
Agar dalam sujud heningnya malam, aku mampu memuji tiap kurniaan Mu.
Banyaknya antara kita,
hanya melihat indahnya kisah mereka.
Sehingga kita sendiri terlupa, ada di antara di sana yang menyimpan impian untuk melakar keindahan cerita seperti kita.
Manusia,
Tuhan telah anugerahkan segala,
tapi tidak ramai yang pandai bersyukur atas segala.
Yang tahu hanya mengeluh saja tentang kehidupannya.
Bahagia, Kesedihan, Kejayaan, Kegagalan, Kekayaan, Kemiskinan.
Segala adalah ujian.
Dia membahagi-bahagikan kepada setiap hamba Nya.
Mungkin banyak dan kurangnya tidak sama.
Tapi,
tetap yakinilah,
kerana Tuhan itu Lebih Mengetahui.
Lalu Tuhan,
Terima Kasih Atas Segala.
:')
No comments:
Post a Comment