30 September 2012

[Kek Coklat Tautan Hati]

Bismillahirahmanirahim.

 
 Kek Coklat Tautan Hati. 

Balik pasar tadi, kawan ajak blaja buat kek. Kte ngan rumate pun ekot skali.
Google kat myresepi dan dengan spontan je buat.

Kalau nak cuba jugak, boleh laa. Senang sekali.. Hehe 

Bahan bahan  
  
2 cawan tepung gandum 
1 cawan gula pasir 
1 cawan minyak masak 
1/2 cawan susu pekat (kte gune susu cair je, tade susu pekat) 
1/2 cawan serbuk koko (kte tukar gne milo sebab budak perantaun tak ckup bahan hihi) 
4 biji telur 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh soda bicarbonate 
secubit garam

Cara-cara

  1. panaskan oven,sapu minyak @ majerin pd acuan.
  2. ayak tepung, milo ,soda bicarbonate & baking powder.
  3. mesin telur, susu & gula hingga gula hancur & berbuih dgn blender.l epas tu masukkan minyak & garam. blend untuk 5-6 saat lagi.
  4. campurkan bahan blend td ke dalam tepung. gaul rata2 & boleh la dimasukkan kedalam acuan yg telah dipanaskan.
  5. bakar dgn suhu 180'c selama lebih kurang 40 minit
Topping

Cairkan coklat, susu cair, sedikit gula dan sedikit minyak bagi berkilau. rumate ajar. hehe 


Nama kek ada tautan hati sebab kawan ajar bile memasak baca doa rabitah.
Okey, ini tips untuk mengeratkan lagi hati hati kita. Selamat mencuba yaa. hehe :)

Moga bermanfaat. insyaAllah :)

#Tiba tiba rindu abah. Kalau kat rumah suka masak pelik pelik, tak masak lauk pauk.
 Kata abah, bila kawen kasihan kat suami, kena makan kat kedai laa jawabnya. Hehe.
Dun wori abah, kte tengah blaja laa neh. Kawen kan lambat lagi. Calon pun tade lagi. Hoho :) 



[Kemas Masa Lalu]

Bismillahirahmanirahim.

 
 Kemas kemas masa lalu, untuk mulakan yang baru. 
Bungkus dan simpan erat erat.


Dear past, thank you for all the lessons.
 Dear future, i'm ready.
 
 Kenangan memang kadang kadang tak bisa di lupa.
Kerana kadang kadang Tuhan cipta kenangan untuk diingati sebagai pembelajaran saja.


Cuti seminggu.
Cuba isi dengan perkara yang berfaedah.
 
Isi hati.
 
:)

29 September 2012

[Raya d'Beijing 2012]



Bismillahirahmanirahim.

Biar Syawal sudah lama berlalu, 
tetap berhari raya bersama mereka.

Gelak gembira.
Mensyukuri nikmat Tuhan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Bahagia :) 

-Taman Tomato, Beijing Foreign Studies University


 

 





 


 



Ingin selitkan video raya lalu.
by MadmieChannel




Tidak cukup dengan hanya mensyukuri nikmat yang kita kecapi. Kita dan mereka berkongsi aqidah yang sama. Aqidah seseorang mukmin merupakan tanah airnya, kaumnya dan keluarganya. Mereka juga darah daging kita. Ayuh jangan kita lupakan Palestin, Syria & Rohingya dalam doa kita. Boikot apa yang perlu diboikot. Laksanakan apa yang sepatutnya kita laksanakan. Mainkan peranan kita sebagai muslim.
Sabda Rasulullah s.a.w. 
"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan kaum muslimin, maka ia bukanlah termasuk dari kalangan mereka".
(Hadis riwayat Abu Daud)


28 September 2012

[Ubat]

Bismillahirahmanirahim.

 

Stok ubat bila pergi jumpa doctor pagi tadi.



Moga kalian kirimkan doa doa. 
Siapa tahu, doa kalian yang lebih Tuhan makbulkan. 


Stay Strong Hejia.
Jiayou Hejia! Jiayou!!

:)

27 September 2012

[Tersipu-sipu Malu]

Bismillahirahmanirahim.

 

ku pandang langit biru,
hingga aku tertunduk, rasa tersipu sipu malu.

Tuhan, izinkan aku kembali,
untuk berkenalan denganMu lagi.



Tuhan, ampuni aku.
Malu benar, zalim pada diri sendiri.

Istighfar.

Astaghfirullah.



#gambar dari google,tetapi telah di edit.
mohon maaf, ambil tanpa kebenaran.

Cinta Tuhan

Bismillahirahmanirahim.

 

Ku pandang langit yang suram,
tetapi hati merasa satu ketenangan.

Yaa, kerana di sana punya cinta Tuhan.

:)

26 September 2012

Rasa Itu

Bismillahirahmanirahim.

 

Kadang-kadang, mahu saja aku selindung segala rasa.
Cukup, biar saja aku yang merasa segala.


25 September 2012

[Cukup Biasa Biasa Saja]

Bismillahirahmanirahim.

 

Aku hanya ingin yang biasa biasa saja.

Cukup dia.
Seseorang.
Yang biasa biasa saja.
Tidak perlu untuk lebih segala segala.

Dia, seorang hamba Tuhan,
Mampu membimbing aku, ke syurgaNya.

Kerana aku yakin,
Bila dia mampu begitu,
Pasti dia akan menjadikan aku seorang bidadari syurga.

 Tiba masa, kita akan bertemu. Lalu bersatu.
Semoga.

:)

#Siapa pun, itu bukan kebetulan.
Segalanya adalah disengajakan Tuhan.
Dan Tuhan, tidak akan pernah mengecewakan.

:) 

Bff :)

Bismillahirahmanirahim.

 

My bff, TienaLovesick. :)

Dia, teman ketawa.
Dia juga, teman menangis.

Dia juga pakar kaunseling saya.
Hihi.

Bersama dia, 
Bisa menjadikan saya dari kurus menjadi gemuk.
Sebab, dia suka makan.

Hey Tiena,
Iloveyou.

:P

24 September 2012

Rumate :)

Bismillahirahmanirahim.

 

 亲爱的同屋,胡思楠。

Rumate tersayang, 
Terima kaseh untuk atas banyak perkara.

Terlalu berterima kaseh.

Rumate, wo ai ni okeh.
 Tehee~
:)

22 September 2012

[Trip to Qingdao]

Bismillahirahmanirahim.

Lewat musim luruh lalu, 
bermusafir ke bumi Qingdao, China.

 


 
 

  


 






Rindu pada desiran ombak pantai, 
membawa aku untuk kembali menebar rasa pada bumi Qingdao.

Bintang Hati :)

Bismillahirahmanirahim.

 
Adek, Aqmal :)

 
 Jantung hati, Ma Abah :)

 
Adek ke dua, Din :)

 
 Dua anak perempuan Ma Abah :)


Mereka, bintang bintang hati saya.
Insan kesayangan.
Terlalu.
 :)

Keluarga kecil, tapi moga cinta kita adalah besar.
Moga Tuhan redha, bersama sama hingga syurga.

#Rindu.

21 September 2012

Be Strong

Bismillahirahmanirahim.

 

Mahunya aku seperti jam. Yang detaknya terus ke depan. 
Tanpa pernah berpaling ke belakang.

 Heart,
Please Stay Strong.


  :)

19 September 2012

Ikhlas Itu

Bismillahirahmanirahim.

 

Ku cari cari kata ikhlas itu,
namun tidak pernah lagi bertemu.


Ikhlas itu seperti Surah Al-Ikhlas, tahu?
Yang di dalamnya, tidak wujud pun perkataan ikhlas itu.

Belajar ikhlas. Meski diri sendiri tidak pernah mengerti tentang itu.
Biar hati, puncak paling tertinggi saja yang akan merasai semua itu :)

18 September 2012

Ibu, Aku Rindu

Bismillahirahmanirahim.


Rindu pada senyuman paling ikhlas dia, untukku.
 Rindu aku yang terlalu, pada susuk tubuh itu.

Ibu, rindu benar padamu.



Ibuku,
Mohon redhamu untukku.

Izinkan aku peluk bayang wajahmu, dalam lenaku. 

Dari kejauhan, ku kirim hadiahku.
Dalam doa yang ku titip lewat setiap waktu.
Moga bahagia, dan Tuhan menjagamu selalu.

Ibu, aku sayang kamu.
Dengan rasa yang paling terlalu.
:) 

Ada Doa Yang Tak Pernah Pudar

Bismillahirahmanirahim.

 

Tanpa kamu sedar,
Ada doa-doa yang selalu ku kirim pada Tuhan, tanpa pernah pudar.


Moga malaikat malaikat mengaminkan,
Dan  laluTuhan dengar, lalu makbulkan.

Semoga saja. 

:)

15 September 2012

Suka Aku Pada Senyuman

Bismillahirahmanirahim.

 

Kamu tahu,
Aku suka pada senyuman. 
Yaa, dengan rasa yang terlalu.

Pesan aku pada seukir bibir,
Tetaplah tersenyum, walau dalamnya hati terasa perit.
Tetaplah tersenyum mesra,
Sekurangnya, orang orang di sekelilingmu juga merasa lega.
 Mungkin terkadang, senyum itu membuat aku rasa hipokrit sangat.
Selimut segala rasa yang berkuap kuap di jiwa dengan rasa terhebat.

Tapi, tidak mengapa. Aku tetap memilih untuk tersenyum saja.

 Jangan pelik melihat aku tersenyum mesra.
Sebenarnya ada rasa yang cuba aku padam dengan segera.
 Lupa derita, biar bahagia saja yang ada.

Hidupkan dunia dengan senyuman,
Kamu akan temui kedamaian dan ketenangan.

Senyum bukan bermakna kamu gila,
Cuma orang yang kamu tebarkan senyum, akan tersenyum juga.

Itu aneh ke?
Ohh tak, itu sebenarnya harga sebuah senyuman saja.
 Yang tak di jual di mana mana.
Heh. -.-

14 September 2012

Duhai Hati

Bismillahirahmanirahim.

 

Hati, 
mohon jangan remuk dulu. 

Kau harus kuat,
menjadi sebagian pembantu untuk ku hela nafas lagi.

Duhai hati,
aku yakin kau lebih kuat dari apa yang aku rasa.
Iyaa, bukankah kau ciptaan Tuhan yang paling berkuasa.

Bertahanlah.
Walau mungkin untuk separuh masa lagi.

:)
 

Tuhan, Aku Manusia Itu.

Bismillahirahmanirahim.


Tuhan,
Aku manusia itu.
Yang terkadang tersasar arah tujuan.
Tergelongsor matlamat kehidupan.
Lupa pada Sang Pencipta alam.

Tuhan,
Aku manusia itu.
Yang terkadang kata-kata lebih laju dari amal perbuatan.
Berbicara itu ini,
 tapi karat jahiliyah maseh mengotori hati.

Tuhan,
Aku manusia itu.
Yang terkadang pulang kepadaMu hanya bila perlu.
Terlupa, sepanjang hidup ini adalah keranaMu.

Tuhan,
Aku manusia itu.
Yang terkadang menyalahi takdirMu bila hidup tidak seindah didamba.
Tanpa tersedar, 
bahawa segalanya adalah kerana kezaliman sendiri sebenarnya.

Tuhan,
Aku manusia itu.

Sehingga sejujurnya, aku malu.
Terlalu malu.
Mengaku Kau Tuhan, 
Tapi dengan apakah yang telah aku buktikan.

Sedang Engkau Tuhan,
Selalu ada, tanpa pernah meninggalkan.

13 September 2012

Barakallah Kawan :)

Bismillahirahmanirahim.

Percutian lalu,
Barakallah sahabat :)

 Schoolmate Qber, Wanie.

Classmate Qber, Yann.

Barakallah.
Moga perkahwinan kalian dalam redhaNya,
bahagia bersama sampai syurga.
insyaAllah.

Moga kalian akan menjadi isteri solehah, 
dan ibu yang akan membimbing keluarga ke syurga.
insyaAllah.

Perkahwinan itu bukan sekadar cinta, tetapi adalah tanggungjawab.
 Tanggungjawab bersama, membina keluarga, untuk sama sama ke syurga.

:)
 

12 September 2012

Bismillah :)

Bismillahirahmanirahim.

Terlalu lama tidak menaip kata di sini, ungkap rasa.
Menyepi.

Ehemm..bercuti sebenarnya.
Hehe :)

Hari ini suda hari ke empat pulang ke sini, Beijing.
Untuk teruskan pembelajaran.
Tahun ke tiga.

Err.. Terasa terlalu cepat.
Waktu beredar.
Dua tahun lagi, tamat.
Pulang ke tanah air, untuk berkhidmat.
Ehemm ehemm  
Sudah bersedia? ^^

Hati.
Rindu orang-orang di sana.
Keluarga.
Dua bulan lebih bersama mereka.
Lalu berat untuk ditinggalkan semula.

Simpan rasa.
Pendam semua.
Kirim saja doa-doa.
Moga Tuhan jaga mereka.

InsyaAllah :)

Moga belum terlewat, untuk secebis ucapan.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
Moga Allah terima setiap amal kita semua. :)

----------
Sem baru.
Bismillah.. :)