24 September 2011

[ di antara manusia itu ada malaikat dan syaitan ]

Assalamualaikum.
Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan : Alahhhhhh.. kejaplah, ngantuk ni. awal lagi nie. zzzzzzzz

Manusia : Nak makan, laparlah...
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan : Ahh, tak payahla... dah lapar ni !! mmm..sedapnyaaaa..

Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung. nampak kampung!!!

Manusia : Alamak, dah lewat !
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan : Ahhh ! awal lagi. mmm, suruh si X, punchkanlah..

Manusia : Azan sudah kedengaran.
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia : Eh, eh. tak boleh tengok ni, berdosa.
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan : Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh..

Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah.

Manusia : aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia : Kalau pergi, mesti seronok !
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu...
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh.

Manusia : Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee.
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Syaitan telah berjanji dan berkata di hadapan Allah SWT, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah SWT bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh syaitan tetapi yang mengikuti syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di dalam api neraka pada hari akhirat.

walau di antara kita ada malaikat dan syaitan, tetapi kita telah dianugerahkan Allah akal yang mampu membezakan antara hak dan batil.
moga Allah redha. :)

lots of love,

2 comments:

puteri ain said...

semoga Allah sentiasa melindungi kita semua :)

unieMARKS :) said...

:)