28 October 2013

Hatimu suci, adik.

Bismillahirahmanirahim.

Belajar sesuatu dari adik bongsu.

Tempoh hari, abah call.
Kata abah, adik digigit kucing kesayangannya, sampai-sampai kena tiga suntikan.

Tapi ma cakap, adik masih tetap sayang kucingnya. Marah bila ma nak buang kucing tu. Marah bila ma tak bagi kucing makan.

Yang aku rasa, itulah. 
Kasih sayang, yang luhur. Jujur. Suci.

Tak kira betapa disakiti, dilukai, dan kau masih tetap kasih.
Tak memilih, dan tak membalas.

Hati suci. Selalunya memang begitu.



Moga cepat sembuh, adik. Nanti baru boleh nak g maen bola lagi.
Yang terlalu merindui, kakak.



Teringin untuk memiliki hati sepertimu, adik.
:)


27 October 2013

Cerita Cinta Kita.

Bismillahirahmanirahim.



Bagaimana kita mahu cinta orang lain, kalau kita pun tak mencintai diri sendiri.
Dan, bagaimana pula kita nak mencintai diri kita sendiri, kalau pun Allah kita tak cintai.





Pertemuan pertama kali kita,
dalam menyemai cinta-cinta dan menebar kasih sayang keranaNya.

Friend Cafe, Beiyu.
26102013



Ini jalan cerita-cerita cinta kita.
Jazzakumullah khairan katsiron, antunna.


Moga Allah terus memilih, memegang hati-hati kita,
dan memberi kita seberapa kekuatan, untuk tetap pada jalanNya.

insyaAllah :)


17 October 2013

*takdir bukan pada impian*

Bismillahirahmanirahim.

Tak semua yang kau impi,
Bakal jadi realiti.

Tapi, itu bukan bermakna kau harus berhenti bermimpi.



Syaratnya, 
jangan pernah meletak takdir pada impian,
sebab takdir itu kerja Tuhan.



15 October 2013

*Salam Aidiladha*

Bismillahirahmanirahim.

Syukur alhamdulillah.
Atas kesemua kesempatan.

Lima tahun menyambut aidiladha di bumi Beijing.
Mungkin kali ini, adalah aidiladha terakhir di sini.

InsyaAllah.

Sedih. Sebak pun ada.

TT

Kali terakhir solat sunat aidiladha bersama jemaah majoriti cina muslim.
Dengar khutbah dalam bahasa cina.
Raya bersama kawan seperjuangan.

Masak, makan sama sama.
Semua apa ada.

Cepatnya masa.
Kadang kadang macam tak sangka.

Dulu sedih sebab tak dapat beraya bersama keluarga.
Sekarang sedih, sebab bakal meninggalkan.

Kehidupan, kan?

Senyum. 

Sebab masih banyak yang sedang menunggu, untuk mencipta momen momen baru.
Momen yang lebih indah dan lebih bermakna.

Aidiladha di Beijing, penuh dengan momen momennya tersendiri.
Tak kan terlupakan. Takkan.


 
Masjid Fa Yuan, Deshengmen, Beijing.
15102013
 
 
Aidiladha, sinonimnya--pengorbanan.
Dan aku, masih lagi hamba yang masih belajar memaknakan ertinya.
 
Moga tak terlewatkan,
 
Salam Aidiladha.
 
Salam penuh kasih dan doa,
Ieyqa Adam :)
 
 
*jazakumullah khairan katsiran, buat semua, atas momen terindah aidiladha kali ini. adik-adik, sahabat handai, yang masak sedap sedap, ajak menjamu selera. hehe. cemano laa tak nak bagi makin besar. :P
 
 

10 October 2013

*syukur*

Bismillahirahmanirahim.




Dalam banyaknya limpahan nikmat,
seberapa banyak pula aku telah ingkar.

*hujan*