07 October 2019

Happy Birthday, Husband ❤️

Untuk suamiku yang tercinta,
Selamat Ulangtahun Kelahiran!

Semoga Allah selalu merahmati dan melindungimu.
Semoga Allah selalu melimpahkan rahmatNya ke atas mu.
Semoga diberikan rezeki yang baik.
Semoga Allah selalu menjaga keluarga kita dalam redhaNya.

Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih atas setiap pengorbananmu untuk keluarga kecil kita.
Terima kasih, selalu menjadi sebelah sayapku.
Terima kasih, suamiku.


We love you, Ayah ❤️


Oct 6, 2019
Ayah 30th Bitthday ❤️

24 February 2019

Happy 1st Anniversary, Husband ❤️

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah.
Happy 1st Anniversary, Husband.

Suamiku,
Terima kasih untuk segalanya.
Dari awal kenal hingga hari ini dan hari yang mendatang.
Terima kasih, menjadi yang paling baik, yang melengkapi.

Terima kasih, menjadi ketua rumahtangga yang penuh kasih sayang.
Terima kasih terlalu banyak menolong dalam rumahtangga kita.

(Terima kasih, Abang! Dari awal kawen selalu tolong basuh baju, sidai baju, basuh pinggan, kemas rumah, dan masa pregnant almost tiap-tiap malam turun bawah buatkan air sunquick untuk sayang makan ubat, sediakan makan bila sayang tak larat. Dan bila Aydeen Fateh lahir, terima kasih masih lagi dengan rutin tu. Terima kasih tak pernah mengungkit untuk tukar pampers anak, pakaikan baju anak dll)

Entahlah barangkali terima kasih tidak tepat untuk aku ucapkan.

Lalu, aku titipkan doa —Allah, kurniakan syurga atas segala kebaikan suamiku.

(16 Februari 2019)



Terima kasih Tuhan, untuk baiknya seorang suami. 
Semoga Engkau merahmati perkahwinan ini dalam redha,
 panjangkan jodoh kami hingga syurga. 
Titipkan kami kasih sayang dan cinta yang berpanjangan 
dengan hiasan anak anak soleh solehah. ❤️




04 January 2019

Selamat Datang, Kesayanganku

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji, benar-benar kembali kepada Tuhan yang menciptakan.
Terima kasih, Tuhan yang mengizinkan.

Alhmdullillah.



Yang pertama tinggal di rahim ini.
Terima kasih, menjadi anugerah paling indah.

Duhai kesayanganku, selamat datang ke dunia.
Ia antara perjuangan dan pengorbanan.
Jadilah hamba, 
yang menunduk pada Tuhan, bukan isinya.

(Aydeen Fateh bin Ahmad Farith)
2 Disember 2018
11.05pm/3.35kg

13 November 2018

Terima Kasih

Bismillahirahmanirahim

terima kasih
atas segalanya

untuk cantum tiap patah
untuk tawa tiap luka
untuk ukir senyum semula
untuk buat aku kembali
-- percaya

cinta masih ada
--wujud
walau untuk sebelumnya
kita asing
tak kenal siapa

terima kasih
untuk datang melengkapkan
terima kasih
untuk datang menyempurnakan

terima kasih
--sudi mencintai
dengan sebaik ini

(Mac 21, 2018)
teristimewa, buat suamiku



"izinkan aku menjadi perempuanmu, selamanya'
16 Feb 2018


25 April 2017

belajar berdamai

Bismillahirahmanirahim.

Menyepi,
namun masih belum hilang.

Wujud,
Cuma tak lagi menuturkan kata.

Setelah untuk sampai ke hari ini;

Aku masih belajar
Hidup bukanlah tentang memiliki semua yang kita inginkan.
Dan
Masa lalu mungkin bukan tercipta untuk dilupakan
Ia harus tetap ada
Hanya untuk mengajar
Tentang erti berdamai

Mengikhlaskan.

April 25, 2017
Kamu sudah terlalu lama pergi,
Dan tetaplah menjadi seseorang yang telah pergi.

Mari saling mendoakan kebaikan, itu akan menjadi yang paling indah, bukan?

30 April 2016

#alhamduillah

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah. Segala puji kembali pada Allah yang membagi kesempatan kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk melalui hari-hari praktikum yang mencabar. Mungkin ia sangat mencabar bagi orang yang mempuyai jiwa kecil sepertiku. TT

Tiga bulan dan alhamdulillah, segala liku-liku dah pun lalui. Walhal ini hanyalah sekadar separuh dari permulaan.

Masih ingat masa mula-mula masuk praktikum, kena siapkan 3 rancangan pengajaran harian (rph) dan alat bantu mengajar (abm) dalam masa satu hari. Perasaan sangat tertekan sampai tak sempat nak makan. Iyaa laa, dulu masa kat IPG, tempoh waktu untuk siapkan satu (rph) dan (abm) seminggu lebih dan itu pun buat sama-sama dengan kawan. Sangatlah menduga perasaan bila semua tu kena buat sensorang dan kena fikir idea yang kreatif dan inovatif untuk tarik perhatian anak murid untuk belajar. Malangnya, diri ini tidak kreatif dan inovatif dan hampir merasa putus asa untuk hadapi semua. :(

Lalu, terima kasih dan syukur buat Tuhan Yang Maha Memberi. Dia mengurniakan insan-insan yang menguatkan dan memberikan rasa ketabahan untuk lalui semua tu. Alhamdulillah alla kuli hal :')

Jadi seorang guru ni, banyak benda yang diri sendiri belajar, bukan sekadar mengajar. Sebab diri sendiri yang belajar banyakkk sangat benda-benda baru dan bagaimana nak kenal situasi masyarakat kita sekarang. Bila dah masuk dalam masyarakat, kita akan jumpa macam-macam ragam karenah dan keadaan. Dekat sekolah, kita belajar untuk menerima setiap orang yang semua berbeza latar belakang, yang berbeza perangai dan macam-macam.

Paling sedih, bila nampak anak-anak murid yang sangatlah mahukan perhatian dan kasih-sayang. :'( Sebab itulah, dalam kelas, mereka akan cuba buat macam-macam supaya cikgu akan tengok dia dan layan dia. Dan bermulalah drama-drama mengadu dan adegan keluar air mata. Dan tiba-tiba, hati kita sendiri akan luluh dengan penuh kasih sayang, mereka sebenarnya amatlah besar pengharapan untuk dikorbankan. Masa depan mereka terlalu suci untuk dikorbankan dengan semua kesalahan-kesalahan dan ketidakmampuan kita.

Dan dekat sekolah, kita akan sedar, betapa besarnya pengorbanan semua guru-guru untuk anak didiknya. Sampai guru-guru ke hulu ke hilir, sampai makan pun terpaksa curi-curi masa. Benarlah, besarnya jasa dan pengorbanan guru untuk kita hargai sampailah kita terpaksa merasai semua itu.


Anak murid Bahasa Cina Tahun Dua; 
Loo, Chuah, Alvita, Liyya, Deepyika, Justina, sharvena, Keok, Rachel, Lee Jean.


Anak murid Bahasa Cina Tahun Tiga;
Lyi-Lyi, Maki Chan, Jasleen, Sarah, Rishini, Diviya, Selina, Yeok.


My little dinasours; PJ 2 Cempaka.



My manja girls; PJ 3 Seroja.


Terima kasih buat semua, bagi laoshi hadiah bebanyak ni. 
Macam sambut Hari Guru pulakk. :')

Dan terima kasih untuk persembahan nyanyi "sudah ku tahu, kenangan terindah, takkan pergi" 
untuk laoshi di hari perpisahan. :')


the last goodbye is the hardest one to say.
 goodbye, marian.


Perjalanan ini masih panjang, semoga Tuhan akan menguatkan langkah ini dan selalu menyucikan niat-niat di sepanjang jalan, kerana jalan ini juga jalan yang amat besar dan bahkan boleh menuntun ke surga sebenarnya.

Terima kasih, Tuhan.
Terima kasih, buat semua jiwa-jiwa.

P/s: Lamanya dah tak menulis, hmmm ayat pun macam tunggang terbalikk. Kena asah balik ni, sebab sangatlah rindu nak menulis balikkk. Tulisan adalah sebuah cara untuk mengekalkan momen selain mengingatnya di kotak ingatan. :')


30 April 2016
Ipoh, Perak


27 April 2016

#impian




atas satu demi satu impian, 
moga saja Tuhan mahu mengizinkan;
 satu demi satu menjadi kenyataan.


sampai di suatu hari nanti, 
langit dan bulan pun saling menyaksikan.

"mimpi-mimpi adalah milik pejuang kehidupan."
-Asma Nadia


28 April, 2016
Ipoh, Perak.