17 February 2012

[ Dia yang selalu merindukan. ]

Bismillahirahmanirahim.


Tuhan,

Sinar pagi atau lewat senja.
Dia yang selalu ada.
Dia yang tidak pernah meninggalkan.

Tetap bersama.
Buat aku, kamu, mereka, kalian dan kita.

 Cinta Tuhan.
Kasih Dia.

Kau tidak mampu untuk melihat dalam.
Tapi, hati mu bisa merasa.

Kerana tulus cinta dan kasihNya.
Tiada sama dengan manusia. 
Terlalu banyak bedanya.


Ujian dan Dugaan.
Itu tandanya Dia sedang merindukan.

kadang-kadang itu cara Nya, 
untuk mengembalikan kita kepada Nya.
sebab, 
hanya dengan itu, bisa meleraikan kelekaan dunia,
dari hati kita.


[Tuhan, ajari aku tentang syukur]

Bismillahirahmanirahim.


Tuhan, 

ajarkan aku erti syukur.
Agar dalam sujud heningnya malam, aku mampu memuji tiap kurniaan Mu.


Banyaknya antara kita, 
hanya melihat indahnya kisah mereka.
 Sehingga kita sendiri terlupa, ada di antara di sana yang menyimpan impian untuk melakar keindahan cerita seperti kita.


Manusia, 
Tuhan telah anugerahkan segala, 
tapi tidak ramai yang pandai bersyukur atas segala.
Yang tahu hanya mengeluh saja tentang kehidupannya.


 Bahagia, Kesedihan, Kejayaan, Kegagalan, Kekayaan, Kemiskinan.
Segala adalah ujian.
Dia membahagi-bahagikan kepada setiap hamba Nya.
Mungkin banyak dan kurangnya tidak sama.
Tapi, 
tetap yakinilah, 
kerana Tuhan itu Lebih Mengetahui.


Lalu Tuhan, 
Terima Kasih Atas Segala.
:')

02 February 2012

[ cinta ]

Bismillahirahmanirahim.


cinta itu fitrah,
jangan jadikan ia bertukar fitnah..


kita selalu mengajar hati untuk mencintai sehingga pandai bercinta. 
tetapi jarang sekali yang tahu apa sebenar cinta. lupa untuk menerangkan, 
siapa perihal asas yang menzahirkan cinta.

Bila hati masih belum mengenal hakikat Sang Pencipta kepada cinta,
mana mungkin hati dapat memahami apa itu sebenar-benar cinta.


Kenalkan hati dengan Cinta,
sebelum penuhkannya dengan cinta.

meski ku rapuh dalam langkah,
kadang tak setia kepadaMu,
namun cinta dalam jiwa,
hanyalah padaMu..

maafkanlah bila hati,
tak sempurna mencintaiMu,
dalam dadaku harap hanya,
diriMu yang bertahta.
( Rapuh, Opick ) 


mungkin tidak layak untuk aku berkata tentang cinta,
kerana aku juga mungkin bukan pencinta Tuhan yang setia.

01 February 2012

[kepercayaan hanya pada Dia]

Bismillahirahmanirahim.


 


Our life is like a puzzle, 
we only see one piece at a time. 

But Allah sees the whole beautiful picture put together.
 
so put trust in Allah.


hanya Dia sebaik-baik perancang.
yang telah merancang kisah yang paling terhebat.
lalu aku,
yang berdiri hanya sebagai hamba,
belajar untuk menerima setiap jalan takdir yang tertulis.
akur dengan rencanaNya.

kerana,
yakinku, Dia Lebih Mengetahui atas segala.


meletakkan sebenar-benar kepercayaan hanya pada Dia,
Yang Menciptakan.

:)