30 May 2013

"selamat bertemu Tuhan"

Bismillahirahmanirahim.



ayah;tugasmu di dunia telah selesai. moga rehatmu dalam redhaNya. kita;cuma terpisah dunia, bukan? semoga Allah kumpulkan kita lagi;di syurgaNya. insyaAllah. 
--yang takkan lelah untuk mendoakanmu, aku;cucumu.


rasa macam mimpi.
walau dah sediakan hati terima berita ini.

ayah;
lewat minggu lalu kita bersua di alam maya.

katamu;ayah sakit.
kataku;sabar ayah, sebulan lagi aku pulang.

tengok fizikal ayah;kurus sekali.

ayah penat nak cakap lama-lama.
aku suruh ayah diam je.
dan aku;bacakan yassin.

dan maghrib tadi;
ayah pergi--
Allah dah jemput ayah, untuk kembali.

ayah;
aku tak mampu pulang untuk lihatmu, yang terakhir di sini.
tapi jangan bimbang;
aku hulur doa tak henti-henti.

memang aku rindu;sekali.

tak di depan mata, tak bermakna aku tak ingat lagi.
kasih aku;takkan mati.

tujuh tahun nenek pergi;ayah menyusul.

datuk, nenek,dua dua;kesayangan aku dunia akhirat.
semoga, Allah izinkan nanti, kita berkumpul lagi di sana;syurga.

--hari ini saja;terima dua berita kematian.
takziah juga buat syue dan faezy atas kepergian puteri kesayangan.
anak kecil itu;sedang menunggu kalian di syurga.

Al-Fatihah.


16 May 2013

*begitulah ujian*

Bismillahirahmanirahim.

Rasa down.
Entah.

Seseorang memujuk;

Selagi kita tak lulus ujian Allah yang tu, 
selagi itu lah Allah akan uji dengan benda yang sama.

Jalan ini tak senang.
Macam-macam ujian Allah akan bagi.

Syaitan pula suka menjatuhkan kita yang sedang berusaha untuk kembali kepada Allah.

Kuatkan hati.

Aku;
Berderai derai air mata.

Apakah aku tertewas atas mainan dunia?

Allah, pegangilah aku. TT


Begitulah, tak setiap hari ada mentari terang.
Kadang-kadang, Allah bagi hujan untuk siram bumi.

Dan adakala;selepas hujan--ada pelangi.


Seperti kehidupan.
Bukan selamanya senang dan bahagia.
Adakala perlu ujian, rasa sedih dan kecewa.

Untuk basahkan hati yang kering kontang.

Tidak mengapa diuji;kalau itu boleh mendekatkan lagi dengan Allah.
Bagi aku.

Lalu, hadapinya dan senyum saja.

Allah kan ada.

:)


10 May 2013

*sepotong senyum*

Bismillahirahmanirahim.


Waktu;
Sungguh pantas dan laju sekali, yaa.

Lama rasanya, tak menulis;di sini.
Ada yang merindu?

Haha.

Nahh, aku kirim sepotong senyum.

:)




aku ada saja;
sedang belajar dan berusaha menjadi seperti ini;

seorang manusia yang berhati indah.

mohon doa;dan semoga kalian juga.

:)