15 December 2019

Pregnant Journey Aydeen Fateh ❤️

Bismillahirahmanirahim.

Terima kasih Allah, Engkau sudi.

Mommy menulis, untuk terus mengenang.
Sebab bagi Mommy, ia adalah separuh momen kenangan.

Masa mula mula check, terkejut tengok double line. Sebab period tak delay pun lagi.
Saja test sebab beli pregnancy test kat kedai RM2 je. Ada tiga test. Hahaha
Lagipun rasa simpton period nak datang sebab macam rasa sakit senggugut. πŸ˜‚
Ayah tak percaya. Hmm dalam hati dia tak tau laaa. πŸ˜…

Selang dua tiga hari test lagi. Kali ni beli kat pharmacy. Aduhhh kecewa bila tengok satu line je.
Yang ni mungkin sebab tak sabar, pergi test waktu petang. Pagi esok bangun tidur, test lagi. Yayy alhamdulillah double line. Hmm betol laa kot pregnant. πŸ˜‚



Waktu awal kehamilan, Mommy dan Ayah PJJ. Ayah kerja dekat Senawang, Mommy pulak masih berkhidmat di KVTAA, Bentong. Jenuh jugak Ayah ulang alik Senawang - Bentong setiap minggu. πŸ˜†

Awal pregnant, berapa kali jugak masuk keluar klinik dan hospital sebab bleeding. Huhu
Maybe sebab duk panjat tangga sampai tingkat empat hari hari. Terpaksa bedrest. Alhamdulillah dua tiga minggu lepastu dah okay dan bila scan baby dah nampak heartbeat baby. Thanks boy, you are so strong and a good fighter! πŸ₯°



Masa kat KVTAA, sekalung kasih untuk du orang sahabat yang sentiasa ada. Acik Natrah dan Acik Aini. Sewaktu Mommy menulis, Acik Aini pun dah ada baby girl. Hope baby cepat membesar dan sihat. πŸ’ͺ🏻

Masa hampir tiga bulan baru Mommy pergi buka buku pink. Satu lagi ujian. Mommy detect thyroid.
Terpaksa lagi ulang alik klinik ambil sample darah. Hb pun low. Bermula dari awal buka buku, Mommy dah terpaksa ulang alik dua minggu sekali. Biasanya normal sebulan sekali. Takpe dikk, Mommy redah semua.

Alhamdulillah Jun, 2018 Mommy dapat pindah ke KV Port Dickson. Bermula perjalanan hidup bersama Ayah berdua dan kamu dalam kandungan Mommy. πŸ₯°

Masa lima bulan pregnant, bila jumpa Dr di HTJ, alhamdulillah thyroid dah normal. Mungkin sebab perubahan hormon pada awal kandungan. Alhamdulillah. Tapi tak sampai situ, Hb masih low dan berat Mommy naik mendadak. Helloo Mommy makan macam biasa je Hahaha
So, terpaksa laa Mommy masih ulang alik ke klinik seminggu dua kali pulak. Untuk check bp risau darah tinggi pulak. Tapi alhamdulillah sehingga bersalin bp normal dan hb makin elok walau tak tinggi sangat. Cuma hmmmm berat badan je laaa yang naik macam roket. 🀣 Dari buka buku 53kg dan sehingga bersalin 81kg. Dasyatttt πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sepanjang pregnant, emosi sangat tak stabil. Sangat sensitif. Jadi malas nak layan orang. Haha Lebih suka senyap padahal Mommy ni jenis sembang lebih. Terima kasih Ayah, sebab banyak bersabar walaupun Mommy ni mood asyik nak meletus je. Sorry sebab banyak susahkan dan maaf kalau banyak mengguris hati dan perasaan. 😭 Terima kasih sudi layan kerenah Mommy nak makan itu ini.  Are you ready for the next baby? 😝

Dan, alhamdulillah Mommy selamat melahirkan sewaktu kandungan 37w4d. Naseb baik sempat 37w kalau tak dikira baby pra matang. Dan dan je Mommy cuti sekolah, elok dia nak keluar. πŸ˜†


Alhamdulillah. Dah setahun anak Mommy dan Ayah. Moga terus membesar dengan sihat, cerdik dan jadi anak yang soleh, sayang!



01 December 2019

Happy 1st Birthday, Aydeen Fateh πŸ₯³

Bismillahirahmanirahim.

Buat anakandaku yang tersayang,
Selamat ulang tahun kelahiran yang pertama.

Segala puji kembali kepada Allah untuk sebuah nikmat memilikimu.
Terima kasih, Tuhan.

Terima kasih jua, anakandaku.
Menjadi senyum Mommy dan Ayah selama tiga ratus enam puluh lima hari yang berlalu.
Dan tetaplah menjadi senyum dan bangga Mommy dan Ayah selamanya.

Tak ada yang Mommy harap dan doakan selain semuanya kebaikan untukmu.
Semoga Allah selalu menjagamu dengan sebaik baik penjagaanNya dan sebaik kasih dan rahmatNya.
Selamat terus membesar dengan sihat, pintar, cerdik dan menjadi anak soleh yang akan menjadi saham syurga buat Mommy dan Ayah. Ameen.

Setahun lepas, di hari ini Mommy berjuang melahirkanmu. Terima kasih buat Tuhan yang terlalu baik. Mempermudahkan segala urusan kita.

2 Disember 2018, tepat 11.05pm.

Walaupun pada awalnya, kita diuji namun itulah kekuatan Mommy dan Ayah. Aydeen prolonged jaundice lebih empat puluh hari. Penat Mommy nangis sebab tengok Aydeen kena cucuk tangan kiri dan kanan untuk diambil sample darah, terpaksa warded di hospital  untuk duduk bawah lampu, kena ulang alik ke klinik. Alhamdulillah lepas tu Aydeen membesar dengan sihat. πŸ₯°

Sepanjang ini, terima kasih banyak juga untuk Ayah.
Sebab Ayah adalah orang yang sangat penting dan menjadi tulang belakang keluarga kecil kita.
Terima kasih untuk Ayah sebab Ayah selalu tidur lewat malam semata untuk basuh botol-botol susu Aydeen. Ayah juga yang bangun awal untuk sediakan susu Aydeen dalam botol untuk dibawa ke rumah pengasuh Aydeen. Ayah—yang terlalu banyak menyenangkan Mommy dalam menguruskan Aydeen. (Terima kasih Allah, untuk sebaik baik seorang suami. 😭)

Aydeen Fateh bin Ahmad Farith,
Happy 1st Birthday! Mommy and Ayah love you so much! πŸ₯°

Aydeen Fateh (3 months)

setia menjadi pembuli tegar Ayah 🀣





07 October 2019

Happy Birthday, Husband ❤️

Untuk suamiku yang tercinta,
Selamat Ulangtahun Kelahiran!

Semoga Allah selalu merahmati dan melindungimu.
Semoga Allah selalu melimpahkan rahmatNya ke atas mu.
Semoga diberikan rezeki yang baik.
Semoga Allah selalu menjaga keluarga kita dalam redhaNya.

Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih atas setiap pengorbananmu untuk keluarga kecil kita.
Terima kasih, selalu menjadi sebelah sayapku.
Terima kasih, suamiku.


We love you, Ayah ❤️


Oct 6, 2019
Ayah 30th Bitthday ❤️

24 February 2019

Happy 1st Anniversary, Husband ❤️

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah.
Happy 1st Anniversary, Husband.

Suamiku,
Terima kasih untuk segalanya.
Dari awal kenal hingga hari ini dan hari yang mendatang.
Terima kasih, menjadi yang paling baik, yang melengkapi.

Terima kasih, menjadi ketua rumahtangga yang penuh kasih sayang.
Terima kasih terlalu banyak menolong dalam rumahtangga kita.

(Terima kasih, Abang! Dari awal kawen selalu tolong basuh baju, sidai baju, basuh pinggan, kemas rumah, dan masa pregnant almost tiap-tiap malam turun bawah buatkan air sunquick untuk sayang makan ubat, sediakan makan bila sayang tak larat. Dan bila Aydeen Fateh lahir, terima kasih masih lagi dengan rutin tu. Terima kasih tak pernah mengungkit untuk tukar pampers anak, pakaikan baju anak dll)

Entahlah barangkali terima kasih tidak tepat untuk aku ucapkan.

Lalu, aku titipkan doa —Allah, kurniakan syurga atas segala kebaikan suamiku.

(16 Februari 2019)



Terima kasih Tuhan, untuk baiknya seorang suami. 
Semoga Engkau merahmati perkahwinan ini dalam redha,
 panjangkan jodoh kami hingga syurga. 
Titipkan kami kasih sayang dan cinta yang berpanjangan 
dengan hiasan anak anak soleh solehah. ❤️




04 January 2019

Selamat Datang, Kesayanganku

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji, benar-benar kembali kepada Tuhan yang menciptakan.
Terima kasih, Tuhan yang mengizinkan.

Alhmdullillah.



Yang pertama tinggal di rahim ini.
Terima kasih, menjadi anugerah paling indah.

Duhai kesayanganku, selamat datang ke dunia.
Ia antara perjuangan dan pengorbanan.
Jadilah hamba, 
yang menunduk pada Tuhan, bukan isinya.

(Aydeen Fateh bin Ahmad Farith)
2 Disember 2018
11.05pm/3.35kg