09 August 2011

[ usah diungkit kisah lalu yang telah berlalu ]

Assalamualaikum.

sepi malam ini. sunyi. seakan-akan membawa kembali kisah semalam untuk direnung kembali. berfikir sejenak, mencari kedamaian. hilang kerana dek kegelisahan. benar, yang telah berlalu, tetap telah berlalu pergi. namun terkadang, sayang sekali bila setiap yang telah berlalu itu masih lagi terikat erat bersama masa kini. 


aku berfikir dan mahu meluah rasa. adakalanya, masa lalu yang telah pergi mungkin ada membawa bersama sebuah erti. maksud aku pengajaran, mungkin. peristiwa masa lalu adakalanya ajarkan kita apa itu ketabahan dan kekuatan. kerana itu, kita terus mara ke depan. mencari secebis kekuatan di sebalik jeriji peristiwa semalam. benarkan?
tapi, bila ikutkan hati. ramai yang mahu korbankan masa lalu. mahu lupa segala. tiap derita, tiap cerita. perit agaknya. bagi aku pula, itu pun baek juga rasanya. padam segala. alangkah baeknya. tapi, diibaratkan seperti kte menggunakan pensel menconteng kertas kosong, bila dipadam, mahu tidak mahu, kertas itu tetap tidak sama lagi. pasti ada terkesannya.


dan andai bertanya pada aku, bagaimana dengan masa lalu. kata aku, aku tetap mahu lepas segala. tutup tirai. tidak mahu pusing toleh lagi. aku mahu terus langkah ke depan. cipta kisah baru. aku tidak ingin dan tidak mahu masa lalu menghukum masa yang aku punya kini dan masa yang bakal aku lalui nanti. mungkin tidak semudah yang aku mahu,tapi aku tetap akan mencuba. pasti. insyaAllah.

masa lalu telah hilang disebalik setiap cerita. tidak usah diungkit dan dibicara lagi. cukup dengan masa kini yang telah dipunyai. dan aku bersyukur, masih berpeluang untuk memiliki, kamu, yang disayangi. :)

lots of love, Ieyqa Adam.

3 comments:

syafa said...

kalau la sesenang meniti di bibir utk melupakan kenangan terindah.. huhu

Unknown said...

pengalaman bnyk mengajar kita

♥♥ miracle ara ♥♥ said...

yang bek tu kite ikut, yang buruk tu jadikan pengajaran..hehe