28 June 2014

北京,再见!

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji kembali kepadaNya atas segala nikmatNya yang tidak terhingga.
Segala puji atas segala keizinNya dalam setiap susunan kehidupan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Selamat bergraduasi sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua di Beijing Foreign Studies University. :)

Buat semua, jzkk kheir atas segala.
Atas setiap kasih, atas setiap bantuan, atas setiap segalaNya.

Moga Allah membalas dengan penuh kasih sayangNya melebihi segala.


我毕业了!:)


Hadiah buat ma abah. 
Terimakaseh atas segala. :)



Momen ini,momen yang menandakan perpisahan.



Buat Ummu Habibah yang tersayang,

Moga terus kuat di sini, melanjutkan perjuangan antunna.
Moga akak terus hidup dalam doa-doa antunna dan antunna akan tetap hidup di dalam doa akak.

Maaf atas segala kekurangan dan hak-hak yang akak tak terbagi.

Kerana Allah, akak sayang antunna.


Buat Ummu Waraqah yang dicintai kerana Allah,

Jzkk kheir menjadi sebelah sayap yang menyempurnakan.
Moga terus tsabat di medan perjuangan baru.
Moga kita terus erat dalam doa rabittah walau tak bertemu mata.

Maaf atas segala dan hak hak tak tertunai.Selamat berjuang juga. 

Kerana Allah, sayang antunna.


classmate 2010-2014
terima kaseh untuk semua momen indah bersama.



Batch 2009-2014,
tahniah dan selamat meneruskan perjuangan :)



Pertemuan selalu seiring perpisahan.

Sebak jiwa.
Mahu meninggalkan.
Meninggalkan bumi tanah besar yang penuh cinta.

Lima tahun,
Terima kaseh Tuhan atas segala cinta.
Terima kaseh Tuhan atas segala kasih sayang.

Kosong kata.
Jiwa tak mampu melahirkan suara.

Biarlah hati saja yang merasa perpisahan.

Allah, moga redha.

Sehingga Allah membagi izinNya,
Untuk bertemu lagi mengukir momen-momen yang lebih indah.


我怕我没有机会
跟你说一声再见
因为也许就再也见不到你
宁愿我要离开
熟悉的地方的你
要分离我眼泪就掉下去

-再见,张震岳


Ramadhan pertama,
29062014, Beijing.



14 June 2014

.

Bismillahirahmanirahim.


Tuhan,
 entah bagaimanakah sisi aku
 pada pandanganMu yang sebenar?

atau,
apa pernah adakah aku pada pandanganMu?

kerna aku tertanya sendiri
 layakkah aku, untuk ada pada pandanganMu?


Allah. :(

moga Kau masih mahu mengampuni dosa-dosa hamba hina ini.

TT


0.50am
15Jun2014

empatbelas hari berbaki mengumpul cinta di bumi tembok besar.


26 May 2014

"Cuma Kerana Cinta"

Bismillahirahmanirahim.






sekiranya aku dipertimbangkan dengan kelayakan,
 rasanya di sini bukan tempatku.




tapi semuanya 
cuma kerana cinta


dari cinta untuk cinta.


dan tiada lagi nikmat lain yang terbesar
melainkan ini


terima kasih, Tuhan.


27052014
Beijing

18 May 2014

"pena yang kering"

Bismillahirahmanirahim.

saat jiwa hilang,
dan pena pun mulai mengering.

andai pun aksara masih tetap kecintaan
ternyata jiwa sebenarnya yang menggerakkan

semoga Tuhan masih ingin memilih
menganugerahkan jiwa yang suci;

yang mampu membuah benih aksara
yang menghidupkan jiwa jiwa manusia lainnya.

biiznillah.




“Dirimu mampu mencapai langit
 dan mampu mengutip bintang-bintang di atas sana 
untuk menjadi obor buat ummah.”-Alfaqir




42 hari berbaki,
di bumi yang mengenalkan pada cinta.

19052014,Beijing

11 April 2014

"momen"

Bismillahirahmanirahim.


mengumpul momen momen indah.

alhamdulillah.
alla kulli hal.

walau diri selalu mencalar dosa,
Tuhan selalu memberi peluang merasa nikmatNya.

Beijing, zhiwuyuan|11042014

20 February 2014

"Nikmat Tarbiyyah Ini"

Bismillahirahmanirahim.

Seberapa banyak terbentang mata,
Kalau kau tak tahu nak hargainya.

Satu masa,
Jangan pelik kalau kau hilang semua.

Bahkan, 
Bagaimana kalau nanti kau takkan dapat lagi peluang buat kedua kalinya.

Selagi Tuhan masih mahu bagi,
Mohon dekap erat.

Atau nanti,
Kau hanya akan jadi jasad bernyawa tapi kosong jiwa.

Tuhan,
Dengan kasihMu, hati ini moga Kau selalu pegang,

Walau aku selalu menjadi hambaMu yang kecundang. π_π



Rasanya sudah terlalu lama hilang kata,
Tiba-tiba ada yang mengetuk jiwa.

Kadang, walau butir bicara tampak biasa,
Tapi kalau guna jiwa, boleh merobek hati untuk rasa.


Jalan tarbiyyah ini seringkali dicanang dengan susah payahnya,tapi bagi aku, ia selalu disertakan dengan semua kemanisan-kemanisan yang terlalu indah;tak terungkap. Moga Tuhan tak menghapus jejak kita untuk terus berada di jalan ini walau atas banyaknya sisa sisa dosa. Semoga,dengan izinNya.

penghujung winterbreak,21022014


07 February 2014

"Hadiah Winter Terakhir"

Bismillahirahmanirahim.


Tuhan,
Terima kaseh atas kesempatan untuk hari ini.
Dengan keindahan yang diberi, terlalu.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"



Kiranya ini adalah winter terakhir, 
cintaku pula makin mencurah-curah.



Kiranya ini adalah hadiah winter terakhir, mungkin.
Melabuhkan doa dan syukur dalam pelukan salji, saat yang pasti dirindu.
Pasti.

Ahh, emo nak bilang hari.TT


07022014,
winter break,beijing

01 February 2014

"Saat Terindukan"

Bismillahirahmanirahim.


ada rindu sedang berlabuh
pada saat-saat itu

saat terasa dekatnya Tuhan
saat terasa manisnya sujud
saat terasa indahnya tadabbur ayat suciNya
saat terasa murahnya air mata, memohon keampunanNya



Allahu TT

apakah aku yang sedang menjauh,
atau
hati aku sedang mati pelan-pelan?



boleh bawa aku pergi?
menuju---
semua rasa yang dirindukan.


awal februari,2014
winterbreak,beijing

29 January 2014

"Tulisan Yang Hilang"

Bismillahirahmanirahim.


bagi seorang aku;

yang selalunya memilih
tulisan saluran meluah rasa

bilamana tulisan-tulisan hilang


sunyi
kosong


sedang jiwa berkecamuk.




haihh hati, hendak kemanakah?
mohon jangan hilang.


      


29012014
winterbreak,beijing

01 January 2014

"Awal Januari"

Bismillahirahmanirahim.


Awal Januari.

Masih penuh dengan mimpi-mimpi.
Dan impian.

Yang sepertinya hanya seperti kelmarin.



Yang sederhana.
Dengan senyuman yang menguatkan jiwa.



Dalam rahmat Tuhan bersama.




01012014
Beijing.