31 October 2012

[Usah Menangis Lagi]

Bismillahirahmanirahim.

 

Tuhan, jaga hati aku buat dia, untuk insan yang selayaknya.
  
"Bila terlerainya ikatan hati dgn insan yang bukan mahrammu, bersyukurlah. Itu tanda Allah masih sayangkanmu dan enggan dirimu leka." 
 
Terima satu pesanan dari seorang sahabat tercinta, nun jauh di bumi Sarawak sana.  Alahai hati, Tuhan selalu menginzinkan ada saja insan-insan yang datang untuk menenangkan. Aku tersenyum.
 
Sahabat, jangan bimbangi aku. Aku baek-baek saja tahu. Alhamdulillah.Tuhan itu terlalu baek sama aku.Terlalu. 
 
"Saya kagum dengan kisah hidup akak, akak sememangnya tabah." Terima pesanan di muka buku oleh silent reader blog nie. 

Ehh, awak buat saya tersenyum tahu.
 
Banyak terima pesanan begini sejak dua menjak nie. Ramai rupanya yang ambil berat. Terharu.
 
Dan ada pula yang bertanya, bagaimana aku bisa setabah ini?
Aku gelak. Tabah? Mungkin bagi yang tak mengenali aku, dia bisa bercakap sedemikian. Berlagak tabah, mungkin saja. Hipokrit? Mungkin tak juga. Senyum.
 
Entah, aku mengaku, aku terlalu rasa terjatuh. Bagai jatuh terjelepok, lalu dihempap batu rasanya. Hebat sebenarnya penangan rasa terluka itu. Sakit. Sampai jumpa doctor, dia pun tahu bagaimana aku tanpa aku bicara apa-apa. Mahu gelak juga bila teringat semua itu. 
 
Tapi alhamdulillah. Semua tu tak lama. Aku belajar hadapi segala. Bangkit. Tunjukkan aku bukan perempuan lemah. Tak, hati aku bukan untuk diinjak dan dibuang ke tepi. Aku punya maruah diri. Kalau selama ini aku pejamkan mata, tutup segala, kali ini semua itu aku letak di atas sekali.

Imbas detik kehidupan. Tak, aku tak salahkan sesiapa. Senyum. Bagi aku, itu cuma satu pelajaran bagi aku. 

Satu rahsia saja. Redha. Entah, aku sendiri sebenarnya tidak mampu bagaimana mahu merungkai maksud redha itu.
 
Fikir positif. Pandang depan. Hidup ini bukan sekadar untuk hidup biasa. Untuk apa terlalu memikirkan perkara yang tak selamanya. Entah siapa tahu umur aku sudah terlalu singkat untuk perkara sia-sia dan seremeh itu. Lagi pula, takdir Tuhan telah menuliskan segalanya. Janji-janji Tuhan itu ada, dan aku memang percaya. Dan terlalu banyak hikmah-hikmah yang sudah aku terpandang mata. Benar, Tuhan Lebih Mengetahui segala. Dia Tuhan, dan aku hanya hamba. Semua itu buat hati aku tenang. Terlalu tenang.
 
Kerana rasa, aku berjanji, hati aku bukan lagi hati biasa. Aku tahu, Tuhan tak akan pernah berhenti menguji. Dia datangkan aku lelaki-lelaki lain untuk menguji. Pada mulanya, aku ada reply sepatah dua juga. Tapi lelaki tak boleh di bagi muka. Maaf terkasar bahasa. Lelaki tak boleh dilayan. Cukup kalau sekadar ada perkara dan tujuan saja. Tamat. Tak, aku tak cakap diri hot atau apa, cuma aku tahu dan sedar, itu salah satu cara Tuhan untuk menguji aku.
 
Lagi pula, bila melihat ragam manusia. Tak, aku tak boleh lagi sama. Kejar dunia sementara tak akan pernah ke mana. Bukan teman lelaki yang aku damba, cuma seorang suami yang boleh bawa aku sekali bersama dia ke syurga. Tidak mengapa, sampai masa, aku yakin Tuhan akan bagi. Segalanya akan indah bila tiba masa nanti.
 
Senyum lagi.
 
Bagi aku sekarang, cukup hati aku untuk Tuhan. Simpan dulu. Takut sebenarnya mahu berkata-kata, takut tertewas lagi. Tapi atas terlalu banyak perkara, banyak menguatkan aku. Doa-doa dikirim Tuhan, moga Dia jaga hati aku. Moga Dia jaga diri aku. Aku tahu, Tuhan itu berkuasa atas segala. 
 
Mohon sama doakan aku juga.
 
Buat hati-hati yang dikecewa. Buat hati-hati yang terluka.
 
Hidup ini indah. Tak perlu hadapinya dengan kekecewaan. Hiasi segala dengan senyuman. Hidup ini singkat tapi kita punya tujuan. Jangan dipersia-sia. Hidup ini bukan untuk menangis mengenang rasa hiba. Tak salah menangis. Menangislah kalau kerana Tuhan. Menangislah kerana dosa semalam. Menangislah andai rasa tak mampu menjadi hamba Tuhan. 
 
Percayalah, dekat sama Tuhan buat kau rasa dunia ini bukan apa-apa. Dunia ini tak berharga untuk ditangisi begitu saja. Percayalah, dan Tuhan memang selalu mahukan yang paling terbaek buat hamba yang Dia kaseh. Dia uji, supaya kita kembali. Supaya kita sedar, Dia selalu wujud di sini walau tidak pernah terlihat. Tuhan tak pernah lari, cuma kita yang jauh dari Dia. Cari Tuhan, kau akan temui kebahagiaan. Bukan kebahagian biasa, kebahagiaan itu kebahagiaan yang akan kekal sampai sana. Jadikan hidup ini lebih bermakna. InsyaAllah. Moga kita adalah insan-insan yang Tuhan pilih, untuk dekat sama Dia. 
 
Rasa lemah? Merintih pada Tuhan. Jangan berhenti doa. Bukankah Tuhan itu Maha Mendengar? 
 
-------
 
Dan tak lupa, pada insan-insan yang berada di belakang aku selama ini. Yang tak pernah meninggalkan aku sendiri. Moga Tuhan saja yang balas segala buat kalian.
 
Tuhan, terima kaseh, atas kebahagian di sebalik kelukaan. 

Senyum.
 
Beijing Foreign Studies University.
31102012
11:56pm



29 October 2012

Salam Aidiladha]


Bismillahirahmanirahim.

Salam Aidiladha.

:)

 


Musim Luruh.

  
Beraya di embassy tahun nie. 
Dapat makan rendang nasi beriani mee kari.
Alhamdulillah rezeki ^^

 

Singgah beraya di  Sanlitun (三里屯)

--------

Aidiladha bukan sekadar perayaan. 
Pengorbanan.

Kita berkorban, Tuhan tak dapat apa.
Cuma ketakwaan kita yang sampai pada Dia.

Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anak di tanah gersang kerana ketaatan pada perintah Tuhan.
Pengorbanan.

Siti Hajar merelakan saja suaminya, Nabi Ibrahim meninggalkannya saja di sana, kerana dia tahu itu perintah Tuhan.
Pengorbanan.

Nabi Ibrahim mahu menyembelih anaknya selepas diperintah Tuhan.
Pengorbanan. 

Nabi Ismail menurut saja permintaan bapa untuk menyembelih dirinya.
Pengorbanan.

 
Mendalami dan memahami erti sebenar.
Semoga wujud dalam hati untuk dimengerti.


Sudah cukupkah kita berkorban?

:) 



Tak pulang beraya bersama keluarga juga salah satu pengorbanan, kan?
Tinggal satu tahun lagi beraya di sini.


:)


24 October 2012

[Surat Dari 'Bonda']

Bismillahirahmanirahim.

 


Senyum. Tapi hati mahu menangis.
Allah.. 

Tuhan, terima kaseh atas hadiah yang tidak ternilai ini. Kehadiran dia, dan juga mereka-mereka. 

Alhamdulillah.

Terima bonda ke tiga selepas lebih kurang dua tahun dalam tarbiyah. Mereka insan hebat yang Tuhan pilih.

Buat bonda,
Terima kaseh atas segala.
Tak, bonda adalah bonda yang paling penyayang tahu.
Cuma waktu tak mengizinkan kita, untuk banyak bersama.
Tak mengapa bonda, setia menunggu bulatan gembira kita.
 
InsyaAllah, pegang kata-kata bonda.

------

Moga Allah jaga bonda, di sana. 
Sayang bonda, kerana Allah Taala.

------

9 Dzulhijjah. Mari kita puasa Arafah.

Dari Abi Qatadah r.a., ia berkata Rasulullah Saw. telah bersabda:
“Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun, satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang." 

InsyaAllah, moga Allah redha. :) 

 


[Hati Seorang Dia]

Bismillahirahmanirahim.

 

Kini, hati dia adalah sebuah taman rahsia, 
dengan pagar-pagar yang tertinggi binaannya.
 ------
Dia mungkin seseorang yang banyak berlagak tabah saja.
Gemar lempar senyuman kepada sesiapa.
Padahal, dia yang selalu sembunyikan tangisannya.
Cukup sekadar orang rasa, dia baek-baek saja.
Tak, sebab dia tak mahu nampak kalah.
Dia tak mahu jadi tewas.
Dia tak mahu jiwanya disepah-sepah.
Kental.
Iyaa, dia bukan perempuan berjiwa rapuh,
hanya kerana pernah terjatuh.
Tak, hati dia tak mudah lumat, 
hanya kerana pernah dikecewa hebat.
------
Kini, hati dia bukan lagi hati biasa.
Telah dia kunci dengan kunci yang luar biasa.
Dan telah Dia serah kuncinya pada Pencipta dia.
Biar saja Tuhan yang buka semula.
Untuk serah pada siapa.
 Beijing Foreign Studies University
24102012

23 October 2012

[Feng Huang Gu Cheng, Hunan]

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah. Satu kata. Allah bagi kesempatan untuk berjalan-jalan di bumiNya untuk melihat keindahan dan kebesaranNya. Pandang langit. Tenang.

 
Flight dari Beijing ke Chang Sha.



3 jam penerbangan dari Beijing ke Chang Sha (长沙). Agak penat sebab jam 5 pagi lagi sudah bertolak ke Beijing Airport. Sesampai di Chang Sha, di sambut oleh tourist guard sana. Makan tengah hari dan melawat Yue Lu Shu Yuan (岳麓书院). Check in hotel dan rehat.

Makan pagi dan bersiap bertolak ke Feng Huang (凤凰). Perjalanan menaiki bas lebih kurang 7-8 jam. Amboi, macam dari Kelantan ke KL dah. Lebih jauh dari tu. Penat amat. Check in hotel, makan dan keluar menikmati permandangan malam di Feng Huang Gu Cheng (凤凰古城).


 

 
Feng Huang Gu Cheng

 
Ketam + kala jengking

 

 

Kat sini, banyak deretan kedai-kedai. Terlalu banyak. Makanan, pakaian dan macam-macam. Bila tengok, benda paling femes ialah chou dou fu (臭豆腐) yakni 'tauhu busuk'. Pening kepala hidu bau. Boleh pengsan. Tapi terlalu mendapat sambutan. Huehue. Rasa? Entah bagaimana. Tak pernah cuba. Cuma pernah terkena sekali, dua tahun lepas, terminum air member yang makan chou dou fu. Pengsan. 

Gelak. Hekhek :D

Malam tu, jalan kejap je. Orang laen sibuk jalan-jalan di tepi tasik, kite cuma jalan-jalan tengok barang jualan. Penat. Balik hotel dan kembara mimpi.

Esoknya, makan pagi dan jalan-jalan tempat semalam lagi.

 
Semangat pagi pagi!

 
Lovely girlfriends.

 
 Tourist guard kteorang.

 
Classmates.

Feng Huang Gu Cheng nie ibarat "venice". Heh? --" Boleh mendayung perahu menyelusuri sungai. Eh sungai ke tasik? Err.. Di tebing penuh dengan rumah-rumah yang dibina dengan buluh. Cantek.

Masa naek perahu, ada orang menyanyi pulak tu. Hewhew :P


 

 
Lawa bukan? ^^ 


Jalan-jalan kat sana sampai hampir tengah hari. After solat dan makan tengah hari bertolak ke Zhang Jia Jie (张家界). Perjalanan lebih kurang 5-6 jam. 


 
Serang!! ++"

Till then. Hewhew :P

21 October 2012

[Mimpi Baru]

Bismillahirahmanirahim.



Aku temui cahaya di sebalik kegelapan.
Mimpi dan impian. 
Telah ku bina yang baru-baru.
Mahukan yang lebih indah dan bermakna dari dulu-dulu.


Mungkin silap aku dulu. Salah meletakkan harapan pada manusia. Kini, satu benda yang aku belajar.
 
Bersangka baeklah dengan Allah. Dan letakkan pergantungan hidup hanya pada Dia semata. InsyaAllah, kita tak akan pernah kecewa malah akan temui ketenangan yang paling terdalam.

InsyaAllah. 
 
Satu kata juga. Alhamdulillah.
:)
 
------
Tahniah TRW!! gkg~
hewhew :)



20 October 2012

[Percutian, Hunan]

Bismillahirahmanirahim.

 
Zhangjiajie, Hunan. 
18102012


Mengembara bumi Tuhan.
Indah.

"Dan Dia menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. 
Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; 
Dia menutupkan malam kepada siang. 
Sungguh, pada demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir."

Ar-Ra'd 13:3



 Will be continue. Ekeke ~~

Maseh terasa kepenatan. Jauh sungguh perjalanan.
Homework berlambak menunggu untuk disiapkan. Jiayou Hejia!!

:) 

------

 Final Piala Malaysia.
Gomo Klate Gomo!! Gomo bia mene!!

Jiayou Klate Jiayouu!!

:)


13 October 2012

[Bintang]

Bismillahirahmanirahim.

 

Di balik gelapnya semalam, 
aku temui banyak bintang bintang. 




Satu persatu, cukup untuk buat aku tahu,
Tuhan memang mahukan yang terbaek untuk aku.

Senyum lebar.




You, who want to get closer to Allah.
You’re chosen.


 ---
 
#Will leave Beijing for 5 days. Off to Hunan.
Travel Bumi Tuhan.

:)

[ Di Sebalik Itu]

Bismillahirahmanirahim.

 

Di sebalik satu kehilangan, 
aku temui Tuhan.



Terima mesej di kotak pesanan mukamuka dari seseorang. 
Katanya:

yang berlalu, jadikan cermin utk msa hadapan.

cinta Allah tu yang paling best, paling abadi. 
manusia2 yang singgah sebentar sebagai ujian, simpan dalam peti dan jauhkan kunci.
kalau perlu, buang kunci tu.

maybe Allah nak hadiahkan satu peti yang berisi hati yang paling suci,yang paling layak untuk insan2 yang sedang mencari Ilahi. 

good luck. jangan pandang masa lalu sebagai penebat untuk kita menghadap Allah. 

good luck dalam mencari Dia.!! jiayou.
memori yang lama,

tanam dalam-dalam,
  • tanam dalam bumi Tuhan.

    -------

  
Bagi aku, bermakna. 
Terima kaseh.

InsyaAllah :) 


#Kalau tidak keberatan, mohon doakan seseorang buat saya. Ibunya sedang koma. Moga Allah memberi kekuatan dan kesabaran buat mereka hadapi segala. 
InsyaAllah. 

Doa akak selalu ada bersama awak sayang. InsyaAllah, segalanya akan baek baek saja.


09 October 2012

[Jangan Lelah Senyum]


Bismillahirahmanirahim.


 

Perempuan ini,
Takkan pernah lelah untuk senyum. 



Senyum,
Bagi seorang dia, adalah satu keajaiban dunia.

Rahsia senyum.

 Senyum adalah cinta.
Yang tak perlu diungkap, tanpa sebaris kata.

:)



#Rindu Ma Abah dan Adek Adek.
Kalian, aku kirim senyum bersama doa pada Tuhan, moga Dia sampaikan.

 :)

08 October 2012

[Jaga Hati]

Bismillahirahmanirahim.

 

Sudahlah hati. Jangan biar ia tertewas lagi.
 Cukuplah dulu sekali. Allah hantar "mereka" untuk menguji.


Terima kaseh akak,
atas kata-kata sebentar.
InsyaAllah. Moga Allah tetapkan hati.

Kesunyian hanya akan terasa bila dia tidak percaya yang Allah wujud di sisi dia.

 Tak perlu takut, Allah ada di sisi.
 Tekadkan niat, letak kepercayaan kepada Allah semata mata.

Jangan berhenti doa.

Percaya, kejutan dari Allah adalah yang tak di sangka-sangka.
Yaa, Allah itu Lebih Mengetahui apa yang terbaek untuk hambaNya.

:)


07 October 2012

[Dia Telah Kembali Pulang]

Bismillahirahmanirahim.

 

Moga ruhmu tenang di sana. 
Senyum bahagia bertemu Tuhan Pencipta.

Al Fatihah.

Pertemuan kita syawal lalu,
rupanya pertemuan terakhir kita di dunia.

Maaf, tidak mampu melihatmu buat kali terakhir.
Hanya doa yang mampu aku kirim dari sini.

InsyaAllah.
Semoga Allah redha.
Letakkan Mak Cik di antara orang-orang yang Dia pilih.

InsyaAllah.

Moga Allah temukan lagi kita, di syurga sana.

#Sem ini,dua orang dari ahli keluaga telah pergi.
Seorang demi seorang. Sedih.
Tapi, sekurangnya, mereka telah selesai.

Tertanya-tanya.

Aku pula bagaimana?
Bila dan di mana?
Apa yang telah aku cari dan simpan,
 untuk ikut pulang juga?

 Allah.

Bersedia sudahkan aku?
 Untuk pertemuan itu?
 
 :(

06 October 2012

[Alasan]

Bismillahirahmanirahim.

 


i took a deep breath,
and let it go.

:)


#cuti sekolah selama seminggu dah tamat.
back to school. TT

#gembira. dapat makan nasi ayam hari nie.
terima kaseh, rumate.
iloveyou :)


04 October 2012

[Hati]

Bismillahirahmanirahim.

 

 Hati, teguhlah.
Tabah dan sabarlah.
Bukankah lebih dari yang ini yang pernah kau rasai?


Doa.
Allah Maha Mendengar.

:)

[Tenanglah Hati]

Bismillahirahmanirahim.


 


Kerana Allah yang telah aturkan jalan kehidupan ini. 
Allah tidak pernah kejam.
Dia cuma mahu yang baek-baek saja.

Bersyukurlah.


Hati. 
Tenanglah.
Bawa ia pergi, menuju TuhanMu.

 Kerana Dia selalu menunggumu.

:)

Air mata, biarlah ini yang terakhir.
Usah tangisi kerana dunia. Dunia ini tidak berharga.

Tahu?


03 October 2012

[Kerana Ada Sesuatu]

Bismillahirahmanirahim.


Tuhan, 
apa bisa Kau berikan aku sebuah keajaiban?


“Nothing happens without a purpose.
 So when something happens that you dislike, or that hurts you, be careful not to get lost in the illusion created by pain. 
Look through it. Find the message in the bottle.
 Find the purpose. And let it lead you to glimpse just a little more of Him.”

— Yasmin Mogahed

02 October 2012

[Aku Tahu, Tuhan Merindui]

Bismillahirahmanirahim.


Malu.

Aku mahu selindung diri, 
di balik cebisan kerudung putih suci.

Aku tahu, 
Tuhan sedang merindui.

Aku rasa,
 itulah solatku yang paling lama.
Sujud terakhir, basah sejadah dengan air mata.

Usai salam itu, aku tertunduk sepi.
Benar. Aku malu sama Tuhan.
Tapi aku tak bisa lari.
 Hadapi.

Tuhan,
Terlalu banyak hak-hak Mu yang aku letak ditepi.
Terkadang hanya memandang sisi.

 Aku cuma hamba Mu, 
yang zalim pada dirinya sendiri.

Tuhan,
Genggam hatiku.
Biar erat erat dalam redhaMu. 


 "Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,
 nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.
 Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."
Surah Ibrahim, ayat 34 (14:34)


 
Tamparan hebat untuk diri sendiri.
Pedih ke ulu hati.

:(

Astaghfirullah.
 


Tapi jauh di sudut hati,
Ada satu rasa yang tak mampu aku luah sendiri.

Kamu tahu?
Aku terlalu rasa Tuhan sayang sama aku sekali.

Allah,
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Itu nikmat yang paling tak berbelah bagi.
Rasa disayangi, oleh Pencipta sendiri.

:)