Assalamualaikum.
dalam kehidupan. ada sesetengah perkara, kita tak tahu nak cerita pada siapa. benar kan? ada sesetengah perkara, kita diamkan sendiri. bisu tanpa kata. kita simpan saja dalam hati. biar terpendam sendiri. tidak tahu bagaimana harus meluah dan terluah dengan kata.
kerana kita sendiri percaya. tidak semua benda harus dikongsi.
tapi, kita harus sedar. dalam sunyi diam, kita ada Dia. Dia yang selalu ada untuk kita. hanya kita yang perlu pergi kepadaNya. mencari dan merintih pada lembayung redhaNya. Dia tempat meluah segalaNya. kerana, diri kita sendiri jua adalah milikNya. pergilah kepadaNya. luahkan setiap katamu padaNya. pohonlah segalanya dariNya. carilah ketenanganmu bersamaNya. InsyaAllah. akan kamu temui segalanya.
hebat bagaimana kepedihan hidup, sakit perih sekali pun, percayalah. bahagia itu tetap ada. kita yang perlu lari dari keresahan itu dan berlari ke arah bahagia itu. insyaAllah.
hidup ini dipenuhi jeriji ujian dan dugaan. maka, tabahlah hadapi segalanya. ujian itu bukan sia-sia semata kecuali ada sesuatu tersirat yang telah tersurat di sebaliknya.
dalam kehidupan. ada sesetengah perkara, kita tak tahu nak cerita pada siapa. benar kan? ada sesetengah perkara, kita diamkan sendiri. bisu tanpa kata. kita simpan saja dalam hati. biar terpendam sendiri. tidak tahu bagaimana harus meluah dan terluah dengan kata.
kerana kita sendiri percaya. tidak semua benda harus dikongsi.
hebat bagaimana kepedihan hidup, sakit perih sekali pun, percayalah. bahagia itu tetap ada. kita yang perlu lari dari keresahan itu dan berlari ke arah bahagia itu. insyaAllah.
hidup ini dipenuhi jeriji ujian dan dugaan. maka, tabahlah hadapi segalanya. ujian itu bukan sia-sia semata kecuali ada sesuatu tersirat yang telah tersurat di sebaliknya.
lots of love,
2 comments:
awk ok? hmmmm xbaik pendam2. nanti lagi parah. btw selalu berdoa kat DIA mintak petunjukkk. luah semua kat DIA insyaALLAH dia akan tolong awkkk.
kita mmg susah nk sedor..sedih2..bf jgk yang kena baham memule
Post a Comment