28 June 2014

北京,再见!

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji kembali kepadaNya atas segala nikmatNya yang tidak terhingga.
Segala puji atas segala keizinNya dalam setiap susunan kehidupan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Selamat bergraduasi sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua di Beijing Foreign Studies University. :)

Buat semua, jzkk kheir atas segala.
Atas setiap kasih, atas setiap bantuan, atas setiap segalaNya.

Moga Allah membalas dengan penuh kasih sayangNya melebihi segala.


我毕业了!:)


Hadiah buat ma abah. 
Terimakaseh atas segala. :)



Momen ini,momen yang menandakan perpisahan.



Buat Ummu Habibah yang tersayang,

Moga terus kuat di sini, melanjutkan perjuangan antunna.
Moga akak terus hidup dalam doa-doa antunna dan antunna akan tetap hidup di dalam doa akak.

Maaf atas segala kekurangan dan hak-hak yang akak tak terbagi.

Kerana Allah, akak sayang antunna.


Buat Ummu Waraqah yang dicintai kerana Allah,

Jzkk kheir menjadi sebelah sayap yang menyempurnakan.
Moga terus tsabat di medan perjuangan baru.
Moga kita terus erat dalam doa rabittah walau tak bertemu mata.

Maaf atas segala dan hak hak tak tertunai.Selamat berjuang juga. 

Kerana Allah, sayang antunna.


classmate 2010-2014
terima kaseh untuk semua momen indah bersama.



Batch 2009-2014,
tahniah dan selamat meneruskan perjuangan :)



Pertemuan selalu seiring perpisahan.

Sebak jiwa.
Mahu meninggalkan.
Meninggalkan bumi tanah besar yang penuh cinta.

Lima tahun,
Terima kaseh Tuhan atas segala cinta.
Terima kaseh Tuhan atas segala kasih sayang.

Kosong kata.
Jiwa tak mampu melahirkan suara.

Biarlah hati saja yang merasa perpisahan.

Allah, moga redha.

Sehingga Allah membagi izinNya,
Untuk bertemu lagi mengukir momen-momen yang lebih indah.


我怕我没有机会
跟你说一声再见
因为也许就再也见不到你
宁愿我要离开
熟悉的地方的你
要分离我眼泪就掉下去

-再见,张震岳


Ramadhan pertama,
29062014, Beijing.



14 June 2014

.

Bismillahirahmanirahim.


Tuhan,
 entah bagaimanakah sisi aku
 pada pandanganMu yang sebenar?

atau,
apa pernah adakah aku pada pandanganMu?

kerna aku tertanya sendiri
 layakkah aku, untuk ada pada pandanganMu?


Allah. :(

moga Kau masih mahu mengampuni dosa-dosa hamba hina ini.

TT


0.50am
15Jun2014

empatbelas hari berbaki mengumpul cinta di bumi tembok besar.