30 December 2011

[mahu ku pegang erat tali Tuhan]

Bismillahirahmanirahim.


melewati sebuah kehidupan.
berbalut dengan nada tawa riang dan titisan air mata.
benar, andai di tanya, mungkin kisah kita manusia sama saja.
walau kita berlainan cerita.
usah di tanya bagaimana kisah aku.
yang pasti, kisah yang telah dilewati banyak memberi erti.
aku belajar segalanya.
pengalaman, benar juga kata orang, ia mendewasakan.
tidak. bukan sekadar mendewasakan, tetapi cukup buat menjadi sebuah pelajaran.

aku menatap sebuah kehidupan. pantas. kini aku berdiri sebagai seorang remaja.
mungkin sebentar saja lagi bakal menginjak ke alam dewasa.
aku bertanya lagi, sepanjang kehidupan ini, apa yang telah aku perolehi.
aku gelak sendiri. bertanya apa yang telah diperolehi
tetapi tidak pula bertanya apa yang telah aku kumpuli.
bertanya,
apa yang telah aku ada untuk di bawa bersama bila Tuhan sudah menjemput pulang nanti?
 segunung amal atau selautan dosa yang bakal dipamerkan?

malu, hina. segala rasa. :(


Ada orang yang lebih menderita, tetapi masih mengekalkan imannya. Dan ada orang yang lebih bahagia, tetapi sedang menggadaikan imannya.


orang yang bergembira itu, yang sedang menggadaikan imannya. 
terasa bimbang, andai orang itu adalah aku sendiri.
bila aku renung kembali, kadang kala, mahu saja aku memilih untuk menderita, 
menangis di bawah gelap malam, merintih pada Tuhan. 
andai itu saja yang dapat mengekalkan iman.  
kerana, 
mahu aku pegang erat tali Tuhan. tidak mahu terlepas dari genggamanNya.
doaku, 
moga Tuhan, 
pegang erat hati-hati kita, 
meski iman itu sentiasa ada naik dan turunnya, 
tetapi, kita tetap berpaut rapat dengan kasih dan rahmatNya.

moga moga. ameen~
:)

1 comment:

Unknown said...

mahu juga pegang tali Allah itu..:')
tak mahu jadi org yg menggadaikan iman..sebab dulu dh pernah jd mcm tu..:'(